Thursday, December 9, 2010

Tangisan Subuh Hari

Dah lama rasanya gua tak merapu kat sini. Minta maaflah jika ada yang tertunggu-tunggu sambungan Semah&Jijah. Gua bukan taknak sambung. Tapi gua memang tak sempat. Makanpun kena suap laju-laju. Mandi jirus pantas-pantas. Berak kena teran cepat-cepat. Syukur bila sembahyang gua dapat tenang-suci. Baru gua sedar yang dunia ini sebenarnya haru biru juga tanpa gua. Huru hara.

Minggu lepas gua baru sampai dari kursus Kenegaraan Biro Tatanegara (BTN). Macam zaman sekolah asrama, hidup harian dirasakan terkongkong. 5 pagi Subuh berjemaah. Kena beratur berkumpulan, kawad kaki, baca ikrar, menyanyi, ceramah, aktiviti fizikal, kembara, makan secara serentak, lompat tali pendek, lompat tepuk tapak kaki, buat pusingan helikopter kemudian jalan lurus macam babi dan macam-macam. Takdehal, semua gua lalui dengan steady!

Entah macam mana bila Kuliah subuh gua boleh menangis? Hari pertama gua tak nangis sebab dia tunjuk video amanat Najib Razak. Gua tido. Hari kedua ada tayangan filem Hati Malaya. Gua tido lagi. Hari ketiga, sambungan Hati Malaya. Tapi kali ni gua tak tido. Mata gua tiba-tiba menangis masa babak Tuanku Abdul Rahman terharu rakyat sanggup berkorban harta benda untuk keberangkatannya ke London. Mujur lampu dipadamkan. Malu juga kalau-kalau awek Bidayuh sebelah perasan. Cilaka!

Babak sebelum mata gua berkaca masuk habuk!

Amacam, patriotik tak gua sekarang? Patriotik tak bermakna gua Nasionalis!

No comments:

Post a Comment