Sunday, April 4, 2010

Gambir Sudah Di Pasaran Malaya

Kali ini,gua malas nak cakap banyak dah. Sebelum ini, lu orang banyak komplen yang gua tak bawa balik sourvenier gambir bila balik Malaya @ semenanjung kan? Ok, gua dah angkut bekalan masa balik itu hari. Cukuplah untuk bekalan kegunaan lu orang semua sampai Raya tahun depan. Apa jadah lu orang nak buat, gua tak ambil kisah. Lantak lu lah.

Gua dah pass pada semua kutu. Lu cari sendiri;

§ Untuk geng se-sekolah gua, lu boleh cari Tord Buntal yang berlokasi di Kajang. Kalau payah sangat nak jumpa, lu orang lepak dekat mamak depan Metro Point Kajang, sebelah bangunan Pizza Hut dan KFC. Itu port ngeteh dia. Kalau tak kenal, lu tunggu saja situ, cari saja budak yang badan macam ikan buntal. Lu tau bukan fizikal ikan buntal? Bagus.


§ Untuk geng se-matrikulasi, lu cari Azwan Horror yang berlokasi di Pantai Dalam, KL. Kalau tak dapat dihubungi, gua pun dah tak pasti lu orang boleh cari dia dimana. Tapi gua bagi 3 tips tempat berkemungkinan tinggi; Food Court Ikea kat Damansara sebab situ ada meatballs yang enak, area Bangsar sebab bila lepak situ, lu akan nampak urban habis, kononnya, dan area Sri Hartamas sebab banyak gadis remaja yang enak dan panas tapi malangnya niat ambil air sembahyang entah tahu atau tidak. Paling arab pun bahasanya, Bismillah dan Assalammualaikum saja. Huh!


§ Untuk geng se-universiti, lu cari Munzir Sayuran di Bangi. Tapi gua rasa kesal dan sangsi pula sekarang ni. Entah masih ada lagi atau tidak semua bekalan tu. Kalau dia kata dah habis, lu orang jangan teragak-agak untuk terus belasah dan campak dalam Tasik Impian. Kasi takut sikit pasangan bercinta yang datang berdua beromen malam-malam kat situ. Dia lagi senang jumpa, mamak Impian maju Seksyen 4 Tambahan tu kedai abang angkat dia punya. Silap-silap lu dapat pekena teh tarik free. Apa lagi geng? Serbu!


§ Untuk geng se-Master, lu orang akal dah tinggi. Jenis dah boleh fikir baik buruk. Tapi, kalau nak juga, bekalan lu orang gua simpan dekat kotak peti simpanan peribadi KL Sentral. Untuk nombor peti simpanan, gua kasi teka-teki. Macam Da Vinci Code, tapi versi islamik punya. Jadi, banyakkan baca Al-Quran sambil buat kajian isi kandungannya dalam-dalam. Kasi betul-betul faham. Amacam, ok tak?


§ Untuk geng se-kampung gua, lu orang tak payah ngada-ngada nak cuba pakai. Gam Racun Tikus pun lu orang masih tak reti baca perskripsi kegunaannya, inikan gambir. Maaf geng, gua tak sanggup nak biarkan lu orang rosak sebab gua. Nanti siapa pula nak rewang dan jadi bentara masa kenduri kahwin gua? Tapi, jangan risau. Gua ada juga kasi spare sikit pada Sarip, anak Pak Imam Harun. Syhhh...jangan sampai ketua kampung tahu. Naya bapak gua nanti.

Ok geng, jangan bising-bising dah lepas ini. Gua terkongkong. Chow.


No comments:

Post a Comment