Friday, May 6, 2011

Encik Awal Shaari

Saja gua nak selit entri ni. Rasa gampang pun ada gua nak tulis ni. Argh, persetankan! Kah kah kah.

Petang semalam gua masuk kelas Semester Pendek buat pertama kali.

Macam biasa sambil ambil kehadiran gua ajak berkenalan serba sedikit dulu. Tanyalah apa patut. Asal mana, main sukan apa, dah kahwin belum, pointer berapa, bla bla bla. Taklah gua tibai semacam je bila nak panggil nama depa nanti. Cakap pun buat-buat garang sambil muka buat-buat ganas.

"Oleh kerana malas nak buang masa, saya rasa kamu dah kenal bukan nama saya? Tak perlulah kot nak kenal-kenal eh? Lagipun semua dah semester 6, dah lama duduk sini" Gua tanya sambil pandang keliling kelas. Muka masih ganas.

Kelihatan ada dua budak lelaki bisik-bisik sambil tersenyum. Kurang ajar! Padahal muka gua tengah ganas. Kang haru juga kelas pertama dah dapat penumbuk kat muka. Gua tenung tajam jegil mata kuat-kuat.

"Hah! Kenapa?" Gua tanya sambil tunjuk ibu jari kepada mereka. Kening pula terangkat. Mereka gua nampak mula ketakutan. Tolak siku masing-masing.

"Encik Awal Ashaari" Akhirnya salah seorang jawab ringkas.

Nah! 2 jam sampai habis kelas gua tersenyum. Ganas muka hilang entah kemana. Cilaka.

Balik rumah gua tatap cermin lama-lama. Badan pusing kanan sikit, kiri sikit. Senyum kadang-kadang hadir lagi pada muka.

Esok gua ingat nak cari gel rambut dengan pencuci muka yang bagus-bagus sikitlah. Hujung bulan pula ingat nak buat rawatan rambut, cuci muka dan buat temujanji dengan doktor gigi terkemuka di Damansara. Perghh! Rasa macam gampang juga ye nak jaga reputasi ni? Huh.


Penat juga gua cari gambar sepadan ni. Amacam David Teoh? Ahmad Idham? Kah kah kah. Cilaka!

5 comments:

  1. Ye ke? Bale ni bale. Cilakak.

    ReplyDelete
  2. ce ko padankan gmbr ko dgn shuib sepah tu... ala laki si siti sarah tu... ce cuba ce cuba.... mesti x susah ko nak cari gmbr yg sesuai, maklum ler ko kn dia.. dia lak kau! amacam??? entri pasni k... shuib vs aku...:D

    ReplyDelete
  3. awal ashaari????
    biar betul....kihkihkih....

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkah.. aku gelak guling2 kot...

    ReplyDelete