Friday, May 6, 2011

Bandung - Hari 3

Subuh kali ini gua dah tak duduk tersandar. Gua baring terus sampai siang. Barangkali terlalu penat berfikir cari cara untuk balik dari Jogjakarta ke Bandung. Semua tiket kapal terbang habis kecuali Lion Air. Itupun harga dalam 2 rat. Overbaget. Cilaka! Rakyat Indonesia cuti sampai isnin. Akhirnya, gua mengalah. Kensel. Lain kalilah gua planning lain pergi Jogja. Lu orang taknak ikut? Jom!

Sarapan masih nasi goreng berkeropok. Cuma warna nasi dah jadi coklat, letak kicap. Semalam keputihan saja. Pukul 9.30 pagi kami ke Pasar Baru. Awal sebab senang rebut parkir dan boleh elakkan macet(jam) teruk. Gua percaya kaum wanita boleh histeria datang ke tempat begini. Kaum lelaki gua jamin mesti garu kepala. Percayalah cakap gua. Sungguh!

Gua macam biasa, lebih suka memerhati gelagat dan telatah orang daripada membeli. Akhirnya gua tewas juga pada sehelai sejadah yang cukup cantik. Murah! Harga Rp25k. Beli khas untuk letak di pejabat. Jam 2 lebih baru kami keluar. Gilaan. Oh ya, hari Jumaat, di tingkat atas ada masjid yang langsungkan sembahyang Jumaat. Disini juga buat pertama kali gua cuba pekena Jus Alpukat, jus avocado yang dicampur bersama cokelat. Sedap.

Lapar, kami ke Ayam Goreng Suharti yang agak terkenal di sini. Saiz ayamnya agak kecil seperti ayam kampung, tidaklah seperti ayam-ayam Kentaki yang segemuk Rosmah dan digoreng dari kaki sampai kepala. Seekor semua. Nervous juga masa cubit suap dalam mulut. Rasanya sedap cuma sambal kurang kaw. Lepas kenyang, terpaksa melilau keliling kota cari atm hasil pokai di Pasar Baru tadi. Maybank takde sini tapi namanya digantikan dengan BII @ bii. So, jangan lupa setkan kad atm anda di Malaysia sebelum ke Indonesia. Nak telefon saja pun boleh. Dunia dihujung jari katakan.

Ayam Goreng Suharti + Es Cendol. Celdolnya terbaek, ada nangka. Pergh!


Poket kian berisi, kami gerak ke stesen keretapi lagi. Kali ini gua nak cuba cari tiket Jogja-Bandung pada Sabtu malam. Jadi, kira plan balik hari jelah ke Jogja. Sampai Jogja awal pagi, terus kejar sanrais di Borubudur sebelum beralih ke Prambanan dan petangnya singgah di Malioboro sebelum balik semula ke Bandung. Malangnya sampai kaunter, cilaka! Habis juga. Gua dapat refund 70% harga tiket ke Jogja dan pada masa yang sama gua terus beli tiket keretapi Bandung-Jakarta untuk Isnin pagi, takut habis.

Mood gua dah kurang. So, gua lepak-lepak saja masa di Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulitnya seperti jaket dan kasut. Apa yang menarik pun gua tak pasti. Tunggulah gua jadi macam Awie nanti, boleh tibai jaket selai dua buat pakai naik motor besar.

Kejap saja di Cibaduyut sebelum kami ke mall terbesar dan tercanggih di Bandung iaitu Paris Van Java. Nama bukan main hebat. Maklumlah, tempat orang kaya-kaya lepak. Bolehlah sebagai port nak tengok cewek-cewek dan cowok-cowok metropolitan. Gua hanya berminat cari kedai buku Gramedia. 5 biji buku juga gua angkat. Harap-harap bahasanya mudah faham.

Dengan perancangan yang terpaksa diubah, gua saja buat-buat tension. Seperti gadis-gadis, gua pun ngada-ngada buat-buat nak makan banyak-banyak dan sedap-sedap untuk lepas tension. Apa lagi, ke Ikan Bakar Pak Chi Met lagilah kami tuju. Sebelum itu, kami check-in dahulu di Hotel Scarlet di kawasan Kebung Kawung. Strategik sebab berdekatan dengan stesen keretapi dan hanya boleh jalan kaki saja. Lebih seronok, kilang dan kedai Kartika Sari iaitu jenama brownies terkenal di sini hanya terletak betul-betul di belakang hotel. Baunya boleh menerjah ke seluruh pelusuk hotel hinggakan ke dalam tandas. Gua tengah berak pun boleh kecur air liur.

Gua pekena Paket Ulam Ikan lagi cuma kali ini gua pilih ikan Gurame atau bahasa melayunya Tilapia. Sambalnya masih tetap terbaik. Hasilnya, tidur gua macam semalam semalam. Tapak tangan atas hidung.

Lu orang tengok sambal dia. Tambah-tambah yang paling hujung. Fuh!

No comments:

Post a Comment