Wednesday, November 10, 2010

Remaja Akil Baligh & Ketua Pengarah Pelajaran

Brader ni sekarang memang top. Gua mula kenal masa zaman gua mula akil baligh sebagai seorang remaja nakal bijak pandai. Itu dulu-dululah. Sekarang gua dah ada warak sikit. Pergi sembahyang Jumaat pun dah pandai bersedekah. Salam orang tua pun kadang-kadang dah pandai cium tangan.

Tak banyak kenangan kami bersama masa di Kuantan dulu-dulu. Dia pengetua sekolah gua masa tu. Sekolah Sains Batu 8, Jalan Gambang. Antara benda-benda yang gua ingat pasal dia;

  • Pendek, kerdil, hitam manis dan berkaca mata tebal.
  • Beliau ada kereta jenama Opel. Cukup 'rare' untuk remaja akil baligh macam gua untuk kenal kereta buatan dari Jerman ni. Apa gua tahu, hanya Volkswagen Golf.
  • Gua pernah nyaris kena lempang dengan beliau tapi gua lupa sebab kes apa. Banyak sangat lempangan yang gua terima masa remaja itu.
  • Beliau yang berani lucutkan jawatan gua sebagai Presiden Perpustakaan sekolah. Selamber juga beliau cabut tali leher gua depan perhimpunan sambil senyum-senyum. Muka budak-budak yang tengok semua macam gampang.
  • Merupakan spesis yang bila berucap, buih-buih putih ada kiri kanan bibir.
  • Merupakan tukang kejut Subuh gua di asrama selain Asmui B*** dan Hameer A*****.
  • Bukan pengetua yang jenis anti-ragbi. Ini gua suka. Yang anti-ragbi entah kemana semuanya sekarang. Berjuang dengan diabetes mungkin.
  • Bila bersukan, macam biasa. Seluar trek atas pusat.
  • Cukuplah kot. Kang tak pasal-pasal gua kena dipindahkan ke Bhutan bocor rahsia banyak-banyak. Beliau dah otai sekarang. Gua siapa...

1 comment:

  1. mak sy kata org yg slalu berzikir ada buih2 putih kt kiri kanan bibir.. Tp sampai skrg sy xtau betul ot tak... huhuhuhu...:p

    ReplyDelete