Wednesday, March 2, 2011

Legasi Anak Felda Keratong

Boleh tahan juga trilogi ini. Gua terserempak masa tengah jalan-jalan di Popular Tun Jugah. Sebab ada perkataan 'Felda Keratong', gua tak teragak-agak terus angkat pergi kaunter, kira. Penulisannya santai-santai saja. Cuma, tajuknya sahaja yang tak cukup 'santai'. Kalau ada perkataan cinta-cinta rindu-rindu ni, boleh bikin geli geleman juga tengkuk gua. Tak 'cool'. Itu pasal gua jarang pekena buku orang 'kita'. Tak habis-habis dengan cinta, kasih dan rindu.

Apapun untuk kali ini, sebagai anak Felda Keratong, apa salahnya gua bagi sokongan kepada orang sekampung. Tahniah. Mana tahu satu masa nanti karya gua pula yang keluar. Tak perlu Popular, MPH, Kinokuniya semua. Kedai buku Haji Shuib pun cukup. Ye dok? Amin...

1 comment: