Wednesday, May 4, 2011

Bandung - Hari 2

Subuh di Bandung serupa Malaysia. Azan berkumandang bertalu-talu sekitaran. Penduduknya majority Sunda. Islam. Masjid banyak. Tak perlu risau dan takde alasan lu orang taknak sembahyang. Itu tiang agama bukan? Tersedar saja, gua terus bangun duduk bersandar di kepala katil. Hormat azan. Lepas baca doa habis azan gua ingat baru nak pekena wuduk. Azan sungguh merdu. Gua layan. Nah! Terus dua jam gua sebegitu rupa. Hii.

8 pagi, lepas sarap nasi goreng berkeropok hotel kasi, kami gerak ke Tangkuban Perahu. Ini antara tarikan utama Bandung. Pesanan gua, bagus lu orang pergi awal sebab lepas jam 10, selalunya dah sesak. Terutamanya bab nak layan kerenah penjaja jalanan. Macam-macam jual. Key-chain, magnet peti ais, selendang bulu, topi, strawberi, blueberi, dan pelbagai. Tak pasal-pasal suhu puncak yang sejuk tapi lu orang hati panas. Ke sini tak jauh, dalam 40-60 minit dah boleh sampai, bergantung pada lalu lintas. Jikalau arnab-arnab hidup yang dijual disepanjang jalan ke puncak buat hal main kejar-kejar tengah jalan, lagi lambat lu sampai. Kena elak-elak.

Puas hidu busuk sulfur, kami turun dan singgah di Ciater Hot Spring, kolam rekreasi air panas. Bagi gua, takde yang menarik sangat pun kecuali kalau lu orang sanggup mandi air terjun atau kolam panas ketika panas siang hari. Lainlah malam. Jadi, demi kesihatan, gua hanya rendam kaki dan juga pekena spa ikan semulajadi. Buang toksin dan sel kulit mati. Mata kadang-kadang tak lupa pantau cewek-cewek mandi air terjun. Mana tahu jatuh lemas. Boleh juga gua selamatkan sebelum semuanya sudah terlambat.

Lapar, gua arahkan Pak Dani bawa kami ke Restoren Kampung Daun. Tempat ini memang gua rekues khas sebab gua baca review, ia agak terbaik. Wajib pekena. Dalam perjalanan, lu orang boleh sempat bergambar di lerengan ladang teh tepi jalan. Sinerinya boleh tahan cun. Setakat nak jadi gambar profail Fesbuk lu orang tu takdehal. Sure awek-awek teruja punya. Macam gua. Hii.

Kampung Daun ni spesial sikit sebab bagi gua, ia seperti sebuah kampung di kawasan air terjun tetapi tiada rumah penduduk. Ia hanya terdiri daripada pondok-pondok kecil sebagai tempat makan. Setiap pondok ada alat seperti anklong untuk panggil pelayan minta order. Lepas makan, boleh santai beristirehat mahupun terus tidur. Takdehal, ia dibenarkan sama sekali. Gua tak tipu. Serius. Bahkan, lu nak tidur dulu sebelum order pun tak kisah. Yang penting, lu orang mesti tempah dulu. Takut penuh. Ramai. Jangan terkejut kat parking luar saja ada dua tiga biji bas pelancong. Belum kereta, motorsikal, angkot, kereta kuda dan sebagainya lagi.

Bebek Pelecing + Air Bandrek. (bebek=itik. Bandrek pula sejenis minuman orang Sunda iaitu kelapa laut + halia) Sedap!

Kenyang, kami gegas ke stesen keretapi cari tiket ke Jogjakarta pada Jumaat malam. Sana, planning nak layan Borubudur, Prambanan, Merapi, santai di Parangtritis serta usha barang di Malioboro dan Beringharjo. Tiket pergi dapat tapi tiket return habis. Gua gembel beli juga dulu dan cuba cari tiket balik guna kapal terbang nanti. Harap-harap ada. Sialan.

Tiba masa shopping, kawan-kawan gua semua dah teruja. Masing-masing penuh dengan senarai kiriman oleh keluarga serta saudara dari Malaysia. Gua takde sebab gua senyap-senyap saja datang sini. Hanya mak gua saja yang tahu. Itupun sebagai pendinding atas restu dan doanya dari jauh. Bukan apa, adik beradik gua sepuluh orang. Belum masuk 18 anak buah gua yang jika tiba-tiba ngada-ngada kirim belikan patung Ultraman untuk masing-masing? Pergh, gua bukan naik tongkang!

Kebetulan antara paling dekat dari stesen keretapi, kami menuju ke Toko Tiga dulu. Toko Tiga khas untuk penggemar jeans terutama Levis. Ada yang betul-betul murah dan ada yang biasa-biasa saja harganya. Bagi gua, lebih kurang sama saja seperti factory outlet Levis di Metro Kajang dan Carrefour Wangsa Maju , cuma pilihannya lebih banyak. Jadi, gua hanya duduk dan tersenyum saja melihat telatah manusia terkena rasukan ‘jins’. Mujur iman gua sedikit kuat. Jin takut gamaknya.

Kemudian, kami ke Rumah Mode. Peberet orang Malaysia kata Pak Dani. Memang ya, gua pun rasa ini factory outlet terbaik yang ada seluruh Bandung. Tapi awas! Ada yang ori dan ada yang tak. Lu orang kena pandai pilih. Takkanlah jeans Burberry bawah RM50 ye dok? Bebal! Sempat juga gua tibai dua helai tee, Armani Exchange dengan Calvin Klein, dan dua helai polo, Fred Perry dengan Guess. Total dalam RM150. Kalau di KL haram tak dapat. Koman-koman makan 7 ratus juga. Barulah lepas ni gua konfiden sikit nak main-main area Hartamas dengan Bangsar. Asyik Kajang dengan Bangi saja apa kelas? Tak metroseksual langsung. Mujur bawa kad kredit. Hii.

Tiba masa makan, kali ini gua rekues masakan Padang. Jadi, Pak Dani bawa kami ke Restoren Sederhana Masakan Padang. Boleh tahan rasanya tapi harga boleh tahan juga sederhananya. Dia punya Dendeng (hirisan nipis daging lembu yang digoreng rangup) boleh tahan. Kena pula dengan otak sapi serta sambal hijau. Walaweh!

Lauk-lauk nasi padang. Otak sapi(lembu) yang kuning belah kanan. Sedap woi.


Malam, gua tidur tapak tangan atas hidung.

No comments:

Post a Comment