Saturday, August 15, 2009

Kerja

Tanggal 1 September kelak, gua akan mula bekerja. Kerja kerajaan, 'gomen' orang kampung cakap (peranakan Jawa biasanya). Tak hebat mana, cuma pangkat biasa-biasa sahaja. Cuma secebis macai picisan, kuli batak, kaki bangku, periuk kera, katak bawah tempurung, cipan kencing berlari, dan pelbagai istilah hina lain. Kalau diungkap dalam istilah sukan, kira macam budak milo je lah. Kalau istilah drama Melayu, kira gua macam pegang watak Mubarak Majid. Oklah tu, janji bukan macam Ery Putra sudah. Suara asyik saja-saja buat-buat serak-serak basah-basah gampang. Tengah babak cemas pun siap boleh kontrol macho. Bengap! tak ada bakat seni langsung. Macam llama (sejenis binatang).

Nebes juga perasaan nak dapat gaji bulan-bulan. Bukan setakat tapak tangan dan tapak kaki, tapak sulaiman gua pun dah mula gatal-gatal dah ni. Gaji bulan pertama nanti, gua ingat mahu angkat itu Aston Martin DB9 la. Kalau ada rezeki lebih, ingat mahu angkat skali untuk bapak gua itu Golf GTi. Amacam? Laju sikit dia rembat pergi surau hari-hari untuk berjemaah. Jemaah dah masuk Tahiyat Akhir pun, masih sempat lagi kalau dia baru start enjin kereta kat rumah. Mak gua plak kalau nak pergi Jakel Segamat untuk shopping tudung Datok K dengan kain angkasawan, boleh slamber badak je parking betul-betul depan pintu masuk. Tarak hal lah. Perghh! Tak sabar duh. Seronok..seronok..

Berangan........

2 comments:

  1. tau la elaun bersepah duduk sana.. huh..

    ReplyDelete
  2. mubarak majid kira top jugak weh...idola aku tu...

    ReplyDelete