Wednesday, July 22, 2009

Kan Gua Dah Cakap, Gua Bakal Bapak Yang Baik.

Tengah kusyuk gua baring-baring sambil layan Boston Legal, Aiman datang. Ntah anak buah gua yang keberapa ntah gua dah malas nak kira. Yang gua tahu dia anak kakak gua yang kelima. Ntah kenapa Aiman jalan terkangkang terkedek-kedek. Botol susu masam di tangan kirinya. Tangan kanan heret bantal peluk busuk gambar Spiderman. Gua dulu bantal busuk corak gambar bunga je. Tupun mak gua jahitkan. Budak-budak sekarang tak English langsung. Asyik dengan watak kartun yang bukan-bukan.

Aiman: "Andak, Aman 'eyak' ni." Cakap Aiman kurang petah. Setiap konsonen depan butiran perkataannya ntah mana pergi hilang. Asyik mula dengan 'a' sahaja. Kadang-kadang bunyi merapu habis.

Gua: "Cepat! pergi bagitau kat mak. Cakap Aiman eyak." Balas gua sambil perbetulkan kusyen yang gua buat alas kepala. Potong stim betul.

Aiman: "Dahh...api mak uyuh Andak acuhkan. Mak ngah oyeng ikan." Jawab Aiman keboringan dirinya diperkatikkan sana sini seperti bola. Pandai pula dia bermain dengan emosi kehidupan walaupun hidup tak sampai 3 tahun. Huh.

Gua: "Jap, Aiman tahan jap eh. Kang iklan, Pakndak bawak basuhkan eh" Balas gua memujuk tahan. Mata gua tak berganjak dari televisyen. Hidung gua dah berdengus-dendus bertelagah dengan udara yang dicemari taik.

Aiman: "Api aik dah ucuk-ucuk ontot Aman ni. Epatla Andak..." Balas Aiman lagi.

Gua: "Aiman mengelak la bila taik nak cucuk Aiman. Taik cucuk kiri, Aiman elak kanan. Taik kanan, Aiman elak kiri" Balas gua bagi nasihat. Bunyi macam bernas. Macam.

Aiman: " Tak uyeh, aik ucuk gak. Aman dah eyak, api tak uyeh" Balas Aiman.

Kelibat Alan Shore dan Denny Crane terpaksa juga gua tinggalkan. Gua bangun dan pimpin Aiman ke tandas. Bau memang tak boleh tahan. Gua rasa mak dia belikan susu tepung yang ada campuran petai. Mungkin lebih berkhasiat. Itu pasal bau sampai pedih luluh trakea. Busuk tahap.

***5 minit kemudian.

Gua tersengih-sengih sambil baring depan tv. Tangan kiri dan kanan gua tak basah langsung. Kaki kanan gua je yang basah. Harap-harap nanti tak tumbuh kulat. Harap-harap juga Aiman tak bocor rahsia.

Pembuli gua: Aiman & Hada

6 comments:

  1. dah agak dah mesti basuh pakai kaki.. gila kejam ko ni ajax..

    ReplyDelete
  2. oiitt..kejam sungguh..bg tau mak aiman!!

    ReplyDelete
  3. lu memang biasa basuh bontot lu pakai kaki je kan lepas berak..

    ReplyDelete
  4. haha! kesian si aiman..

    ReplyDelete
  5. wei, ko main pancutkan air je ke kat bontot si aiman tu...hehehe....

    ReplyDelete
  6. kaki busuk!!!! memang ada bakat jadik bapak mithali ko nih.. nasib baik aiman tak kisaaah....

    ReplyDelete