Sunday, May 10, 2009

Jiran Jejanda

Jujur gua cakap yang gua memang layan siri Desperate Housewife. Jalan cerita tiptop. Penuh dengan misteri. Selang-seli dengan komedi-komedi. Cume didikan moral agak kurang. Tapi xpe, iman gua masih tebal untuk hindar moral-moral buruk. Bukan gua malas layan sinetron-sinetron Malaya, tapi babak banyak sangat berlaku kat meja makan sambil semua kalau boleh nak berbual korporat-korporat. Bisness juta-juta sana-sini. Dendam dan dengki-dengki sekali. Kalau babak luaran pun mesti tak habis-habis babak berlegar-legar kawasan KLCC. Kat Rompin xpernah langsung. jenis bercuti asyik luar negara sahaja. Macamlah Malaysia ni xde tempat cantik-cantik. Bangang!

Eh! gua sebenarnya nak cite pasal jiran baru gua ni tapi terlalut sikit. Maaf. Itu pasal set induksi gua tentang Desperate Housewife. Tapi kejiranan gua bukan Wisteria lane la. Gua Mangga Lane. Syyhhh..dengar khabar gerangannya berstatus janda. Anak sorang, lelaki. Habis nervous budak-budak rumah gua hari-hari. Masing-masing dah selalu kene selsema sekarang ni. Gua batuk-batuk sikit je.

Tingkahlaku pelik yang gua semakin perasan kat rumah sewa gua:

  • Amai - Sekarang dah selalu sangat basuh kete depan rumah sambil xpakai baju. Sambil-sambil tu selang seli basahkan dada dan bahu dengan air getah paip. Mata buat-buat pejam sambil kepala dongak ke langit. Apahal ni?
  • Syed - Tibe-tibe dah rajin basuh baju n sidai kat ampaian luar. Baju tetap xpakai juga. Yang paling gua malas nak tengok bila dia berjengket-jengket sidai baju sambil tahan-tahan nafas tunjuk ketak-ketak. Apahal?
  • Apai - Dah mula jadi rajin berkebun n berkemas depan rumah. baju xnak pakai jugak. Pegang pencakar daun kering pun nak genggam erat-erat sampai nampak urat-urat jantan. Apahal?
  • Gua - Gua malas nak buat pape. Tapi setiap kali gua siap-siap hidupkan enjin moto untuk ke masjid, automatik dia keluar rumah buat-buat ada hal. Gua pakai kain pelekat n baju melayu je pun. Kadangkala masa gua naik panjat motor, kain gua terselak sampai atas lutut. Gua cepat-cepat jatuhkan kembali. Gua perasan dia pandang. Mata gua tetap fokus tengok meter motor, betulkan ketayap putih dikepala dan berlalu pergi sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Gua cool.

6 comments:

  1. erm...lawak ler...story ni...t aku suh ..prof wat cite ni..episod lagi

    ReplyDelete
  2. gampang ko.. cam sial... xpayah la nak hipokrit.. gua tau semua 2 taktik lu je pas 2 pakai nama org lain..bengongnye master razak nie..

    ReplyDelete
  3. siot la kutuk ousemate sendiri.. cun ke miss J sebelah umah ko tu.. kena g melaka la camni.. hahaha..

    *tiap kali ko idup enjin moto ke masjid dia ushar ko ke? kalau ko pakai short pendek g main ragbi dia x ushar lak?

    ReplyDelete
  4. ak rasa dl kes nie ko main taktik kotor...serius!!!kesian kawan2 ko yg lain...yg berusaha....hahahahahahah

    ReplyDelete