Beberapa minggu lepas, gua pergi urut. Badan lenguh-lenguh. Dah lama tak pekena urut. Sekali sekala sedap juga. Lancar sikit darah gua bergerak.
"Urut seluruh badan berapa Pok?" Gua tanya lelaki di kaunter.
"Ya ada tulis sia dibah ya" Lelaki itu cakap bahasa Sarawak yang bermaksud 'Tu ada tulis kat bawah sana tu' sambil muncungkan mulut sebagai penunjuk arah.
"Ok, kmek mok selughuh badan. Tukang urut perempuan ada sik?" Gua balas guna bahasa dia.
"Mun sekaghang tok sikda yang free. Oklah, kitak tunggu lok. Kelak kamek tungga" Balasnya.
Akhirnya, datang seorang lelaki Indon ajak gua naik tingkat atas. Muka macam Anuar Manan. Dia bagi gua tuala putih sebagai persalinan tapi gua cakap gua taknak bogel. Gua nak pakai boxer. Kalau wanita yang urut, gua lagi senang bogel sahaja. Maksud gua bertuala ok! Profesional. Konon.
Macam biasa, gua baring meniarap dan masukkan muka kedalam lubang pada katil. Sekali sekala gua erk! erkk! terbelahak keluar angin. Sedap. Bila sampai di kawasan pinggang tiba-tiba, dia menarik getah boxer gua ke bawah otot pipi bontot. Dubur gua rasa berangin. Terus fikiran gua terpampang muka Anwar Ibrahim dan lelaki berDNA Y. Cilaka. Nafas gua kian kencang. Gua tutup mata rapat-rapat.
Gila.
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Eeee...gatal Ajak ni :p -endy
ReplyDeletehaah..miang, ko kawin je la..senang
ReplyDeletetersembur air kopi baca ending ko nih jaky!
ReplyDelete