Tuesday, September 7, 2010

Perang Raya


Balik raya tahun ini, gua dah stanby siap-siap untuk berperang. Parang panjang, mercun bola siap dibalut dengan selotape untuk kasi bunyi letup lebih solid, kapak, picagari untuk suntikan ubat penenang dan tak lupa senjata paling utama, angpau duit raya dan aiskrim Koneto.

Ini semua bagi menghadapi 18 orang askar yang terdiri daripada watak-watak gila seperti Ultraman, Ninja Boy, Hagemaru, Princess, Powerpuff Girl, Ben 10, Mayat Geng Surau, Geng Bas Sekolah, dan macam-macam watak merapu lain.

Hero/Heroin:
  1. Arish Muhaimin
  2. Hani Maisarah
  3. Siti Maryam
  4. Hania Safia
  5. Irfan
  6. Danish Amzar
  7. Ardian Harith
  8. Abdulrahman Hisham
  9. Ameer Hakeem
  10. Fatin Nuraisyah
  11. Aleya Umairah (Kapten)
  12. Jasmin Rania
  13. Aiman Daniel (Pakar letupan)
  14. Nurul Syuhadah (Penggoda)
  15. Arman Fahim
  16. Aina Darlina
  17. Arissa Khadeeja
  18. Iman Amani
Raksasa:
  1. Gua.
Tetapi masalahnya, kenapa asyik gua sahaja yang perlu jadi raksasa? Gila! Rambo pun boleh tergeliat tulang selangka beb.

Oh ya, buat pengetahuan lu orang, senarai diatas adalah cucu-cucu bapak gua. Separuh daripada senarai, gua dah pernah cebokkan berak diorang. Tak tahulah masih kenang budi atau tidak. Huh!

2 comments:

  1. haha....

    fendi_baki@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. boleh bygkan mcm mana rupa Aleya jd kapten. Ada tokoh hihi...

    fendi_baki@yahoo.com

    ReplyDelete