Friday, May 8, 2009

Lama Dah Tak Update. Gua Sibuk Sana Sini.

Huh! baru hari ini dapat online. Inipun guna talian tanpa wayar kat UncleJohn Kopitiam, Malim sambil lepak minum2 konon2 mcm dah bekerjaya hebat. Padahal miskin hina lagi. Berlagak! Gua bukan apa, gua sibuk sikit semenjak duamenjak ni. Nama pun dah 'Razak', konfem sibuk punya nama. Najib Razak sibuk neutralkan huru-hara negara peninggalan Paklah. Razak Baginda sibuk sembunyikan bukti-bukti kes Altantuya sambil berpeleseran sana-sini. Razak Mohaideen sibuk bikin filem-filem lawak slapstik yang macam bangang-bangang untuk tayangan raya puasa kelak. Razak Ahmad dari penyanyi tapi sekarang dah buat-buat sibuk berlakon sinetron-sinetron rakyat. Semua buat-buat sibuk je sekarang. Termasuk gua, Razak Shaari.

Ape-ape pun, kehidupan gua di Melaka sekarang agak memuaskan. Tapi ada gak yang membangsatkan. Minggu ini memang minggu gembira gua. Pasukan Manchester United gua kian bermain dengan mantap dan berahi. Chelsea pula padan muka! Kalau dah main macam Shukor Adan masa kejohanan Bawah 12 Tahun zon Alor Gajah, ada hati nak masuk final? Pttuihh! Biar 'Total Football', jangan sesekali 'Anti Football'. Perlawanan nampak macam gampang. Muahahaha.

Fakta-fakta terkini gua:
  • Gua dikhianati tuan rumah. Rumah dijanji dimungkiri. Rumah kondisi macam ba** yang diberi. Ada patut dalam bilik gua xda plug? Rumah kaum Yahudi pun xwujud kekurangan sebegini.
  • Perumahan gua dikenali Taman Pokok Mangga. Itu pasal setiap rumah yang dibeli disertakan sekali tanaman mangga di laman.
  • Minggu lepas sahaja, 3 kali gua makan asam pedas (Port: Kota Laksamana & Pasar Borong). Semua Asam Pedas Tetel. Dah macam tetel dah perut gua sekarang.
  • Semenjak di Melaka juga, dah 3 kali gua makan Burger King. Sebab Parit Raja xda, so gua lepas gian la kat sini.
  • Minggu lepas gua main Ragbi 7 Sebelah tertutup Melaka. Sampai separuh akhir je. Lutut besi gua dah bengkak-bengkak. Anggota tangan, kaki dan bontot kanan calar balar. Mana gua nak kumpul duit beli SKII? Bio-oil pun jadila.
  • Kelas gua 2 hari je. Isnin dan Selasa. Pelajar-pelajar gua panggil gua Encik R. Amacam?

1 comment:

  1. best la ko hari² leh melantak BK.. sini KFC je paling kuat.. nk mkn McD pun kena g Klang.. huwaaa..

    ceh.. encik R.. cam keta Type R..

    ReplyDelete