Thursday, February 10, 2011

10 Hari Di Malaya


Hari Pertama - Jumaat, 28 Feb 2011.
Gua jejak KLIA tepat jam 6 petang. Ingatkan nak jenguk MidValley tapi gua syak manusia ramai. Jadi gua pakai ERL Transit sampai Putrajaya saja. Dari situ, kakak gua pungut bawa ke Bangi. Konon-konon jetleg, gua berehat-rehat saja malam tu. Tengok Raja Lawak. Kalau ikut gua, Juara musim ini adalah pasangan pengacara Jozan. Kedua R2. Ketiga antara Man atau Nazmi. KopiO? Oh ya, macam lahawau. Lame.

Hari Kedua - Sabtu.
Sebelum Zuhur lagi gua dah bangun. Siap-siap, gua ajak anak buah gua pergi Tutti Frutti makan yoget beku. Lepas makan, gua hantar depa balik rumah sebab nak jalan-jalan sikit. Budak-budak tak boleh sangat dimanjakan. Nanti nak lepas SPM pun payah. Gua usha Metro Kajang, MetroPoint Kajang dan PKNS Bangi. Banyak juga budak-budak sekolah yang baru nak up lepak sana-sini pung pang pung pang tak tentu hala. Sudahlah stail rambut jenis 'makan sebelah'. Hati panas, gua balik. Malamnya gua keluar semula pekena teh. 9-12 malam di Bangi Perdana. 12.30-3 pagi di mapley Seksyen 9. Tengok Manchester, pasukan kegemaran Nasha Aziz dan Jastin Bibir.

Hari Ketiga - Ahad.
Gua bangun sebelum Subuh pula. 5 pagi, sebab dah janji nak jumpa Teng di Petonas Semenyih. Kami rancang nak naik Bukit Broga. Hujan tengah renyai-renyai dan gua pula entah kenapa bengap pakai selipar jepun. Apa adahal. 6 pagi kami mula naik. Atas puncak macam pesta. Ramai gila. Ada yang berkhemah dan ada yang merendek. Kesimpulan, matahari tak muncul-muncul malahan hujan makin lebat. Gua turun dengan kecewa. Bersepai jugak badan gua asyik jatuh terlentang atas bawah. Gua syak, dalam ratus-ratus yang naik haritu, gua je yang pekena selipar jepun. Cilaka. Balik rumah, bersih mana patut, gua siap-siap untuk balik kampung. Pahang. Ondeway, gua singgah Seremban makan tengahari kat rumah kakak gua. Akibat kenyang, gua lupakan hajat nak pekena daging landak dan kijang masak lemak di Restoren Nelayan seafood Seremban. Rojak dan cendol Kuala Pilah pun gua kensel sebab hujan lebat. Sempat juga dua tiga banjir gua tempuh. Hujan tak henti-henti.

Hari Keempat - Isnin.
Hari bersama keluarga. Masih hujan dari samalam, gua bawa peren gua pergi Segamat untuk beli barang dapur. Gua pula nak pergi Jakel beli kain untuk baju raya. Segamat dah macam pesta. Helikopter berpeleseran di awangan, bot-bot polis berpeleseran di auran deras, manusia berpayung berpeleseran, anjing berpeleseran, semuanya berpeleseran hanya akibat banjir. Malas untuk ambil kisah, gua pergi Jakel beli kain gua. Kaler biru keunguan. Oh ya, awek di Butik Tudung Ariani dalam Jakel tu memang cun. Gua tak tipu. Kalaulah tiba2 paras banjir naik, gua tak teragak-agak dukung awek tu selamatkan dari kena air kotor banjir. Ehem ehem.

Hari Kelima - Selasa.
Tiket KTMB gua ke Singapura terbatal. Landasan tak boleh lalu. Jadi, gua terpaksa tumpang kakak gua yang kebetulan mahu ke JB. Kami melalui laluan Mersing sebab laluan Segamat-Labis memang dah darurat dan laluan Segamat-Tangkak jambatan dah runtuh di Jementah. Sampai Mersing, kami tidur di rumah abang ipar kakak gua dengan harapan banjir di Kota Tinggi reda sedikit. Dekat Mersing, kerja gua makan keropok lekor dari sarapan, makan tengahari sampai sapper tengah malam. Malamnya, gua mimpi bercinta dengan kopok lekor.

Hari Keenam - Rabu.
Banjir surut sikit dan laluan boleh digunakan. Sampai saja JB, gua terus pergi Larkin pekena Kacang Pool dan jalan-jalan di sekitar bandar. Hari malam, baru gua masuk Singapura dan menginap di Bishan. Sempat juga gua keluar naik MRT pergi Orchard Road tengok suasana lampu-lampu dan hiasan-hiasan sempena Raya Cina.

Hari Ketujuh - Khamis.
Selepas sarapan thosai masala di Tekka Market di Little India, masa selebihnya gua duduk dalam Universal Studio Singapura sahaja dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Gua enjoy sampai lupa daratan. Surau pun entah kenapa gua tak jumpa. Penat, balik gua sempat singgah Chinatown cari buah tangan. Malam tak tidur nyenyak sebab pening rollercoaster masih terngiang. Inilah kali pertama gua naik sebuah rollercoaster dan kali pertama jua gua mencarut sebanyak 36 kali sepanjang menaikinya. Macam haram. Jantung gua dub dab dub dab. Cilaka.

Hari Kelapan - Jumaat.
Lepas sembahyang Jumaat, gua pergi Orchard Road lagi. Jalan-jalan konon-konon window shopping. Hapak pun gua tarak beli. Mahal. Lepas maghrib, baru sampai JB. Kemudian, gua pergi Kampung Senibong pekena nasi lemak dan seafood. Orang ramai gila. Cilaka. Lepas kenyang, pergi Pasar Pandan cari cd. Orang ramai telah membuatkan hati gua panas dan terus balik rumah.

Hari Kesembilan - Sabtu.
Bas gua dari JB ke Seremban jam 2 petang. Malam gua tidur Senawang. Malas untuk keluar, gua lebih banyak main Ultraman-Raksasa dengan anak2 buah gua. Gua jadi raksasa siput yang gagah perkasa dan hebat. Sampaikan ada Ultraman yang menangis.

Hari Kesepuluh - Ahad.
Gua naik Komuter ke Kajang. Dari Kajang gua tumpang kawan untuk ke Shah Alam. Ada kenduri kahwin. Lepas lepak di kenduri, port lepak ditukar ke Seksyen 2 pula. Pung pang pung pang kami berceloteh sambil makan abc dan usha-usha awek-awek UiTM. Semua boleh tahan juga cara bergaya. Ukuran pinggang masih terjaga. Maklumlah, yuran murah. 7.30 malam baru gua kelam kabut gerak ke KLIA. Kapal terbang gua 8.55 malam. Kawan gua bawa macam setan. 10 kali gua mengucap.

4 comments:

  1. lalu jap..hehehe...
    berjalan xhingat dunia....hehehe...nk ikut jgk...

    ReplyDelete
  2. nurul: aku suke bace catatan ari ketujuh ko jax...ngeh3...tergelak2 mcm org kene sawan aku bace...hehehe

    ReplyDelete
  3. nice blog. Aku sdh follow ko, jgn lupe follow aku juga..hehehe...
    http://www.princehardy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kat USS tu ada surau.kat main entrance.pandang kiri ada bangunan Guest service.surau gabungan jemaah perempuan dan lelaki.okla daripada takde langsung.

    ReplyDelete