Sunday, August 16, 2009

Kenapa Kuching, Bukan Anjhing?

Sekarang hati gua ada sikit ralat. Sikit saja, tak paralaks sangat. Tup tap tup tap, gua dapat surat yang suka-suka hati suruh gua lapor diri di Kuching, Sarawak. Gua bukannya tak suka Kuching, cuma gua lagi suka Anjhing. Itu sahaja, bukannya payah sangat. Tak faham-faham. Tambah-tambah lagi yang jenis German Sherperd. Ganas, macho, Hunk dan hanya bersikap manja bila perlu sahaja. Barulah ngam dengan sifat kendiri gua (merepek). Lantaklah!

Yang gua betul-betul tak puas hati ni, apahal nama gua sorang-sorang sedangkan budak-budak lain dapat geng masing-masing. Cilaka sungguh. Ni yang bikin gua nak jadi racist ni. Apa ntah salah gua sampai abang Muhyiddin dengki sangat sama gua ntah sampai sekarang gua musykil. Barangkali mungkin gua tak pernah puji dia kot. Asyik bibir pink abang Najib sahaja yang gua selalu puji. Merajuk mungkin. Ngada-ngada sungguh. Kang tak pasal-pasal kang gua kasi penumbuk sebiji dua hinggap kat muka. Lebam yang ada sekarang pun ntah bila nak hilang ntah. Biarlah!

Agaknya, mungkin rezeki gua kali ini jauh nun di Borneo sana. Mungkin jodoh jua. Takpelah, gua redha. Atleast, boleh kasi gua peluang jadi 'lone ranger'. So, senang sikit awek-awek sana nak flirting-flirting sama gua. Selalu kalau lepak-lepak dengan budak-budak ni, awek-awek nak flirting sama gua pun terus jadi segan sipu. Jenis masing-masing jenis tak ada sifat gentleman langsung. Itu pasal awek-awek takut nak dekati dan goda gua. Penyibuk dan penghalang cinta sahaja semuanya. Sekarang gua dah tak perlu runsing. Ajak tak kisah. Cayalah!

***NotisSambilan:
# Siapa ada nombor telefon Camelia? Gua nak ajak dia lepak-lepak minum cendol sambil makan mee kolok.

5 comments:

  1. thniah dh dpt jd psyrah..smoga mnjdi lect yg berdedikasi

    ReplyDelete
  2. PITAS? what d hell is that?

    ReplyDelete
  3. aku rse sbb jodoh ko ngn org kat srwk nun...hahahaha...

    ReplyDelete
  4. kamik mau pesan gambir 1

    ReplyDelete
  5. dah jumpa ke cendol kt sarawak ni??? tlg bgtau jmpa katne... ^^

    ReplyDelete