Thursday, November 19, 2009

Permainan Petang Jumaat


Jumaat. Jam menunjukkan pukul 3.38pm. Sekarang ni gua duduk dalam office. Depan laptop sambil menaip entry 'ni' untuk entry kedua buat hari ini. Gua boring. 4.30 nanti dah bermula hujung minggu gua. Fuh! Kalau tahu boring macam ni, tentu gua masih berada di masjid. Lipat sejadah mungkin. Takpun buat solat-solat sunat yang berkaitan ataupun sedang membaca Quran di sudut hujung dengan suara yang ketat. Kalau kuat-kuat sangat, risau pula terdengar sama geng-geng usrah. Tajwid gua konfem jahanam punya. Tomakninah dan cara gua 'dengung'kan ayat saja yang solid pun. Gua ada ajak Odan dan Halal, officemates gua. Tapi depa lebih cenderung untuk terus makan dan terus balik office lepas solat Jumaat tadi. Gua harap itu bukan tindakan yang khurafat. Lebih berat kepada satu tindakan yang Mutawasitah mungkin.

Si Halal sekarang tengah main game 'membesarkan monyet' sambil dengar lagu-lagu rakyat jelata. Si Odan pula sedang main game 'menangkap ikan' tapi tak pasang Winamp. Gua syak Odan memang jenis tak suka muzik. Hobi dia lebih berat kepada Iguana sahaja. Ntah apa-apa. Dulu hobi dia suka memancing. Tetapi pada bulan lepas, sejak mata kail Odan terkena anak buaya, Odan dah macam kena penyakit lembu gila. Patutlah makan nasi asyik dua tiga suap saja selera.

***
Gua nak main apa?

Takpelah, lepas gua buat kira-kira, baik gua pergi jamban saja. Boleh juga gua berak-berak. Boleh gua main getah paip sembur-sembur air dekat pintu jamban. Kalau ada cicak kat siling, boleh sembur tinggi-tinggi. Lagi seronok permainan gua. Oklah, chow.

No comments:

Post a Comment