Monday, May 9, 2011

Bandung - Hari 4

Bosan dengan tempat shopping, gua rekues Pak Dani bawa selami alam semulajadi, ke air terjun. Jam 10 pagi kami bertolak. Perjalanan sungguh horer sebab ikut shortcut. Jalanraya kecil dan berlubang, melalui celahan perkampungan di lereng-lereng bukit bergaung curam. Boleh tahan laju juga Pak Dani pandu. Berdebar juga dada. Apa lagi, terus saja gua keluarkan tasbih. Mulut kumat kamit. Mata tengok depan takut-takut Pak dani tertidur. Naya.

Lebih naya, apabila sampai saja, tempat tersebut adalah bukan tempat air terjun sepertimana yang gua ingin pergi. Diwana Wisata Outbound yang mempunyai air terjun sejuk, sedangkan gua ingin ke Maribaya yang berair terjun panas. Alang-alang sampai, kami layankan saja. Lepas bayar tiket masuk, pekejnya termasuk kami dibawa untuk berakit terlebih dahulu dan selebihnya berjalan kaki dalam 20-30 minit sebelum tiba di air terjun. Sampai sahaja, hujan mula turun. Sainbot amaran dilarang berenang turut terpacak tepi air terjun. Habis, takkan gua nak kocak-kocak kaki main kat gigi air? Takpun kejar kawan-kawan sambil percikkan air guna hujung jari? Bangang!

Setakat rakit macam ni, gua sempat tunjuk peace. Senang sangat.


Hujan reda, kitorang belah. Mujur kuih ‘Pukis’ yang dijual seorang pakcik di pintu masuk sedap. Lembut sikit hati gua daripada berkeras nak tumbuk brader kaunter tiket?

Kami ke kota semula untuk ke kedai Kartika Sari, beli brownies kerana dua kawan gua akan balik esok hari. Macam kek lapis Sarawak, brownies juga jenis makanan yang tak tahan lama. Dalam seminggu kot hayat sedapnya. Kalau lebih, rasanya dah macam getah pemadam. Jadi kalau boleh, beli selewat yang mampu.

Manusia ramai macam lahanat. Brownies je pun, bukannya emas murah. Haiya!


Shopping lagi. Huh! Kali ini ke Jalan Dago. Banyak lahanat factory outletnya sepanjang kiri kanan jalan. Gua hanya beli beg. Terpaksa sebab beg gua dah padat. Kawan lain masih giat membeli. Fuh! Seterusnya ke Rabbani, sebuah kedai besar yang hanya menjual barang-barang islamik. Suraunya unik, di tingkat bawah, di tengah-tengah kedai ,dan ia berkonsepkan terbuka. Gua yang berseluar pendek hanya berpeleseran di tingkat atas sambil usha-usha kopiah dan kain pelikat. Bila terserempak pelanggan lain, gua nyorok belakang patung model. Kemudian ke Jalan Riau pula, yang tak ubah seperti di Jalan Dago. Kiri kanan penuh Factory Outlet malahan barangnya hampir sama saja. Bosan.

lapar, kami ke Basmal House pekena bakso Malangnya. Bukan malang tidak berbau. Malang itu nama tempat yang terkenal dengan baksonya. Gua kurang sikit makanan berkuah. Jadi, gua tak tahu nak cakap sedap atau tidak. Gua belasah sebab lapar. Malam, tidur gua dah lain. Sebelumnya tapak tangan atas hidung, kali ini gua letak dalam seluar. Hotel baru ada aircond. Sejuk.

Bakso Malang + Strawberry Milkshake


No comments:

Post a Comment