Tuesday, December 8, 2009

Kenangan Bersama Warden Asrama #2

Tika itu dorm gua tingkat 2, Damai 9 kalau xsilap. Gua tak pasti itu dorm keberapa ntah sudah gua dipindahkan. Hobi asrama kami memang berpindah randah. Kaum Nomad pun pikir dua tiga kali nak buat keputusan yang sehebat asrama kami. Lu ingat mudah ke nak angkut barang-barang, panjat-turun tangga? Watson Nyambek pun boleh tergeliat ligamen siku. Jikapun gua Jean Claude Van Damme, gua pun tawar hati. Silap-silap gua dah tumbuk kaca tingkap nako sampai pecah 3 keping skali. Pintu loker, pintu tandas, pintu dorm dan pintu hati memang gua dah selalu sangat ‘Bruce Lee’. Marah.

Damai 9 lebih digelar dorm budak-budak jahat disamping dorm buangan bekas-bekas penjawat tinggi sekolah. AC bekas Ketua Biro Disiplin Sekolah merangkap kaki lumba kereta dari Shah Alam, Jani budak Pekan yang merupakan bekas Ketua Kaki Pukul Asrama yang mempunyai punggung yang montok seperti Jennifer Lopez, Mamang bekas pelakon lucah dari daerah Kemaman yang mempunyai perwatakan seperti pelakon-pelakon Jackass, John gua tak pasti kenapa tetapi biji matanya seperti mata iblis merangkap tukang gunting rambut gua, Amar budak Karak yang hobinya cari pasal sama system pentadbiran sekolah disamping pelanggan tetap Bilik Disiplin untuk ‘makan’ rotan, Pidot pula budak Kuantan yang belum pasti akil balighnya tetapi sudah berperangai seperti seorang kaki perempuan. Gua? Gua sahaja yang berbeza; meletak jawatan Presiden Pustakawan kerana sukarela. Tak tahan kerenah orang atasan. Kononnya. Yang lain-lain semua ada kes masing-masing; pecah masuk asrama perempuan, kantoi rokok, mengintai makcik kantin (kadangkala ter’pakcik’), bahan-bahan lucah dan pelbagai sikap matang lain. Tapi, solat lima waktu jangan pertikaikan; kami solid. Cuma nakal.

Seperti biasa, tiap malam hujung minggu gua memang wajib tidur lewat. Satu sebab ialah gua jenis yang basuh baju malam-malam. Sejuk sikit, ketiak jarang nak basah. Nak suruh junior basuhkan, silap2 dia kasi rendam dengan air kencing. Lagipun bila malam, dah xperlu nak tunggu turn. Konfem kosong. Masa basuh bajulah gua paling banyak menyanyi; bak Anthony Keidis dan Billie Joe Amstrong di malam hari. Kalau seram bulu roma sikit, gua jadi Nazri Raihan. Bila bulu tengkuk ada reaksi, gua terus mula berjanzi; asal ayat ada banyak bunyi kalimah arab, sambil mata hulu-hilir pandang kiri kanan atas bawah. Habis idea, doa Qunut dan doa makan pun gua tibai. Semua angkara desas-desus dulu-dulu yang banyak berkisar pasal hantu jepun kat asrama gua ni. Cilaka punya senior-senior yang wariskan kepada kami. Kan gua dah basuh baju kat area kolar dan lengan sahaja (bahagian yang asyik kotor). Memang cilaka.

Habis saja basuh, boleh jalan-jalan dorm geng-geng untuk borak-borak isu mingguan. Sambil tu rompak sikit-sikit makanan budak junior. Xbagi cara baik, gua curi cara spontan. Nak kemut2 apehal? Tepat jam 11, siren bingit dibunyikan tanda ‘wajib tutup lampu’. Sebarang pergerakan xdibenarkan kecuali pergi-balik tandas. Rata-rata semua pandai buat-buat mati atas katil masing-masing dengan gaya yang bukan-bukan. Gaya tidur Kurt Cobain, mentadak mentadu, terlentang sambil tangan mendakap skrotum didalam seluar, cuba mengikut sunnah dengan berbaring sisi sambil konfius arah sebenar Kiblat, tersemban macam zirafah mati dan adakalanya tidur dalam posisi duduk. Pelik-pelik sungguh makhluk dunia. Bagi warden, jikalau terus mati mungkin lagi baik, tak perlu depa nak pening-pening kepala. Tak perlu nak semangat habis turun panjat anak tangga cari budak buat salah. Jumpa, terus rotan tanpa banyak tanya. Boleh lepas geram rotan sana sini. Difikirkan semula, kan molek kalau depa balik rumah rotan bontot bini masing-masing luangkan malam hujung minggu secara berfaedah bersama? Tak payahlah guna rotan, guna hanger baju pun boleh. Baru nampak hardcore sikit dah alang-alang memang xcaring? Bebal!

Sambung lagi nanti. Letih do...

2 comments: