Wednesday, May 18, 2011

Berkampung di Perkampungan Bidayuh

Tanggal 30 April, gua ada join satu program amal ke sebuah kampung Bidayuh yang agak pedalaman di Padawan, daerah Serian. 60 peratus penduduknya Islam. Kalau dari Kuching, makan masa 1-2 jam termasuk 15-30 minit laluan ekstrim yang sesuai jika lu orang naik 4WD. Setakat pakai Kancil turbo, Wira Evo atau Myvi Passo, baik lu orang pergi pasar malam saja. Boleh kenyang pekena apam balik dengan cendol daripada pekena lumpur dan debu.

Kampung ini memang damai. Gua tak tipu. Betul-betul tepi rumah orang kampong, ada sungai lalu. Airnya sangat bersih. Tak hairan ia pernah dapat anugerah Sungai Terbersih dan menjadi sungai kajian satu pertubuhan dari Japan. Selain itu, anak-anak ikan kelah turut dilepaskan sebagai bahan kajian. Bangun pagi, keluar pintu rumah, jalan 7 langkah, gedebushhh! Dah boleh terjun sungai. Hebat!

Program selama dua hari satu malam. Maknanya, sana gua tidur rumah keluarga angkat. Bapak angkat gua tinggal sorang. Mak angkat dah arwah. Rumah bapak angkat gua agak jauh sikit dari sungai, dalam berbelas langkah juga rasanya. Malam paling sempoi sebab tidur gua indah dibuai lagu cengkerik dengan deruan air sungai. Kalaulah kecik-kecik dulu gua sekolah sini; bangun pagi – buang taik mata – berus gigi kalau disuruh – angkut spenda Batman, baju, seluar dan beg sekolah – jalan bogel – terjun sungai – pakai baju – rambut sikat guna tangan - pergi sekolah. Perghh!, sempoi gila rutin pergi sekolah!

Air terjun pun tak jauh, atas bukit sikit. Jalan kaki dalam 15-30 minit bergantung kepada stamina. Pagi hari kedua, lepas gua termenung menghayati suasana kampung dari beranda buluh rumah keluarga angkat, gua panjat bukit cari air terjun. Dengan stamina seperti David Beckham, 20 minit 5 saat gua sampai. Itupun sesat sikit selain masa banyak habis pandang arah bunyi ranting patah. Bayangkan sekali pandang dah makan 10 saat. Kalau 20 kali?

Risau juga seorang diri dalam hutan di kampung yang asing. Mujur gua selalu tengok Rambo, sekurangnya ada ilmu sikit. Kalau setakat buaya, caranya kepit mulut kasi tak terbuka dan cucuk pisau bawah kerongkong. Babi senang, gua lari laju-laju bengkang bengkok. Beruang, gua tak pasti. Sampai air terjun, gua kecewa. Tak cun. Jadi, gua pekena dalam setengah jam. Sejuk dan takut. Hee.

Sineri ondeway ke air terjun. Gambar air terjun malas gua nak letak. Agak kecewa.


Macam-macam aktiviti ada. Petang hari pertama ada sukaneka serta perlawanan bolasepak lawan orang kampung. Inilah kali pertama dalam hidup, gua tak tahu macam mana cara nak sepak bola dengan lumpur paras buku lali. Sekali sepak, habis pihak lawan yang duduk depan sibuk buang lumpur yang masuk mulut dan adakalanya mata. Cilaka, lucu sekali! Gua yang kejar orang pun terpaksa sambil ludah-ludah sebab lumpur masuk mulut. Nah!

Makanan di sini pun sedap sebab nasi pakai beras bukit, sayur segar-segar dan kalau beruntung, boleh pekena daging kijang. Bab sambal, kalau kita semua pekena sambal belacan, depa pula sambal Asam Payak, sejenis sambal yang dibuat dari asam payak ataupun buah kelubi. Kena pula dengan ikan sungai yang digoreng rangup. Perghh!

Beranda rumah tempat port termenung gua pagi-pagi.


Malamnya sorang ustaz kampung nama Ustaz Khalid, ajak gua join tahlil. Arwah meninggal dua hari lepas. Gua dengan baju melayu hijau serta kain pelikat hijau, masuk rumah tahlil tersebut. Ustaz Khalid berbaju melayu tetapi berseluar panjang. Di pintu, orang-orang kampong dah pandang gua semacam. Mungkin sebab pakaian kot sebab orang sini jarang berkain pelikat, apatah lagi sedondon kalernya. Gua cool. Gua salam keliling pun nampak pelik pada pandangan mereka. Gua masih cool. Gua duduk, ambil biskut krim dan cicah dalam air Nescafe. Ustaz Khalid kata, sini makan dulu, baru tahlil. Akibat lapar, agak banyak juga gua makan sambil semua tunggu ustaz yang akan handel majlis tahlil ni datang.

Akibat terlalu lama menunggu dan kebosanan, orang kampong mulai berbisik-bisik dan adakalanya menjeling gua. Sah ini mesti tengah kutuk ustaz yang lambat tu. Gua senyum nipis sambil tangan pegang biskut yang separuh lembik kembang dicicah. Tiba-tiba salah seorang pandang gua.

“Ustaz je lah yang mulakan dulu” Kata beliau sambil semua orang kampung pandang gua.

Dem! Masa tu gua dah tak cool. Biskut kat tangan pun entah gua lupa gua buat apa lepas detik itu. Macam-macam idea keluar. Gergaji lantai keliling tempat duduk gua, buat-buat hysteria, jadi bisu, pergi tandas cakap sakit perut, bertukar jadi superhero yang boleh hilangkan diri dan benda merapu lain. Gua hirup Nescafe lama-lama. Peluh dahi cicir keluar dan titis dalam cawan.

Akhirnya, “Assalammualaikum...” Kedengaran suara yang sungguh merdu bahasa Arabnya. Bukan calang-calang gayanya.

“Alhamdulillah” Gua jawab salam. Gua tuang air penuhkan cawan. Tersenyum. Cool.

3 comments:

  1. Try buat novel ajak.sah x kering gusi aku baca :P

    ReplyDelete
  2. nurul: ko mmg sengal tahap ahhh jax...

    ReplyDelete
  3. waw... saya berasal dari serian, sarwak... (^_^)

    ReplyDelete