Sunday, August 29, 2010

Semah & Jijah #6

Gua dan Rania jalan seiringan kearah kereta. Mesra. Gua dukung Amin. Kadangkala, jemari Rania sekali sekala bersentuhan manja dengan lengan gua, seperti cuba membantu. Manis. Jisim Amin boleh tahan juga. Habis terjojol semua urat-urat hijau pada lengan.Gua macam biasa, tetap control macho macam seorang lelaki perkasa. Adakala, Rania curi-curi menjeling lengan gua. Jadi, sengaja gua tambah kekerasan otot lengan. Mata Rania terpancar sedikit taksub. Gua senyum nipis merendah diri. Sedikitpun tidak terbit sifat riak.

Amin gua baringkan kemas-kemas di tempat duduk belakang. Anak patung Ultraman yang entah datang dari mana, gua letakkan dalam dakapan Amin senyap-senyap. Selipar Princessnya gua cabut dan tunjukkan pada Rania. Gua angkat kening;

“Itu Atuk dia punya kerjalah. Salah beli!. Dia ingat itu Ultraman. Padahal, dah sah-sah termaktub yang Ultraman bukan seorang wanita yang berambut blonde mengurai panjang serta mempunyai buah dada” Balas Rania sambil menyimpul senyum.Enjin kereta segera dihidupkan. Sekali lagi Rania ucapkan terima kasih, sambil tangannya menarik pintu.

“Biasalah tu. Orang tua.Itu namanya krisis umur-lanjut. Sama ada topik wanita ataupun akhirat saja perbualan mereka” Sampuk gua.

“Bahaya ke?” Runsing Rania. Pintu tertutup separuh.

“Taklah sebahaya penyakit lembu gila atau barah. Tapi, semuanya bergantung kepada iman seseorang.” Gua lontar kata-kata matang.

“Mmmm...Oklah, I dah lambat. I pergi dulu k. Jaga diri” Rania ucap selamat.

Dengan peluang keemasan sebegini, tanpa fikir panjang, gua terus tahan pintu, tarik nafas dalam-dalam dan renung mata Rania tajam-tajam. Satu tangan atas pintu, satu lagi atas bumbung kereta. Gua cuba berlagak macam perogol bersiri.

“Rania...U ada nombor telefon tak?” Gua tanya cara gentleman. Hati tengah serius.

“Ada lah. Kenapa?” Rania jawab malu-malu. Anak matanya cuba alih arah tapi renungan tajam anak mata gua seperti tak membenarkannya ia beralih. Sungguh tajam.

“I suka U. Kalau boleh, ingat nak kapel dengan U. Kalau ada jodoh, ingat nak kahwin dengan U. Kalau panjang umur, ingat sampai mati nak hidup dengan U.” Gua balas ikhlas. Rania tergamam. Bibirnya menggigil.

Suasana tiba-tiba hening. Bunyi cengkerik saja yang menghantui selang masa menunggu jawapan dari mulut Rania. Sampaikan deruan sepoi-sepoi angin pun jelas kedengaran. Begitu lambat sekali perjalanan masa tika itu. Sengsara juga dibuatnya hati gua.

Tanpa kata-kata, Rania segera mencapai tangan kanan gua dan tulis nombor telefon atas tapak tangan. Geli juga dibuatnya, tapi dalam keadaan tengah lagak gentleman, gua kena tahan. Kaki saja yang sedikit terkinja-kinja menahan geli.

**********

Jam dah cecah pukul 9. Sampai pukul 10, setiap 5 minit gua tenung tapak tangan dan tersenyum bersendirian. Macam orang gila. Awek-awek yang lalu-lalang dan ada niat nak ngorat gua, memang semua gua persetankan. Yang cuba datang dekat, gua dah tak cakap banyak, terus gua tunjuk penumbuk. Mereka terus berlari pergi sambil tersesak-esak dengan harapan yang musnah. Gua senyum. Manis.

“Hoi, lama dah ke tunggu?” Kasim tiba-tiba muncul entah dari mana. Mukanya macam jahanam. Mata barai, rambut kusut, baju kedut, seluar senteng sampai nampak buku lali dan kasutnya entah apa jenama ada lambang muka badak sumbu.Tali kasutnya pula dibiarkan berpeleseran dan ada kesan calitan taik kucing secalit dua.

“Tak, baru 5 minit. Ai, sorang je? Syukri dengan Firoz mana. Bila diorang mati?” Gua buat-buat marah.

“Syukri bawa mak dia pergi pasar kejap. Beli siput sedut. Bapak dia teringin nak makan masak lemak cili api” Balas Kasim. Entah sebenarnya tengah buat lawak ataupun tengah serius, malas gua nak ambil tahu.

“Firoz?” Marah gua lagi, sebelum tiba-tiba gua mula kembali tersenyum bila saja tengok tapak tangan. Kasim kehairanan.

“Dia hantar mak dia pergi kelas yoga. Tapi sekarang ni dua-dua dah ondeway ke sini dah. Jap lagi sampai la tu. Rilekslah” Balas Kasim sambil buang taik mata keras tepi kelopak.

“Macam-macam!” Gua berdengus halus sambil geleng kepala.

“Dah ko ni, dah mandi ke belum?” Gua tanya sangsi.

“Belum. Nantilah singgah hentian rehat mana-mana, aku mandi. Tak sempat sebab aku lambat sikit bangun. Malam tadi tidur lambat, tengok dvd Hindustan. Heroin Kajol, hero Anil Kapoor, penjahat pula Jackie Schroff. Pergh! sedap beb. Menangis!” Kasim buat muka selamber sambil jarinya mengentel-gentel taik mata, dan menjentikkannya pergi. Macam lahanat perilakunya!

Gua tumbuk pam angin kuat-kuat. Bersepai juga angin berterbangan sana-sini.

********

Gua duduk kerusi penumpang hadapan sambil baca peta. Latitud, longitud, Khatulistiwa serta arah angin Monsun, utara, selatan, segitiga Bermuda, semua gua kaji. Gua pandang Kasim yang tengah memandu, Kasim senyum. Gua pandang belakang. Firoz yang tengah lap cermin mata tebalnya, terhenti dan balas senyuman. Syukri yang sedang menghayati pemandangan luar sambil makan kerepek sedangkan perjalanan hanya baru sejauh 7km, pun turut tersenyum. Jam pada dashboard; 10.30am. Tiga jam lebih, lewat. Gua redha.

Perjalanan bermula.

Perjalanan memang sedap naik kereta BMW ni. Takdelah telur asyik terkepit macam naik BMX. Lebih selesa. Setakat langgar lubang sebesar saiz badan Rosmah, dalam sedalam kubur pun, memang takdehal punya. Buaya-buaya yang tak lepas nak lintas jalan pun, selamber Kasim langgar tanpa rasa kemanusiaan untuk membrek. Gedegakkkk!!! Gedegukkkk!!! Kesian. Gua pandang Kasim.

“Takdehal, suspension sedap beb. BMW! Lagipun salah diorang yang lintas jalan tak pandang kiri kanan dulu. Nasiblah.” Muka jahanam Kasim kian berlagak. Firoz dengan Syukri sengih-sengih dari belakang macam burung unta.

Kami berjanji untuk pandu ikut giliran. Kasim yang mula dulu, dari Kuching sampai ke Sibu. Firoz ambil Sibu ke Miri. Gua ambil Miri ke Lawas sebab gua sorang saja yang tahu selok belok sistem jalanraya Brunei. Lawas ke KK, giliran Syukri. Pemandangan memang boring. Tak banyak mende yang boleh tengok macam di semenanjung. Asyik-asyik rumah panjang, sungai, buaya, hutan, buaya lagi, rumah panjang lagi, gereja, llama, dubuk, dan berulangan semua benda tu saja. Kadang-kadang saja kelihatan awek-awek berkemban dan berkaki ayam, jalan kaki tepi jalan sambil galas raga yang penuh dengan buah pisang, sayur pucuk paku dan anggur. Maka, setiap kali itulah Kasim akan menjerit; “Awek woi! Kiri kiri kiri!!.” Selalunya Syukri dan Firoz akan tiba-tiba terus menggelupur kena sawan babi tepi tingkap.

Sampai pekan Serian, kami berhenti rehat. Itupun sebab Kasim baru rasa macam nak mandi. Syukri pula sibuk kata lapar. Firoz pula sibuk nak bergambar buat kenangan. Gua memang dah tak peduli apa. Bila lapar, gua pandang tapak tangan terus jadi kenyang. Bila letih, pandang tapak tangan terus jadi segar. Cuma atas alasan kesihatan sahaja, gua order makan juga. Roti bakar sama teh tarik. Takut kena gastrik pula nanti kalau tak makan. Lagipun, taknaklah susahkan hati Rania pula risaukan pasal gua.

“Perghh! Macam omputeh! Apasal ko Jak?” Tanya Syukri pelik sambil melihat garfu dan pisau pada tangan kiri dan kanan gua.

“Saja. Tapak tangan aku sakit. Alergik” Gua beralasan sambil potong roti. Bergegar juga meja dibuatnya. Firoz yang tengah makan mee kolok pun tiba-tiba dah pegang pisau sambil jegil mata kat gua. Makcik meja sebelah yang tengah makan kuih apam pun turut ada pisau ditangannya. Brader buat air pun dah mula bancuh air pakai pisau. Apahal? Lantaklah, gua peduli apa.

Treeet treeet. Gua terima sms. Gua baca.

“Jak, aku lambat sikit. Dompet aku terjatuh dalam lubang tandas. Ko orderkan aku Nasi Goreng USA sama Kopi Ginseng cap Kapal Api dulu k”

“K” Gua reply ringkas.

“Siapa Jak? Kasim ke?” Firoz ngada-ngada kuriyes.

“Aha. Dia dah mati. Lemas dalam tandas” Jawab gua, malas.

"Yess! Habis, kereta dia tu wasiat kat siapa? Firoz tiba-tiba jadi bengap.

“Eh cilaka, lu makan jelah!” Gua lantang marah sambil baling pisau pada dahi Firoz. Kellettangggg!!! Makcik kuih apam sebelah pun ambil kesempatan baling Firoz di kepala. Brader buat airpun ada baling tapi kena bahu Firoz sahaja. Mata Firoz berkaca. Merajuk.

Bersambung...

1 comment:

  1. macam lahanat ada anggur & llama kat sarawak.

    ReplyDelete