“Beginilah, berbalik kepada makanan kegemaran tadi, makanan apa lagi yang kamu makan selain cokodok pisang cicah susu?” Cikgu Bahar tak puas hati. Mana tidaknya, koleksi jawapan murid lain semua ekselen-ekselen. Nasi ayam, mee goreng mamak, nasi paprik, nasi lemak, sotong goreng tepung, siakap stim, roti canai dan juga kuih pau Rosnah hujung kampung. Cuma Jenab sahaja yang ngada-ngada jawab Ayam Kentaki, padahal baru pertama kali mencubanya minggu lepas. Itupun kerana duit lebih emaknya hasil sumbangan orang kampung atas kematian bapanya. Selesai saja majlis kebumian, terus sahaja mereka ke bandar berpeleseran. Oh ya, Jenab anak kedua Rokiah. Kakaknya yang sulung kerja di KL. Model sambilan katanya.
“Mmm...pagi sarapan saya cokodok pisang. Waktu rehat sekolah, saya bawa bekal cokodok pisang yang pagi tadi juga. Tengahari lain sebab saya makan nasi dengan ulam jantung pisang kat rumah. Petang pun lain sebab makan goreng pisang. Cuma malam tak tentu, kalau ada baki goreng pisang petang tadi atau jantung pisang tengahari tadi, baru dapat makan malam. Heeeeeee” Ahmad sengih sekeliling.
“Wah! Semua pisang! Patutlah kamu bijak dan hebat!” Puji Cikgu Bahar sambil buat-buat terkejut kerana ingin membuatkan Ahmad kelihatan hebat sedangkan jauh di lubuk hatinya tersimpan perasaan kasihan.
Tiba-tiba Jenab yang kesilauan berdiri di atas kerusinya dan dan terus menjerit;
“Hidup Ahmad Pisang!!! Hidup Ahmad Pisang!!! Hidup Ahmad Pisang!!! ” Tangannya dijulang tinggi. Nyaris juga diputuskan kipas yang ligat berpusing di siling.
Semua murid terkejut dan merenung Jenab dengan pandangan tajam. Bagi mereka, dalam hati Jenab tak wujud langsung daya sensitiviti seorang manusia. Dia tak dapat menilai perkara mana yang patut disedihkan atau perlu diberi sorakan. Itu pasal dia selalu buat benda-benda bangang macam ni. Sungguh petetik.
Sejak kes itu, semua murid di sekolah memanggil Ahmad dengan Ahmad Pisang. Sejak dari itu juga semua murid mengetahui yang Jenab adalah kekasih Ahmad cuma Ahmad saja tak sanggup mengakuinya. Malah jika terserempak saja dengan Jenab, Ahmad terpaksa melarikan diri. Kalau tak sempat, kadangkala Ahmad terpaksa melakukan penyamaran. Jadi kerusi, pokok puding, tong sampah, roda basikal, kereta guru besar dan macam-macam yang dah dicuba dan yang hebatnya, semua samarannya menjadi dan Jenab terpedaya. Tak pasti sama ada memang Ahmad terlalu bijak atau Jenab yang terlalu bangang sebenarnya.
Tuesday, November 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
爱聊语音视频聊天 , 真人聊天室 , 影音视讯聊天室 , 喔喔娱乐社区 , 成人交友社区 , 视频裸聊网 , 聊性的qq群 , 夫妻视频的qq群 , 领秀娱乐社区 , 免费网页在线聊天室
ReplyDelete