Monday, June 15, 2009

Lebah vs Tebuan Tanah. Sengat Mana Paling Sakit?

Bila saja muncul cuti sekolah(sek. rendah), budak-budak semua, termasuklah gua, pakat sawan seronok bukan main. Musim tu, beg Swan pun dah kemana hala campak pergi entah. Kasut sekolah Pallas pun dah jadi hitam buat main bolasepak. Pagi-pagi pun dah xpayah kalut-kalut bangun awal bangun mandi. Air dahla sejuk macam setan. Nak request air panas, takut pelempang melayang. Masuk bilik air bukan main lama sampai 20 minit tapi bunyi air jatuh cecah lantai ntah berapa cebuk saja. 10 minit pertama gua lebih banyak baring atas tembok kolah. Tido. Peduli apa simen sejuk. Ngantuk.

Satu hari, gua sama 3 orang geng kampung, Iwan, A'a dan Mamat saja cari pasal buat plan untuk pergi 'sauk' ikan kat kawasan paya berdekatan kampung. Orang kampung ada kecoh area situ banyak ular lipan semua, tapi kami tetap persetankan. Seronok punya pasal, kami xtakut. Kami lagi takut picagari untuk suntikan BCG time tuh. Bila saja van kelinik atau hospital datang sekolah, ramai-ramai buat-buat pergi tandas minta izin berak. Kadang-kadang ada yang sampai xmasuk kelas langsung dah. Semua kene buasir gamaknya.

Gua awal-awal dah standby. Gua jalan sambil tangan seret tudung saji buruk kaler merah mak gua. Geng-geng lain belasah instrumen-instrumen menyauk lain. Raga bawang pun salmber depa tibai dari rumah masing-masing. Bukan apa, dengan kelengkapan lengkap, risiko dapat hasil tinggi sikit. Silap-silap ikan haruan boleh kena. Kelah lampan selalu sangat xkena. Apa salah cuba nasib. Banyak hasil, boleh hantar pasar cari duit poket lebih beli rokok Salem.

Sampai port, masing-masing muka berahi konon-konon sabar dah xtahan. Semua huru-hara cari port terbaik. Gua lebih gemar cari kawasan belukar. Bagi gua, lagi semak belukar, lagi banyak ikan berkeliaran bermain. Potensi tinggi. Agak terkejut, gua terperasan ada sarang tebuan tanah xjauh dari port gua. Gua sound Mamat yang kebetulan paling hampir dengan gua;

Gua: "Mat, ada sarang tebuan tanah kat situ. Baik-baik weh. Jangan kacau!" Jari telunjuk bagi koordinat sambil mulut menjuih bagi penegasan pengukuhan pertuturan.
Mamat: "Huh! Ishh, kat atas pokok tu ada sarang lebah plak weh!." balas mamat dengan reaksi sama. Cuma cara juih mulut Mamat lagi buruk dari gua. Rasa nak tampar laju-laju je.

Memang tanggungjawab, untuk jaga keselamatan masing-masing. Dengan langkah berjaga-jaga, semua pakat kusyuk dengan sauk masing-masing. Kusyuk saukan Mamat dan kalahkan kusyuk dia sembahyang Jumaat. Berahi sungguh. Setelah agak lama, gua dah start bosan. Ikan sekor pun xdapat. Udang adalah beberapa kerat yang tinggal. Selebihnya gua cabut kepala, tepuk kuat-kuat dan terus makan mentah-mentah. Gua lupa ajaran sapa ntah, tapi sedap beb! Target bukan main sampai nak angkat ikan haruan. Haram sekor pun xkena. Gua rehat ditebing, mengelamun fikir nasib. Kadangkala bayangan Pamela Anderson pun terkeluar kat kepala hotak. Macamlah duduk tepi pantai! Ceh!

Xlama, si Mamat pun join gua sekali. Reaksi muka dah macam meja komputer. Penuh sesal dan kecewa. Hasil Mamat lagi teruk. Jenis tangan pekong, bagi jala sekalipun kontang-kanting. Bab bom ikan dia hebatlah kot. Geng-geng lain masih tabah berusaha. Apa motivasi yang depa gigih pun gua xtahu. Gua pandang sekeliling keboringan. Dengan xpasal-pasal, mulut gua bersuara, ajak si Mamat berbual bicara:

Gua: "Mat". Tanya gua tangkas sambil mata lihat tulang selangka Mamat yang timbul.
Mamat: "Ye! awat?" Balas Mamat ringkas kerek sambil garu-garu belakang lutut.
Gua: " Mmm...ang rasa, lebah dengan tebuan..sengat mana lagi sakit eh?" Gua kerut kening sangsi. Niat di hati terdetik 'permainan' baru.
Mamat: "Ntah, akupun xtau". Runsing otot pipi Mamat.
Gua: "........................! Amacam?." Sambil hulur satu ketul batu kat Mamat.

***(10 minit kemudian)

Gua basah kuyup. Jam Boy London gua habis rosak masuk air. Cilakak. Gua terjun kolam Pak Sahak. Geng-geng lagi 2 ekor basah kuyup jugak. Walaupun air paras lutut, depa sanggup meniarap rapat-rapat dalam air sebab dah xsempat nak naik atas, lari.

Mamat lain hal. dia tengah baring atas tanah meronta-ronta sambil menangis teresak-esak. Lebah mengerumuni Mamat. Gua rasa dia jatuh tergolek tersadung akar masa nak pecut lari. Babak Mamat jalan balik rumah sambil menangis, sambil beberapa orang kampung kelam kabut datang membantu pukul lebah-lebah yang masih ikut kat kepala Mamat guna selipar memang agak melucukan. Kepala Mamat terhuyung-hayang setiap kali libasan selipar Jepun hinggap di kepala.

Mamat terus demam esoknya. Gua agak menyesal kerana ngada-ngada mencabar Mamat. Gua xtahu yang Mamat budaknya agak bebal macam tu. Mamat bukannya ditempatkan dalam kelas tercorot sangat pun kat sekolah. Hari pertama Mamat demam, gua duduk rumah sahaja potong bawang tolong mak kat dapur. Mak gua dah buat muka hairan tapi gua buat-buat xtahu konon-konon anak yang soleh. Gua insaf sikit. Hari keduanya, gua dah start boring. Semua jenis sayur gua potong, boring tetap datang. Last-last, gua ziarah Mamat. Gua cuba nasib;

Gua: "Mat, aku ada port sauk baru. Syiok oo.."
Mamat: (kelu). Hanya mampu ukir satu senyuman di bibir. Siap ada bengkak kat bibir Mamat. Huduh giler. dah macam senyuman budak kene demam Malaria gua tengok.
Gua: "Canteklah Mat." Gua senyum suka sebab gua tahu itu tanda setuju. Hati ada riang. Gua mula tanam janji dalam hati xnak buat lagi. Gua xnak duduk dapur potong bawang time cuti-cuti ni. Bosan giler duh. Huh!

***NotisSambilan:
# Lu orang agak, apa ayat gua cabar Mamat? Sapa betul gua kasi biskut Orea 7 bungkus. Amacam ada bran?
# Satu hari, tengah kami mandi sungai kat port 'Sungai Kok', gua perasan ada ular kaler belang kuning hitam tengah tido melingkar atas pelepah sawit yang terjuntai terjojol ke dalam sungai. Boleh tahan besar die. Gua xpandang Mamat langsung. Gua nekad pegang pada janji. Gua xnak cari pasal. Lu orang giler!!!???

Thursday, June 11, 2009

Dari Seekor Setan Merah Kepada Sebutir Galacticos


Ok je masa jadi Setan Merah.


Nak jadi Galacticos, dah jadi macam pundek . Azwan Ali, lu jangan ngada-ngada nak tiru! Gua campak dalam sungai kang handbag lu!

***NotisSambilan:
# Papehal, terima kasih dan gua hargai atas segala sumbangan anda, Cristiano Ronaldo.

Sentimental Silam '99 : Bergaya


Amacam, bergaya tak gua? Dah macam dressing abang-abang. Oversize. Huh!

  • Baju : Adidas (Gua xpasti siapa punya gua belasah. Kumbing, Yazid atau Jama)
  • Khakis : Camel (John punya. Lepas gua selalu sangat pinjam, John terus tolak sama gua RM20 kalau xsilap. Kapitalis!)
  • Sneakers : Puma (Konfem Kumbing punya. Gua yakin)
  • Stokin : Nike (Rak kasut dorm punya)
  • Spenda : Yang pasti bukan jenama Scuba. Gua shopping kat Tunas Manja Taman Tas. Eh jap, gua xpasti lah gua pakai ke tidak time nih. Lantaklah, gua lupa da. Loh...memang satu hapak pun xda sumbangan gua dalam penggayaan nih? Haiya!

***NotisSambilan:
#Ada budak pompuan cakap gua 'comel'. Gua terus tombok mulut dia lepas tu. Mulut celupar sangat. Biadap!

Tuesday, June 9, 2009

Sebab Setokin Sebelah, Rosak Jasmani Seminggu

Gua suka bermain, jadi gua suka PJ (Pendidikan Jasmani). Dari sekolah rendah sampai menengah sama saja. Cikgu tiup wisel kuat-kuat sampai bersembur air liur, sambil tangan campak bola tengah-tengah padang. Budak-budak semua dah jadi macam anak ayam berebut-rebut kejar bola. Yang kurus keding, habis bersepah terlentang sana sini dihimpit tolak si gemuk-gemuk buncit. Cuba campak 20 ketul bola skali?. Kan senang xpayah budak-budak rebut ramai-ramai. Bebal! Cikgu plak selalunya jenis yang pakai seluar atas pusat tunjuk postur perut. Skema-skema belake. Harap je cikgu PJ, perut boyot jugak. Malam-malam minggu kuat minum bir kot?

Cikgu PJ sekolah menengah gua ialah En. Salasun. Kurus-boyot, hitam manis dan poyo-poyo sikit. Main jadi goalkeeper kalau ada perlawanan persahabatan antara cikgu-cikgu sekolah gua dengan cikgu sekolah lain. Kerap jugak tunjuk lagak dive sana-sini, padahal bola boleh tahan dengan sebelah kaki je pun. Budget budak2 tepi padang berselera nak tepuk tangan menghargai aksi. Ptuihh! Yang gua xgemar, dia selalu sangat perlekehkan budak-budak ragbi. Padahal budak basketball main xhebat mana pun. Lembut sotong jugak lentok tangan masing2. Nampak macam bapuk ade lah. Yang gua rimas, bab skema pemakaian memang dia beria. Bukan nak pergi Istana Pahang pun perlu protokol2. Adnan Yaakob pun pakai singlet je dulu-dulu main bola petang-petang. Cis! ini tak adil. Gua murka!

Semua budak kena beratur depan astaka. Budak agak skema selalunya siap angkat tangan nak bagi garisan lurus2. Bendul sungguh, gua tempeleng kang?. Then, semua kena selak kaki seluar tunjuk stokin masing2. Gua buat muka kerek tunjuk stokin putih kat kaki kanan gua. Nike beb. Beli kat pasar malam gamaknya. Sebenarnya gua xtahu pun, sebab gua tibai stokin tu kat ampaian luar je pagi tadi. Kasut pun gua xpasti sapa punya yang gua belasah ni. Janji saiz kene dan sedap pakai. Pinjam je pun, nanti-nanti gua pulangkanlah. Lepas kene check, gua dah imagine cara permainan gua untuk hari ini, taktik apa nak pakai. Selalunya taktik 'serbu dan bunuh' memang berhasil. Boleh 2 3 gol jugak gua sumbat. Fuh! PJ dahla seminggu sekali. Sampai prep malam pun xhabis2 lagi cite PJ pagi hari kalau gua beraksi baik dan sumbat gol banyak-banyak. Bukan senang membabi buta kejar bola ramai2. Seronok beb.

Tiba-tiba, Cikgu Salasun cari pasal. Dia suruh semua angkat kedua-dua belah kaki seluar. Excited gua tadi dah tukar jadi kontang-kanting. "Sial, pandai jugak dia ni. Ingatkan ada bebal sikit" hati gua menyumpah. Kantoi bodoh, gua disuruh keluar barisan, join 2 3 budak lain. Gua dah lupa siapa tapi dari situ terbukti yang kami antara yang genius. Genius menipu. Selalu xpernah kantoi, ape kejadah hari itu Salasun tibe2 jadi genius jugak. Habis taktik dalam kepala hotak semua dah hilang. Gua lebih banyak pikir macam mana cara terbaik nak serap lembut libasan rotan Cikgu Md Yunus, HEP punya cikgu. Budak-budak panggil dia "Md Yu Hep! Hep! Hep!" Lu orang tahu kan nipis seluar trek macam mana jikalau lapisan seluar dalam pun tak hadir bersama sekali? Perghhh! Pedih ya amat. Buntu, gua terus redha. Sempat 17 kata kesat mulut bercelupar omputeh. Sikit-sikit je yang bunyi Melayu. Sumpahan-sumpahan Melaka masa tu belum reti lagi. Huru-hara jadinya.

***

Md Yu plak merotan dah buat macam ala-ala penjara kononnya prosedur rasmi. Macam setan, rimas giler gua tengok. Posisi pesalah kene betul, dimulai Bismillah, diikuti hayunan syaitan. Lepas tu buat2 caring, "Ok, duduk dulu redhakan sakit. Dah ok, kita sambung habiskan hukuman". Perghh! 3 kali dia kasi bontot. Melepas gua nak join kawan2 serbu bola. Gua duduk tepi padang sambil garu bontot ulang kali. kadang-kadang gua gesel atas rumput kuat-kuat. 17 kata kesat tadi gua darabkan lagi 3. Kali ni bahasa Jerman pun gua masukkan sekali sampai habis waktu PJ. Tension. Minggu depan la plak gayanya. Minggu depan gua nekad nak pakai stokin sukan yang jenis boleh tarik sampai atas lutut. Nanti boleh gua selak sampai peha terus tunjuk stokin. Gua perasan ada kat ampaian pagi tadi. Warna merah. Tajuk Puma rasanya. Menyesal gua xambil yang tu tadi. Cis!


Inilah gelagat Cikgu Salasun. Gua nak tarik tali, dia sibuk nak jadi pengadil. Jamhuri giat bagi kata-kata perangsang dan taktik stop-dan-tarik. Gua dah segan-segan sebab ramai sangat pompuan usha bontot gua. Skylab Boleh!

Thursday, June 4, 2009

Bersama Cokman Menjadi Samseng Jalanan. Tapi...

Ahad lepas gua gerak Kedah, Helmi Posmen pijak jinjang pelamin. Maklumlah Malaysia sekarang musim mengawan, kenduri bertubi-tubi. Gua je xtahu lagi. Bulan 11 kot, tahunnya entah bila. Penat mantekedarah, ramai2 pergi Padang Besar jalan2, macam ala2 reunion pun ada. Nak masuk Siam risau, masing2 jenis kepala senang dikuasai syaitan. Yang sudi datang, gua, Jon, Ihsan, Naset, Cokman, Najib, Bun dan marka Bun.Si Robot gua dengar datang sendiri-sendiri. Klasmet-klasmet lain kurang sudi datang. Ada yang tengah gigih kerja kuat nak angkat Caldina, Lancer dan Civic pada usia muda. Boleh megah cepat. Ada yang takut simpanan budget kahwin lari. Ada yang buat-buat bodoh sombong tinggi. Macam-macam. Biasalah. Dunia.

Balik dari Padang Besar ke airport Alor Star untuk hantar Najib, Gua naik kereta Cokman. Kaler hitam, seat merah hitam. Siap wujud meter tambahan melekat atas dashboard. "Wah! Meter ape ni weh?", tanya gua buat-buat buta automotif sambil tersisip niat perli. "Meter rpm", balas Cokman ringkas sambil buat muka hidung tinggi. Golf GTI yang gua selalu kemaruk usha dalam internet pun xwujud meter tampal-tampal macam ni. Habis tapau Honda EX5 gua nampak gayanya. Mahu-mahu 7 8 tiang jugak gua makan asap.

Highway PLUS memang berdesing bila saja Cokman lintas pantas. Cilok sana cilok sini dah macam lagak Alex Yoong gua tengok. Sebagai co-pilot, kadang-kadang gua buat muka bangga sambil usha kanan kiri konon-konon semua pandang kagum. Kadang-kadang hati runsing juga sebab Cokman ni bukan jenis Alex Yoong sangat pun. Tahap Shamsul Yusof Haslam pun xtentu lepas lagi. Badan kelingking keling saja. Rambut kerinting mayang. Tulang selangka jenis boleh kira. Nak buat gitar petik lagu S.M. salim pun boleh layan slamber badak. Yang gua xgemar, dia siap bersms sambil memandu. Bahaya woi! Silap haribulan gua boleh jadi Bio-nik beb. Apa barang, gua lagi suka Wolverine. Kuakuetsu.

Sampai tol Jitra, Cokman pakai TouchNGo. Bikin malulah jurutera kabel kalau bayar tunai-tunai. Xdapatlah gua baca nama gadis-gadis tol sambil gatal-gatal masa tu. Nak berhenti pun Cokman masih kalut bersms. Ambik lu! jauh gila jarak. Gua dah start gelak sebab tangan Cokman pendek sangat, xsampai nak sentuh binatang skrin elektronik. Padan muka! Cokman dah start malu. Dia buka seat belt regangkan badan panjangkan jangkauan. Gagal juga. Nak undur, kereta belakang bangang sangat duduk rapat-rapat. Kemaluan Cokman dah makin meningkat naik. Habis susah payah sampaikan dah setengah badan keluar menebusi ruang cermin tingkap. Habis tersadung tulang selangka bergesel ngilu dengan rangka tingkap.

Tiba-tiba, kad buat hal jatuhkan diri. Muka Cokman dah macam bibir Najib Razak, pink kemerahan. Malu. Sebiji muka Shukor Adan masa sepak bola xkena. Muka samseng jalanan jauh sekali. Gua dah start gelungsur rendahkan diri tunduk kemaluan. Dengan muka cover konon-konon xmenggelabah, Cokman terpaksa buka pintu. Gedeganggggg!!! Pintu plak buat hal lagakan diri dengan mesin elektronik tuh. Pergghhh!!! Tahap giler malu. Kemaluan gua pun meningkat naik tercabar hebat. Kepala gua dah macam kura-kura time tu. Senyap, tapi badan mengigil-gigil tahan ketawa. Akhirnya, cokman terpaksa keluarkan kepala ke luar kereta sambil mata melilau cari kad. Agak lama terhegeh-hegeh, kad berjaya dijumpai menyorok bawah tayar. Dengan pantas Cokman ambil, terus sentuh seperti kilat. Nasib baik kad ada nilai. Kalau x, konfem gua keluar kereta lari lompat masuk dalam sawah padi dan terus berlakon jadi Orang-Orang. Peduli apa. Gua rela. Serius!

Gua kaku kelu, badan tetap getar-getar tertawa senyap-senyap. Perjalanan cukup memasuki gear ke-3, gua xberjaya tahan dan terus gelak kuat-kuat. Sampai sakit pundi kencing, nak terkencing. Cokman pandu kelajuan habis maksima impaknya dengan harapan kereta-kereta yang saksikan detik kemaluan tadi tertinggal jauh kebelakang. Gua terpaksa layankan. Adakala mulut gua terkumat kamit membaca apa-apa doa yang patut. Dimulai doa makan sebab itulah doa yang gua paling hafal pun. Doa-doa lain bunyi Bismillah je yang kuat. Baki selebihnya xda melodi langsung. Gua langsung dah xpandang kiri kanan lagi. Mata lebih fokus meter rpm. Cokman asyik usha cermin sisi dan belakang. Lagak nampak samseng. Nampak.


Susunan ombak. Bebal punya jurugambar. Apa kejadah yang kitorang follow pun xtahu.

***NotisSambilan:
# Dapat jugak gua lepas sangap kempunan Nasi Lemak Royal. Mee Abu xsempat. Laksa Kuala pun sama. Masa lintang-pukang sangat. Huh!