Friday, December 9, 2011

Teroka Borneo : Bako National Park

Kali ini gua saja nak tulis tentang jalan-jalan pula. Mana tahu lu orang ada plan nak datang Sarawak jalan-jalan dan jumpa gua lepas rindu. Keh keh keh.

Taman Negara Bako memang agak terkenal di Sarawak. Gua pun ada sampai sekali. Ia taman negara paling abang ataupun paling tua, tapi juga merupakan antara taman negara yang terkecil. Nak pergi tak jauh, dalam 37km dari Kuching. Cuma kalau lu orang nak ekses, lu kena naik bot dari jeti Kampung Bako. Dari bandar Kuching untuk sampai ke jeti pula, kalau lu orang draiv bawa menten ikut had laju, siku letak luar tingkap, cukup tujuh batang rokok dah boleh sampai. Bas pun ada cuma gua tak pernah try lagi. Teksi pun ada bagi mereka yang urban-urban. Takdehal.

Sampai di jeti, jadual bot yang pergi ke Taman Negara Bako tak tentu hala. Kalau tak ikut perangai tekong bot, selalunya ikut paras air. Kalau cun-cun air pasang, lu patut buat sujud syukur. Tapi kalau air cetek, gua rasa lu orang patut lepak-lepak dulu pekena teh. Ada satu kedai makan sifut berhampiran boleh tahan juga dia punya tauhu goreng. Sedap. Yang penting lu pandai guna copstik dan tak kesah dengan tampalan poster-poster likuor keliling dinding papan kedai. Jadi, gua nasihatkan lu orang sampai awal pagi jelah senang. Lainlah lu hafal jadual air pasang surut.


Jeti Kampung Bako. Nampak signboard gambar buaya tu? Amacam ada brani? Lu orang boleh seberang sungai ni pergi kampung sebelah kalau nak beli belacan.

Perjalanan bot tak lama. Tak silap gua dalam 30 minit dah sampai. Tak silaplah. Gua pun dah lupa. Untuk penginapan jangan bimbang, ada chalet. Jadi lu buatlah homework sikit nak chalet jenis apa dan kalau boleh buk siap-siap. Yang perlu bimbang ialah babi hutan banyak dan selalu berpeleseran bawah chalet main kejar-kejar. Monyet pun boleh tahan berlagak dia. Jadi nak keluar jangan lupa tutup tingkap.

Haritu, gua pergi cuti hujung minggu saja. Jadi tak semua trek gua pekena. Okay, gua bagi hint sikit apa yang menarik kat sini supaya lu orang boleh rancang kelak. Pertama, kat sini ada monyet Proboscis ataupun monyet Belanda dan lu boleh cari atas pokok-pokok tepi pantai area chalet saja. Malamnya pula lu boleh tengok kunang-kunang kat area pokok bakau dekat jeti. Indah.

Untuk jauh sikit, lu orang perlu berjalan ikut trek yang dah ada penunjuk arah. Kalau stay 2-3 hari dah cukup cun dah untuk kaver semua trek. Setiap trek ada keistimewaan masing-masing. Yang penting ready stamina je. Jenis lutut longgar, ambil peluang sebagai honeymoon sudahlah.

Gua nak cerita banyak pun malas. Jadi, gua tunjuk gambar je lah senang. Mana tahu bila tengok, hati lu orang barangkali terdetik. Ok dahla, gua nak pergi berak ni!


Teluk Pandan Kecil. Nampak tiang batu yang rupa macam paku kat belah kiri tu? Itulah 'Sea Stack' yang femes kat sini. Gua syorkan lu datang sini petang sikit. Boleh tunggu sunset.


Air Terjun Tajor. Gua dengan dunia Avatar gua yang tersembunyi. Tak jauh, dalam 3.5km dari titik mula.

No comments:

Post a Comment