Monday, November 30, 2009

Kenangan Bersama Warden Asrama


Dulu sekolah menengah, gua tinggal asrama. Nama pun asrama penuh, memang patut asrama kena kasi penuh. Cilaka. Gua ada rayu kat bapak gua yang gua taknak, tapi bapak gua kasi tau, di asrama sahaja gua boleh makan Maggi dalam baldi jamban ramai-ramai. Agaknya masih bebal, terus gua setuju. Reputasi sekolah gua ni agak boleh tahan, tapi malangnya reputasi asrama tak tahan mana. Jenis buruk-buruk biasa. Mungkin kurang cantik sikit berbanding rumah tahanan pendatang asing kat Kemayan, Bera. Dah memang dasar pendatang asing, haram tak tau erti cantik-cantik ni. Apatah lagi istilah 'bergaya'. Tengok sajalah mat-mat atau minah-minah Indon kat shopping complex murahan, Metro Kajang contohnya, taste pakaian asyik merapu saja. Jeans bell-bottom memang tak boleh nak lari. Dah macam style memerang. Budget Paris Hilton. Monica Lewinsky pun belum tentu. Ceh.


Asrama empat tingkat, dua blok bercantum. Aman dan Damai nama masing-masing. Pada nama saja, padahal haram xpernah aman atau damai sekalipun. Kan mudah jika bernama Biru dan Merah? Tak perlulah nak mempunyai peribadi atau wujudkan satu situasi untuk menandakan ianya Biru atau Merah. Cuma catkan ianya saja. Sengket akal betul. Warden dua orang. Eh silap, dua ekor. Sekor jaga sorang satu blok. Mungkinlah, gua pun xtahu jenis macam mana pemerintahan yang diamalkan. Sorang ada asas pemerintahan tamadun Ayah Pin, sorang lagi ikut cara Tamil Eelam. Sorang suka pekik-pekik macam anjing. Sekor lagi perangai macam beruang hitam. Dua-dua pandai berpuisi, xkira sajak atau syair, konon-konon insan seni. Arghh! Padahal xsedap manapun. Bersepah jugak buat persembahan bila tiba saja hari guru. Bukan nak berlagak, tapi hebat lagi persembahan kumpulan nasyid ahli-tangkap-muat gua. Ramai anggap perangai kami serupa setan, tapi bila keluar saja ayat-ayat islamik dari mulut kami, air muka warak saja yang kelihatan. Menagis juga Pengetua Abdul Ghaffar dengar dayuan-dayuan suara lunak dari kami. Persembahan sajak warden tersebut? Ah, bebal jawapannya. Nah!


Sampailah sekarang gua xpernah berkenan dengan dua ekor ni. Bunyi macam gua jahat tapi lu orang xpernah kenal depa. Lima tahun gua kenal, cukuplah. Bulu dada dan kacamata masing-masing tu dah naik menyampah gua tengok. Kerinting bulu dada style biri-biri Nepal, kacamata langsung x sestylo Horatio Caine. Elok lagi pakai goggle kuning-besar dari makmal kimia sekolah. Rasa nak campak dalam mangkuk jamban je, lepas tu berak banyak-banyak ramai-ramai. Padan muka! Masing-masing asyik nak tunjuk belang dan tunjuk bangang. Selalu sahaja cari pasal sama pelajar. Kalau dalam sehari xrotan budak xsah, macamlah dapat gastrik kalau xrotan sehari. Lambat pergi dewan makan lah, lambat turun surau lah, lambat pergi kelas lah, macam-macam. Sebernas manapun alasan diberi tetap ditangkas hebat. Isi hati dan perasaan budak-budak memang langsung xdipeduli. Xcaring langsung! Ini kata-kata yang warden dianggap ‘bapa’ pelajar di asrama? Eshol!


Dorm gua tingkat 2, Damai 9 kalau xsilap. Lebih digelar dorm budak-budak jahat yang dibuang jawatan. Adlan bekas Ketua Biro Disiplin . Gua pula lain, saja letak jawatan Presiden Pustakawan. Yang lain-lain semua ada kes masing-masing; pecah masuk asrama perempuan, kantoi rokok, mengintai makcik kantin, bahan-bahan lucah dan pelbagai sikap matang lain. Seperti biasa, tiap malam hujung minggu gua memang tidur lewat. Satu sebab ialah gua jenis yang basuh baju malam-malam. Sejuk sikit, ketiak tak mudah basah. Nak suruh junior, silap2 dia kasi rendam dengan air kencing. Lgpun xperlu nak tunggu turn. Konfem kosong. Habis basuh, boleh jalan-jalan dorm geng-geng untuk borak-borak isu mingguan. Sambil tu rompak sikit-sikit makanan budak junior. Xbagi cara baik, gua curi cara spontan. Nak kemut2 apehal?

Bersambung...

3 comments:

  1. lu apahal dada cat biru putih merah?

    ReplyDelete
  2. time ni euro 98 ke world cup ntah. France vs Italy. Treze-goal scoerd. Hooray!!!haha

    ReplyDelete