Sunday, April 18, 2010

Tajuk Biar Kreatif!


Jumaat lepas, gua wakil jabatan gua untuk "Pertandingan Melukis Menggunakan Windows 'Paint'" sempena Hari Politeknik. Gua ajak Odan sekali sebab gua perasan, kami manusia paling kreatif kat jabatan. Yang lain lebih sibuk setelkan hal-hal claim dan naik pangkat. Ada juga yang balik rumah dengan alasan bawa anak pergi klinik. Biasalah, penjawat kerajaan. Macam-macam.

Lagi 5 minit pertandingan bermula, gua dengan Odan buka komputer. Cari Microsoft Paint. Dah jumpa dan kenal, kami tutup komputer dan cargas pergi lokasi pertandingan. Tema lukisan akan diberi kelak. Gua baru ingat nak lukis gambar penguin tengah panjat pokok petai. Unik dan kreatif bukan? Odan pula fokus nak lukis gambar tapak sulaiman. Kreatif. Konon.
"Ok, tema kali ini ialah "Sesuatu Pemandangan Indah". Zabidi, wakil penganjur memberi arahan.

***

Gua tumbuk tetikus pecah dua. Tema pun tak kreatif tapi nak uji kreativiti? Tangan Odan yang tengah lukis pokok kelapa menggigil akibat reaksi gua. Dah nampak macam pokok pisang.

Gua lukis suka-suka hati. Pemandangan waktu malam (Hasilnya adalah gambar diatas).

8 comments:

  1. pesal matahari tue muram...hehhehe

    ReplyDelete
  2. ingat time skolah rendah dulu,
    darjah 2 kot, p'tandingan lukis pkai microsoft paint.. lg best kot tajuk dia,
    "rumah idamanku". menang saguhati.. =)hehe

    ReplyDelete
  3. ajak...lawala gambo ko lukis tuh..
    haha..gigi mcm2 kaler tuh... :)

    ReplyDelete
  4. haha..indah sungguh pemandangan..

    ReplyDelete
  5. hehehe...cantik je lukisan tu...)=

    ReplyDelete
  6. alahai cutenyer lukisan.... menang x??? ^^

    ReplyDelete
  7. x. sebab smua juri memang jenis xkreatif. xtau apa itu seni. hehe

    ReplyDelete