Sunday, February 27, 2011

Bertahlil di Kampung Santubong.

Atas ajakan kawan, semalam gua pergi Kampung Santubong. Ada tahlil dan doa selamat katanya. Ini kira kali kelima gua dah ke sana. Pertamanya, masa hari pertama gua sampai Kuching untuk mendaftar diri sebagai pejawat awam, gua ada datang sini dulu untuk jalan-jalan sambil cuci mata di Pantai Damai Puri. Gua kadang-kadang tutup sebelah mata guna jari sebab masa itu bulan Ramadhan. Lepas berbuka baru gua berani buka mata luas-luas sambil main pool di Kelab Rainforest, depan Hilton Kuching. Tarawikh tak buat sebab masjid tak jumpa. Gua kan baru datang. Belum familiar.

Kedua, gua datang sebab pekena daki Gunung Santubong .Hujan lebat. Patutlah Puteri Santubong tak keluar-keluar bila gua panggil atas puncak. Pemandangan atas puncak pun hanya kabus sahaja. Kecewa. Lain kalilah gua pekena lagi.

Ketiga, gua pergi sana sempena ada majlis makan malam untuk pelajar semester akhir di Santubong Resort. Masa itulah buat kali pertama gua mencuba Umai obor-obor. Oh ya, umai adalah makanan tradisional orang Sarawak terutama kaum Melanau. Selain obor-obor, umai udang dan umai ikan juga ada. Kalau luorang suka penyu, itu gua tak pasti ada. Entah betul atau tidak gua belasah taip je ni.

Keempat, gua pekena rumah terbuka sempena Aidilfitri di sebuah rumah betul-betul di tepi pantai. Dan kelima, baru semalam gua pergi lagi. Kerumah yang sama juga. Kali ini dengan aktiviti berbentuk islamik. Apa salahnya tambah pahala. Dosa gua pun macam dah bertakuk-takuk. Lagipun harap-harap juga dapat pekena makanan percuma. Jikalau makanan tradisional orang kampung, itu dah dikira bonus.

Ubut kelapa masak lemak, kerabu midin, rendang daging, ikan kembong goreng dan buah limau kecil-kecil. Gua pekena makan nasi macam orang Darfur sambil angin laut sapu muka gua. Nyaman.

Cenderahati dari tuan rumah. Syukur.

2 comments:

  1. meriah sungguh kat snerr yerr...hehehe

    ReplyDelete
  2. ada contact number siapa2 kat area kampung santubong X?
    sbb plan nk buat program kat sana..
    Harap boleh tolong..
    email me at : aizarsnl_017@yahoo.com.my
    TQ.

    ReplyDelete