Pap! Pap! Pipi gua dilempang Kasim. “Jak bangun Jak!” Kejut Kasim sambil Pap! Pap!, melabuhkan dua das lempangan lagi. Habis kemerahan pipi gua yang putih gebu dan berurat hijau. Rasa pedih juga. Gua usap lembut.
“Jap, 5 minit lagilah!” Balas gua sambil menarik kain pelikat Firoz yang gua jadikan selimut. Mimpi tarian singa gua entah kemana klimaksnya. Kasim betul-betul potong stim. Oleh kerana terlalu busuk, kain pelikat gua tarik sampai paras leher sahaja. Firoz memang manusia jahanam. Tujuan kain pelikatnya dibawa kehulu-hilir hanyalah semata-mata untuk memperolehi sebuah pandangan islamik terhadap dirinya sahaja. Langsung tiada niat untuk dikolaborasikan bersama sejadah mahupun surau. Lebih sebagai unifom untuk tidur malamnya. Perangai tak ubah macam dubuk.
“Dah sampai mana?” Sambung gua dengan mata terkebil-kebil sambil jari buang taik mata dan calit pada lengan baju Kasim. Kasim buat tidak endah malahan mukanya kelihatan runsing tentang hal lain. Matanya melilau-lilau mencari sesuatu. Hujan turun lebat. Cuaca pula kian gelap dengan jam menghampiri pukul 7 malam. Kiri kanan semua pemandangan hutan. Menakutkan.
“Kita dah sesat” Akhirnya Kasim jujur bersuara.
“Hah! Biar betul ko ni.” Mata gua terus jadi segar. Di belakang, Firoz dan Syukri tengah nyenyak dibuai mimpi. Kepala Firoz atas bahu Syukri manakala kepala Syukri atas kepala Kasim, bersendeng antara satu sama lain. Tangan pula digenggam erat antara masing-masing seperti tidur sebuah pasangan berbulan madu. Sungguh romantik dan sungguh di luar tabii. Terpaksa gua tutup tingkap rapat-rapat takut kilat berjaya masuk.
“Eeeeeeetttttt” Kasim memberhentikan kereta secara mengejut.
“Apahal woi? Tengah-tengah hutan ni. Gile ke!” Marah gua, yang sebenarnya mula ketakutan.
“Aku nak kencing jap” Balas Kasim sambil membuka pintu. Matanya pandang sekeliling cari port terbaik melepaskan hajat. Seketika matanya terhenti lama pada sebatang pokok pisang hutan yang sangat besar di tepi jalan.
“Hujan ni. Payung ada tak?” Tanya gua. Sekali sekala mata usha atas pokok-pokok yang terdapat disekeliling. Mulut gua pula entah kenapa tiba-tiba boleh terkeluar lagu-lagu nasyid Raihan.
“Payah payah, ko pancut je dari kereta ni. Tak lah basah lencun sangat. Lebat ni!” Gua bagi idea kreatif. Kasim anggguk kepala. Matanya masih tertumpu pada pokok pisang. Tidak beralih sama sekali. Gua semakin cuak. Lantas pundi kencing gua turut pantas dipenuhi ammonia.
“Maaf nekkk...cucu tumpang kencing yerrr.... Tak kena pun pokok pisang nenekkk...Jauh lagi niii...” Kasim bersuara seperti menyanyi dalam ketakutan. Suaranya agak gagap.
Sap! Gua tarik selimut tutup muka, rendahkan diri dan pejam mata kuat-kuat. Mulut dah keluar bunyi arab-arab. Dengan busuk tak boleh belah, gua muntah juga akhirnya. Takpe, gua rela. 7 minit lepas Kasim kereta bergerak semula, baru gua keluar dari selimut. Kasim gua lihat agak sugul. Sepi. Gua tak habis-habis pandang cermin belakang. Pandang tapak tangan terus gua lupa.Hanya bunyi burung hantu saja kedengaran. Sayup-sayup.
No comments:
Post a Comment