Thursday, April 14, 2011

15 April 2011 vs 16 April 2011


"15 April lu jangan kacau" Marah gua kepada Taib.

"Kenapa?" Taib terkejut sambil membetulkan kacamata.

Gua diam sambil tenung kasut dalam-dalam. Tangan gua genggam erat-erat. Ganas.

"Ok2, kalau begitu saya ambil 16 April sahajalah. Takda masalah kan?" Taib cuba memujuk.

Gua senyum sinis sambil tunduk menjentit kerengga yang naik ke atas kasut.

"Kenapa awak senyum?" Taib bertanya kepelikan.

"Itu Hari Lahir gua. Itu lagi penting dari hal lu tu!" Gua kembali serius.

Giliran Taib pula tunduk renung kasut. Katak atas kasutnya dibiarkan sahaja.

Gua terus hidupkan enjin motorsikal dan berlalu pergi tanpa kata. Gua ada hal lain. Pergi Tamu Satok cari Kek Lapis dengan Terubok Masin. Mak gua kirim. Macam-macam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Selamat Ulang Tahun En Abdul Razak....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Selamat Ulang Tahun En Abdul Razak...
    Semoga panjang umur,murah rezeki..

    ReplyDelete