Saturday, January 16, 2010

Selamat Tahun Baru

Sedar tak sedar, tahun 2010 sudah muncul. Ya, umur lu orang pun dah naik tua. Ya, perut lu orang pun dah naik lemak dan mula tumbuh penyakit. Ya, akal lu orang pun harap dah naik matang dan kotor. Ya, skill shuffle lu orang harap makin jadi gampang dan perlukan kasut baru. Ya, mat rempit macam lu orang pun fizikal dah macam bangkai dan harap mati awal. Ya, hidup lu orang pun mungkin makin bahagia dengan kehadiran anak dan bini. Alamak? Gua bila lagi? Buku Kamasutra pun gua belum khatam. Dahla buku Permata Yang Hilang pun harapkan kawan opis gua si Halal downloadkan. Arghh celaka!

Macam biasa, setiap tahun, masing-masing dengan azam baru. Pelajar malas dah mula azam jadi rajin, suami gatal dah mula simpan azam tambah bini, isteri cantik dah mula azam nak pakai beg tangan Hermes terbaru, minah rempit tentu saja azam mahu panjat balak baru, mat-mat kereta apatah lagi; pakai Proton Wira tapi tak sedar diri azam nak convert jadi Mitsubishi Evo baru dan macam-macam. Ah! manusia memang begini; masuk tahun baru, sibuk pasang azam baru.

Padahal setiap masa, hari dan bulan lu orang boleh pasang azam baru kan?

Sebab itu bila ramai tanya gua apa azam tahun baru? Gua jawab gua ikut azam yang gua pasang masa detik gua tengah memancing dulu-dulu; "Gua nak pusing dunia sebelum gua mati" dan satu lagi azam masa gua tengah santai di pantai Kuta Bali; "Gua nak simpan duit mulai sekarang untuk buat rumah pencen gua nanti di tepi pantai".

Senang bukan? Tak perlu tunggu tahun baru!

Ingatkan gua nak tulis banyak-banyak malam ni tapi gua sekarang depan tv tengok Manchester United lawan Burnley. Main macam babi. Jadi, gua terpaksa siap-siap nak masuk padang selamatkan keadaan. Silap-silap Alex Ferguson ni, ada gak gua lempang karang. Dahla!



3 comments:

  1. pasni Arsenal potong la MU tu.

    ReplyDelete
  2. remeh jugak nak set azam tiap2 tahun.

    aku set azam aku senang ja...set sampai abeh nyawa.

    ReplyDelete
  3. Pasal buku PERMATA YANG HILANG u macam bese dengar la . Bukan ke buku tu citer pasal bende2 xxxx???tul x ...

    ReplyDelete