Tuesday, January 25, 2011

Gangster Seremban 2

Ok, ini Aleya Umairah. Kapten bagi segala anak-anak buah gua. Lu orang tengoklah muka dia. Macam gangster. Ini gangster bukan gangster main-main. Anak ayam, anak itik, anak kambing, anak burung, anak kucing, ular lidi, ulat gonggok, anak jiran2, cucu Leman Kunyit, cucu Halim Sirih, cucu Pakya Kundur, bini Usop Ikan, semua dia tibai. Slamber.

Jadi, jika lu orang nak menghadapi gangster sebegini, gua kasi sikit tips. Dua tips sudahlah. Itu sudah memadai kasi dia lemah sebelum lu orang boleh belasah dia bertubi-tubi. Pertama, umpan dengan donut-donut Big Apple, JCo ataupun Krispy Kreme. Dunkin Donuts dia taknak. Roti keras katanya.

Kedua, Pink. Tak kisahlah mainan, baju, alat mekap, pinggan mangkuk, senduk, anak patung, aiskrim, cadar tilam, sarung santal ataupun peti ais. Cukup. Anda akan berjaya.

Hujung minggu ni gua balik Malaya. Gua harap dia akan suka anak buaya hidup yang gua bawak untuk dia. Gua dah cat kaler pink dari kepala sampai ekor. harap-harap dia suka. Taklah teruk sangat gua kena belasah nanti. InsyaAllah.

5 comments:

  1. gaya pun dh gengster nih...haha
    anak sapa ni..? anak Kak Peah ke?

    ReplyDelete
  2. hahahaa...Nice article. Jgn lupe follow aku.hehehehe... (^_^)
    www.princehardy.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. haha comella ada anak sedara gangster tp pinky camnih!..

    ReplyDelete
  4. ko pon suke pink k???

    ReplyDelete