Tuesday, February 15, 2011

Misi Penyusuran Rajang

Sejak dua bulan lepas, memang gua dah ada perancangan untuk mencuba menyusuri Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia. Rancangan ini gua anggap sebagai latihan awal sebelum gua pekena Sungai Mekong nanti. Cuma lepas maghrib Jumaat malam minggu lepas, baru gua buat keputusan yang gua betul-betul nekad. Badget pun gua rasa mencukupi. Gua akan bermula di Kuching pada hari Sabtu dengan menaiki Bot Ekspress ke Sibu. Di Sarawak, Ekspress adalah gelaran untuk bot besar laju. Belon pula untuk kapal terbang. Dan bot-bot kecil, tongkang etc gua tak tahu. Dari Sibu, gua tukar Bot Ekspress lain untuk ke Kapit. Dari kapit, gua tukar bot lagi dan tukar lagi dan lagi sehinggalah tiba di Belaga iaitu satu pekan kecil di hulu Sungai Rajang sebagai penghung misi gua kali ini. Seterusnya, gua terpaksa guna jalan darat untuk ke Bintulu dengan menaiki 4-Wheel Drive. Gua pun tak tahu macam mana nak menggunakan semua pengangkutan ini tapi gua selamber bedal je ni. Harap-harap keselamatan gua terpelihara. Duit pun harap-harap cukup.

Ekspress Kuching-Sibu. Bahagia No.1.

Ekspress Kuching-Sibu bergerak hanya sekali sehari. 8.30 pagi. Harga RM45. Gua tiba Sibu dalam pukul 1.15 petang. Tiga jam pertama, bot ini lalu ikut laut. Boring. Jam selebihnyanya barulah menyusuri sungai. Jadi, gua ambil kesempatan duduk atas bumbung bot layan feel. Tiket Ekspress Sibu-Kapit pula pada pukul 1.45 petang. Gua saja ambil tiket ekonomi iaitu yang paling murah dengan harga RM20 demi niat untuk ingin lebih menyelami dan mendekati masyarakat setempat. Tiket kelas pertama RM25 dan kelas bisnes RM30, padahal takdelah spesial mana. LCD Sony Bravia juga pada setiap kelas. Bilangan seat dan jenis penumpang je kot yang membezakan.

Menyusuri Sungai Rajang. Besar lahanat.

Masuk bot sahaja memang berbaloi, macam-macam gaya dan rupa manusia gua jumpa. Manusia yang bertatoo sana-sini termasuk bawah kerongkong, wanita yang cuping telinga berlubang besar dan terlondeh, penggunaan bahasa yang sepatah haram gua tak faham, ayam hidup, tayar motosikal, beg plastik besar yang dipenuhi kain, kotak-kotak, beras, dan juga buah durian. Mujur babi tiada. Kalau tak gua pun tak tahu apa yang akan berlaku.

Seketika, kedengaran tangisan bayi di belah belakang kiri gua. Gua toleh. Tepat saja mata gua kena muka bayi, ngap! Si ibu dengan pantas selak baju dan melakukan sebuah penyusuan. Gua terkesima. Pandangan masih kekal pada muka bayi. Lama juga mata gua terpaku sebelum akhirnya teralih dan terus bertentang mata pada sang suami disebelahnya. Matanya jegil tajam pada mata gua. Cilaka! Selepas insiden itu, gua tak pernah toleh belakang lagi. Tidak kiralah walaupun bayi itu tiba-tiba boleh bernyanyi. Gua syak brader suami tadi masih tenung belakang tengkuk gua.

Makcik tua sebelah kanan gua suka cakap bersendirian dan kadangkala menepuk lengan gua dan ketawa. Gua anggukkan saja kepala konon-konon faham sambil mencuri pandang giginya yang tinggal dalam 3 4 batang je lagi. Belah kiri gua pula, seorang pakcik dalam lingkungan 50an yang hensem, tengah baca tabloid metro sambil makan kuih kacang merah yang gua pun turut ada beli sama dari seorang wanita tua di Jeti tadi. Gua betul-betul harap ia halal. Gua lapar gila tadi. Serius. Perjalanan yang memakan masa selama tiga jam setengah itu gua penuhi dengan bersembang bersama pakcik hensem tadi dan juga melayan dua buah cerita di LCD. Green Hornet dan juga cerita kungfu Shaolin yang karyanya seperti arahan Razak Mohaideen. Jalan cerita macam gampang. Oh ya, berkenaan pakcik itu, mujur Siti Nurhaliza jumpa Datuk K dahulu. Kalaulah sebelum itu dia ada show dekat Kapit dan terjumpa serta terkesima dengan kehenseman pakcik ini walaupun tidak bermisai, gua syak dia sekarang tentu dah jadi bini pakcik ni dengan tujuh orang anak dan sudah pandai menyanyi lagu Cindai versi Iban. Gua rasa la.

Jeti Kapit dikala senja. Sunyi.

Sampai Kapit dalam pukul 5.15 petang. Pusing-pusing dan usha-usha, akhirnya gua check-in di New Rejang Inn. Lepas letak barang, gua pusing-pusing lagi cari kedai makan malangnya semua tajuk kedai takde yang ada berbunyi sedikit sifat kehalalan. Akhirnya, gua pekena fastfood Sugar Bun. Kenyang, gua duduk kat jeti tepi sungai tunggu matahari terbenam di hilir. Malamnya gua hampir terpaksa masuk bar untuk tengok game derby Manchester United lawan Manchester City sebelum bernasib baik apabila tv di bilik gua turut ada astro, menyiarkan. Gua tido nyenyak dengan belaian saat-saat kecantikan gol kemenangan Wayne Rooney. Malam yang sungguh indah di Kapit kali ini.

Sibuk pula di awal pagi.

Gua bangun awal dengan niat untuk melihat gelagat manusia di Pasar Teresang Kapit. Malangnya hari hujan. Jadi, gua sambung tidur sehingga bangun semula pada jam 7.30 untuk teruskan perjalanan ke Belaga kerana bot paling awal jam 9 pagi. Mula-mula cari ATM sebab gua dengar cerita yang pekan Belaga tiada bank mahupun ATM langsung. Di jeti, nasib gua ditimpa malang dan harapan gua musnah berderai sebab gua dapat tahu dari penduduk sini bahawa tika ini, tiada bot yang boleh acces sampai ke Belaga. Ini kerana paras air sungai telah cetek kerana Empangan Bakun masih dalam proses menakung air. Kecewa, gua terus menapak longlai cari kedai untuk ngeteh. Sambil itu, boleh buat kira-kira arah tujuan gua terkini.

Misi = Belaga. 155km ikut jalan sungai. Masa 5-6 jam bergantung pada kelajuan arus sebagai rintangan. Sini semua pakai bot. Sistem jalanraya untuk sekitar bandar sahaja.

Tengah ngeteh, ramai juga gua jumpa cikgu-cikgu dari Semenanjung yang terpaksa turun ke pekan Kapit dari pedalaman sekitar untuk membuat sebarang urusan dan juga memberi barang dapur. Sejam juga gua berborak kerana gembira dapat jumpa serta menggunakan bahasa melayu biasa. Hasil kira-kira serta hasil nasihat dan pendapat kawan-kawan baru gua itu selain memanggil gua ‘gila’ sebab berjalan serorang diri ke Belaga, gua telah buat satu keputusan. Gua akan cari ejen penerbangan AirAsia, MAS atau MasWing untuk tanya tiket dari Sibu ke Kuching pada hari ini juga. Jikalau harga bawah RM200, gua sebat dan balik. Jikalau lebih, gua terpaksa bermalam di Sibu dengan hati yang kecewa, mencari klinik untuk MC pada hari kerja esok dan pulang ke Kuching hari berikutnya. Satu hari lagi gua menanggung kekecewaan. Gua tak sanggup. Gua lagi prefer balik terus ke Kuching hari ini juga.

Gua Berjaya akhirnya. Kapal terbang Sibu-Kuching gua jam 6.30 petang. Cepat-cepat gua terus beli tiket ekspress Kapit-Sibu jam 11.30 pagi dan sampai Sibu pada jam 2.15 petang. Lebih pantas kerana mengikuti pergerakan arus sungai. Walaupun sedikit kecewa, gua sempat juga untuk pergi ke Pasar Sibu yang merupakan pasar terbesar yang pernah gua pergi di seluruh Malaysia sebelum ambil teksi ke Lapangan Terbang Sibu. Dalam flight, gua kecewa. Misi gua ingin menyusuri Sungai Rajang telah gagal di separuh perjalanan. Bebal punya Bakun.

Fort Silvia, Kapit.

4 comments:

  1. Gamble la ni. Biasa la perantau mmg kena berani jelajah tmpat org. Janji jgn sombong & berat mulut.Klau tak apa guna merantau. Kira ok la ko dah smpai kat ulu2 tmpat jin bertendang tu. Aku org Srwk ni pun tak penah sampai hatta kat Sibu pun. Paling jauh Sri Aman. Tapi kat Malaya ni dari Johor ke Perlis dah aku rentas sorang2 drive huhu...endybaki@fb

    ReplyDelete
  2. nurul...: aduhh dasyattt...dasyattt sungguh ko nyer ekspidisi jax...jeles aku...mantap + macho sungguh ko meredah segalanya seorang diri...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum wbt

    Tunjukkanlah gambar orang yang cuping telinganya berlubang tu.

    ReplyDelete