Thursday, November 19, 2009

Permainan Petang Jumaat


Jumaat. Jam menunjukkan pukul 3.38pm. Sekarang ni gua duduk dalam office. Depan laptop sambil menaip entry 'ni' untuk entry kedua buat hari ini. Gua boring. 4.30 nanti dah bermula hujung minggu gua. Fuh! Kalau tahu boring macam ni, tentu gua masih berada di masjid. Lipat sejadah mungkin. Takpun buat solat-solat sunat yang berkaitan ataupun sedang membaca Quran di sudut hujung dengan suara yang ketat. Kalau kuat-kuat sangat, risau pula terdengar sama geng-geng usrah. Tajwid gua konfem jahanam punya. Tomakninah dan cara gua 'dengung'kan ayat saja yang solid pun. Gua ada ajak Odan dan Halal, officemates gua. Tapi depa lebih cenderung untuk terus makan dan terus balik office lepas solat Jumaat tadi. Gua harap itu bukan tindakan yang khurafat. Lebih berat kepada satu tindakan yang Mutawasitah mungkin.

Si Halal sekarang tengah main game 'membesarkan monyet' sambil dengar lagu-lagu rakyat jelata. Si Odan pula sedang main game 'menangkap ikan' tapi tak pasang Winamp. Gua syak Odan memang jenis tak suka muzik. Hobi dia lebih berat kepada Iguana sahaja. Ntah apa-apa. Dulu hobi dia suka memancing. Tetapi pada bulan lepas, sejak mata kail Odan terkena anak buaya, Odan dah macam kena penyakit lembu gila. Patutlah makan nasi asyik dua tiga suap saja selera.

***
Gua nak main apa?

Takpelah, lepas gua buat kira-kira, baik gua pergi jamban saja. Boleh juga gua berak-berak. Boleh gua main getah paip sembur-sembur air dekat pintu jamban. Kalau ada cicak kat siling, boleh sembur tinggi-tinggi. Lagi seronok permainan gua. Oklah, chow.

Karangan Untuk Atuk

Perghh! Dah lama juga gua tak update. Sorry geng.

Pertama, gua malas.

Kedua, jari tangan gua dah alergic sama papan keyboard jenama Dell. Doktor Normah dari Hospital Umum Kuching kasi nasihat sama gua yang keyboard MacBook sahaja yang tak kasi alergic! Gua dah mula pening kepala macam mana nak rompak satu kedai runcit orang Iban kat Kampung Matang? Dah lama gua usha. Tapi bikin risau juga ada tombak dan sumpit hias kat dinding belakang kaunter. Itu pasal gua langsung tak jeling anak gadis dia walaupun gua perasan dia pandang gua semacam. Gila!

Ketiga, hati gua dah lebih kepada mencari bahan ilmiah bila saja layari internet. Bahan-bahan lain gua tolak tepi dulu. Facebook dan Twitter contohnya. Friendster InsyaAllah tiga bulan sekali gua buka. Ebay rajin juga gua masuk tapi satu haram gua tak beli. Lukisan Andy Warhol dan Basquait harganya semua macam setan. Jersi Jason Kidd harga okay tapi harga shipping macam 'shitting'. Jersey Shukor Adan pun baru shipping RM1. Ape kes nak kapitalis? Arghh cilaka!

Kan gua dah melalut tak tentu pasal. Gua nak suruh lu orang baca karangan-karangan di bawah. Lucu gila. Tambah-tambah baca dengan loghat sabahan. Serius woi! Gua dah terkencing semalam masa ketawa. Hahaha. Layan...



Sapa kata jadi pengajar takde sumber hiburan?

Sunday, October 25, 2009

Menjadi Hero (Kalau)

Kalaulah gua bukan kuli kerajaan, dah lama gua pergi Jerman jadi askar! Seperti Kolonel Hans Landa (tetapi versi tak mati pada hujung cerita). Idola baru.

***NotisSambilan:
# Kalaulah ada pelakon lelaki Malaysia sehebat dia (empunya gambar di atas), gua rela berkawad stail Nazi dengan tanpa seurat benang pun sambil kibar bendera Malaysia kat taman KLCC. Gua cabar lu Shamsul Yusof, Norman Hakim, Amer Raja Lawak dan bangang-bangang lain! Gua janji. Ini tak, berlakon macam watak polis cerita hindustan. Asyik nak jadi watak bebal saje. Kesian gua tengok mak gua yang sanggup sengkang mata tengok Sembilu Kasih? Huh!

Thursday, October 22, 2009

Kurus

"Apasal ko nampak makin kurus jak? Takut aku tengok ko! Ko tak makan ke?" Tegur kawan gua, si Ham. Intonasi teguran agak biadap. Nyaris kasut ofis gua naik angin.

Gua kelu seketika. Tapak tangan gua usap-usap perut selari dengan lirikan anak mata. Pantau memerhati. "Aha kan. Akupun rasa macam tu. Teruk sangat ke kekurusan aku?" Balas gua runsing. Usapan terhenti sambil jari telunjuk mula ke arah lubang pusat. Korek-korek santai.

"Teruk weh! Ko main dadah ke?" Ham tunjuk sopan.

"Ish giler ko. Aku main pingpong reti lah. Bola ke, ragbi ke." Gua bagi signal 'sabar' kat kasut ofis gua. Gua perasan yang tali kasut dah genggam tangan erat.siap menggigil lagi.

"Ajak....bla...bla..bla..." Ham terusi tanyaan macam nak kena pelempang.

Duuusssshhhhh!!!! Gua balas dengan kasi tumit atas dahi Ham sampai jatuh terlentang kebetulan bersebelahan air compressor. Apa lagan, itu air compressor, gua guna kasi compress Ham punya tulang belakang terus. Selesai, gua terus ke kantin!

***

Sebab gua kurus!!! (Lu orang jangan banyak tanya dah lepas ni):



1. Aktiviti melepak + mengeteh terhad. Busy. Lagipun kedai macam ni bukannya ada kat sini. Kol 2-3 pagi gua ada try datang, tapi anjing saja yang huru-hara depan kedai. Takkan gua nak order masakan anjing? Giler!


2. Ketandusan sumber lemak pertama, JCo.



3. Ketandusan sumber lemak yang kedua, Subway.



4. Ketandusan sumber lemak ketiga, Big Apple.



5. Berjangkit sama ini orang (Osman Kering). Menyesal gua kamcing sama dia. Cilaka!


***NotisSambilan:
# Sebab-sebab lain, nanti gua upload kemudian. Dah tak sempat. Gua nak g kantin makan cereal sama pisang sambil minum horlicks.

Monday, October 19, 2009

Sejarah Bermula

Gua taknak cakap banyak. Semalam, buat pertama kalinya jabatan gua jadi johan antara jabatan dalam acara futsal untuk Kejohanan Sukan Politeknik Kuching (KESUPKU). Gua kerek gila sekarang ni sebab sejarah sudah bermula. Hampir berbelas-belas tahun saat ini dinantikan. Dan gua adalah sejarah itu.

Lepas ni gua ingat nak demand naik pangkat jadi Penolong Ketua Jabatan. Takpun, dapat pakai kereta Perdana V6 hitam macam pegawai-pegawai besar lain pun ngam jugak. Harap-harap Tuan Pengarah makbulkan. Bukan minta Camry pun.

***NotisSambilan:
# Gua main bola jaring jadi posisi WD. Gua rasa gua main dah macam orang bangang. Referee plak tak habis-habis asyik tiup wisel saja. Bukan peraturan bola jaring dengan ragbi hampir sama ke? Bebal punya ref! Nyaris gua rembat muka dia.
# Gua saja je buat-buat berlagak ni. Ehem ehem.

Friday, October 16, 2009

Gambar Terkini

Ehem ehem..Cool bukan menjadi seorang pegawai kerajaan?

Alahai Satay

Sekarang jiwa gua betul-betul dah memberontak dek kemaruk sama Satay Kajang. Kas-kas jenis apa si Sahmuri pakai sampai kini gua mushkil. Mungkin buatan Colombia sebab semacam saja ketagih dia kasi sama gua. Kadang-kadang gua ada syak mungkin seluar dalam dia sendiri yang kasi baik itu kuah satay. Tapi kalau betul pun sebab seluar dalam, gua harap itu kepunyaan anak dara dia yang kedua. Yang sulung gua tolak tepi, dahi banyak jerawat. Bulu roma kat tangan tebal pulak tu. Paling koman pun bini dia punya pun takpa. Khabar desas-desus dua-dua cantik orangnya, macam gundik Firaun dulu-dulu. Gua tarak hal asalkan janji kat celah peha takda selulit. Fasha Sandha contohnya, suara sahaja manja tapi selulit bersepah sana-sini. Bebalnya lebih kurang sama macam bebal Norman Hakim!

Sini bukannya takde satay. Tapi semuanya tak Kajang mana. Dekat Satok ade la dua tiga kedai gua try sekali dua. Tapi apa barang Satay Satok. Gua tengok lidi dia pun dah nampak macam colok sembahyang Cina. Dahla hirisan daging ayam/daging berukuran 0.3cm tebal. Baik cucuk je terus balung ayam jantan yang merah-merah tu jadi Satay Balung!

Gua dah mengidam dan sangap. Gua bukan Jaafar Onn lu orang nak fikir gua mengandung-ngandung. Balik semenanjung nanti gua nak tibai 200 cucuk. Kalau pekerja indon tu pandang semacam, gua tak teragak-agak kasi penampar betul-betul kat bawah cuping telinga. Peduli apa! Gua nak makan. Apa lu sibuk?