Monday, May 9, 2011

Bandung - Hari 5

Hari terakhir di Bandung. Dua kawan gua dah balik KL pagi tadi. Dengan masih ada kiriman yang belum dilaksanakan, kami ke Pasar Baru. Sekali lagi? Cilaka. Kali ini gua tibai songket sehelai, untuk raya. Dan ke Rumah Mode lagi. Huh! Selesailah semuanya, kami ke Bandoengsche Melk Centrale (BMC) yang terkenal dengan susunya. Pergh, macam perempuan pula gua tulis si Bandoensche itu. Kah kah kah. Tapi gua datang sini sebab nak pekena Nasi Liwet, antara makanan tradisional Jawa dari Solo. Berdekah juga gua ketawa bila baca nama menu ni. Terus gua kasi tahu sama Pak Dani yang Saiful Bahari yang terkenal di Malaysia pun asalnya peranakan Indonesia keturunan Jawa dari Solo juga. Pak Dani angguk konfius. Keh keh keh.


Pasar Baru, Bandung. Dunia khayalan wanita.

Nasi Liwet + Strawberry Yogurt Cocktail. Nasi dia spesial sebab masak dalam mangkuk silver tu dengan santan dan daun apa jadah entah. Sedap!


Oleh kerana esok awal pagi keretapi ke Jakarta, gua singgah beli brownies dulu sebelum balik hotel buat pertama kalinya sebelum jam 3 petang. Selalu konfem atas pukul 9 setiap malam. Ada juga gua dengar yang brownies Amanda pun sedap tapi memandangkan cara jualannya di di tepi-tepi jalan saja, kurang meyakinkan.

Tidur sebentar sebelum keluar malam cari makan di sekitar hotel. Akibat kurang pilihan dan malas berjalan, akhirnya makan di sebuah food court. Gua pekena bebek aka itik. Balik hotel, niat nak tidur awal terbantut akibat kusyuk layan bolasepak. Pelita Jaya lawan Arema ape entah namanya. Safee Sali main beb. Betul-betul dipuja mamat ni kat sini. Sampaikan Pak Dani sendiri pun mahu menamakan anaknya sama ada Safee mahupun Sali ataupun gabungan terus keduanya. Mujur Safee Sali, kalau Syukor Adan? Rasanya gelap masa depan anak Pak Dani kelak.


Itik oh itik.

No comments:

Post a Comment