Tuesday, April 20, 2010

Bebalnya Barcelona Berlagak

Marilah ke Old Trafford. Pehhhleaseeeeeee....

Ok, hari ini, kita berbual pasal bola. Kalau tak suka, nanti gua cerita pasal shopping.

Lelaki mungkin jarang yang tak suka bola. Jikalau ada pun, mungkin jenis yang dari kecil ada koleksi patung barbie, main masak-masak bawah rumah, main kahwin-kahwin dengan anak dara jiran sebelah yang masih lap hingus guna lidah, jenis mandi pagi guna air panas pergi sekolah, jenis senang menangis bila pensel tekan kena curi kawan, jenis bakat lebih berat pada pidato, puisi atau bahas. Kefemininan. Tetapi, bila lelaki obses dengan bola, wanita jangan harap ajak pergi shoping Mydin masa malam minggu kalau taknak kena lempang. Pantang!

Wanita pula, jarang yang suka bola. Mereka lebih suka Cristiano Ronaldo, Kaka, David Beckham, Raul, suami Rita Rudaini, Wan Jamak Wan Hasan dan tak lupa Sagna dan Gallas dari pasukan Arsenal. Jenis muka jambu dan metroseksual. Habis dinding bilik tidur, bawah alas lutsinar meja bilik darjah, belakang pintu jamban, muka surat depan atau belakang buku diari dan tak lupa dalam kotak pensil. Perangai dah jadi bukan-bukan. Tetapi, bila obsesnya datang, lelaki yang jenis bulu ketiak tak pernah trim atau rambut tak pacak-pacak macam trojan, jangan harap mereka akan pandang. Tak cool!

Papehal, terima kasih Jose Mourinho. Kepada wanita, masukkan dia dalam list lelaki idaman kamu. Dia hebat. Gua harap Pahang boleh dapatkan khidmat dia.

Itu saja untuk bolasepak. Chow Sow Lin.

2 comments:

  1. hebat ler pahang kalo leh dapat khidmat die tuh...heh. btw, felda fc pn tgh terer ape skang...sokong ler sama.. :)

    ReplyDelete
  2. Cilaka, mata jadi belang belang lepas baca lu punya blog.

    ReplyDelete