Monday, June 15, 2009

Lebah vs Tebuan Tanah. Sengat Mana Paling Sakit?

Bila saja muncul cuti sekolah(sek. rendah), budak-budak semua, termasuklah gua, pakat sawan seronok bukan main. Musim tu, beg Swan pun dah kemana hala campak pergi entah. Kasut sekolah Pallas pun dah jadi hitam buat main bolasepak. Pagi-pagi pun dah xpayah kalut-kalut bangun awal bangun mandi. Air dahla sejuk macam setan. Nak request air panas, takut pelempang melayang. Masuk bilik air bukan main lama sampai 20 minit tapi bunyi air jatuh cecah lantai ntah berapa cebuk saja. 10 minit pertama gua lebih banyak baring atas tembok kolah. Tido. Peduli apa simen sejuk. Ngantuk.

Satu hari, gua sama 3 orang geng kampung, Iwan, A'a dan Mamat saja cari pasal buat plan untuk pergi 'sauk' ikan kat kawasan paya berdekatan kampung. Orang kampung ada kecoh area situ banyak ular lipan semua, tapi kami tetap persetankan. Seronok punya pasal, kami xtakut. Kami lagi takut picagari untuk suntikan BCG time tuh. Bila saja van kelinik atau hospital datang sekolah, ramai-ramai buat-buat pergi tandas minta izin berak. Kadang-kadang ada yang sampai xmasuk kelas langsung dah. Semua kene buasir gamaknya.

Gua awal-awal dah standby. Gua jalan sambil tangan seret tudung saji buruk kaler merah mak gua. Geng-geng lain belasah instrumen-instrumen menyauk lain. Raga bawang pun salmber depa tibai dari rumah masing-masing. Bukan apa, dengan kelengkapan lengkap, risiko dapat hasil tinggi sikit. Silap-silap ikan haruan boleh kena. Kelah lampan selalu sangat xkena. Apa salah cuba nasib. Banyak hasil, boleh hantar pasar cari duit poket lebih beli rokok Salem.

Sampai port, masing-masing muka berahi konon-konon sabar dah xtahan. Semua huru-hara cari port terbaik. Gua lebih gemar cari kawasan belukar. Bagi gua, lagi semak belukar, lagi banyak ikan berkeliaran bermain. Potensi tinggi. Agak terkejut, gua terperasan ada sarang tebuan tanah xjauh dari port gua. Gua sound Mamat yang kebetulan paling hampir dengan gua;

Gua: "Mat, ada sarang tebuan tanah kat situ. Baik-baik weh. Jangan kacau!" Jari telunjuk bagi koordinat sambil mulut menjuih bagi penegasan pengukuhan pertuturan.
Mamat: "Huh! Ishh, kat atas pokok tu ada sarang lebah plak weh!." balas mamat dengan reaksi sama. Cuma cara juih mulut Mamat lagi buruk dari gua. Rasa nak tampar laju-laju je.

Memang tanggungjawab, untuk jaga keselamatan masing-masing. Dengan langkah berjaga-jaga, semua pakat kusyuk dengan sauk masing-masing. Kusyuk saukan Mamat dan kalahkan kusyuk dia sembahyang Jumaat. Berahi sungguh. Setelah agak lama, gua dah start bosan. Ikan sekor pun xdapat. Udang adalah beberapa kerat yang tinggal. Selebihnya gua cabut kepala, tepuk kuat-kuat dan terus makan mentah-mentah. Gua lupa ajaran sapa ntah, tapi sedap beb! Target bukan main sampai nak angkat ikan haruan. Haram sekor pun xkena. Gua rehat ditebing, mengelamun fikir nasib. Kadangkala bayangan Pamela Anderson pun terkeluar kat kepala hotak. Macamlah duduk tepi pantai! Ceh!

Xlama, si Mamat pun join gua sekali. Reaksi muka dah macam meja komputer. Penuh sesal dan kecewa. Hasil Mamat lagi teruk. Jenis tangan pekong, bagi jala sekalipun kontang-kanting. Bab bom ikan dia hebatlah kot. Geng-geng lain masih tabah berusaha. Apa motivasi yang depa gigih pun gua xtahu. Gua pandang sekeliling keboringan. Dengan xpasal-pasal, mulut gua bersuara, ajak si Mamat berbual bicara:

Gua: "Mat". Tanya gua tangkas sambil mata lihat tulang selangka Mamat yang timbul.
Mamat: "Ye! awat?" Balas Mamat ringkas kerek sambil garu-garu belakang lutut.
Gua: " Mmm...ang rasa, lebah dengan tebuan..sengat mana lagi sakit eh?" Gua kerut kening sangsi. Niat di hati terdetik 'permainan' baru.
Mamat: "Ntah, akupun xtau". Runsing otot pipi Mamat.
Gua: "........................! Amacam?." Sambil hulur satu ketul batu kat Mamat.

***(10 minit kemudian)

Gua basah kuyup. Jam Boy London gua habis rosak masuk air. Cilakak. Gua terjun kolam Pak Sahak. Geng-geng lagi 2 ekor basah kuyup jugak. Walaupun air paras lutut, depa sanggup meniarap rapat-rapat dalam air sebab dah xsempat nak naik atas, lari.

Mamat lain hal. dia tengah baring atas tanah meronta-ronta sambil menangis teresak-esak. Lebah mengerumuni Mamat. Gua rasa dia jatuh tergolek tersadung akar masa nak pecut lari. Babak Mamat jalan balik rumah sambil menangis, sambil beberapa orang kampung kelam kabut datang membantu pukul lebah-lebah yang masih ikut kat kepala Mamat guna selipar memang agak melucukan. Kepala Mamat terhuyung-hayang setiap kali libasan selipar Jepun hinggap di kepala.

Mamat terus demam esoknya. Gua agak menyesal kerana ngada-ngada mencabar Mamat. Gua xtahu yang Mamat budaknya agak bebal macam tu. Mamat bukannya ditempatkan dalam kelas tercorot sangat pun kat sekolah. Hari pertama Mamat demam, gua duduk rumah sahaja potong bawang tolong mak kat dapur. Mak gua dah buat muka hairan tapi gua buat-buat xtahu konon-konon anak yang soleh. Gua insaf sikit. Hari keduanya, gua dah start boring. Semua jenis sayur gua potong, boring tetap datang. Last-last, gua ziarah Mamat. Gua cuba nasib;

Gua: "Mat, aku ada port sauk baru. Syiok oo.."
Mamat: (kelu). Hanya mampu ukir satu senyuman di bibir. Siap ada bengkak kat bibir Mamat. Huduh giler. dah macam senyuman budak kene demam Malaria gua tengok.
Gua: "Canteklah Mat." Gua senyum suka sebab gua tahu itu tanda setuju. Hati ada riang. Gua mula tanam janji dalam hati xnak buat lagi. Gua xnak duduk dapur potong bawang time cuti-cuti ni. Bosan giler duh. Huh!

***NotisSambilan:
# Lu orang agak, apa ayat gua cabar Mamat? Sapa betul gua kasi biskut Orea 7 bungkus. Amacam ada bran?
# Satu hari, tengah kami mandi sungai kat port 'Sungai Kok', gua perasan ada ular kaler belang kuning hitam tengah tido melingkar atas pelepah sawit yang terjuntai terjojol ke dalam sungai. Boleh tahan besar die. Gua xpandang Mamat langsung. Gua nekad pegang pada janji. Gua xnak cari pasal. Lu orang giler!!!???

5 comments:

  1. errr...
    penyegat barangkali...

    sb pernah kne bite ngn penyegat saje..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    cop.. nak tanya.. ular lipan tu apa?

    ReplyDelete
  3. ular lipan = ular dan lipan

    ReplyDelete
  4. sian si mamat..haha
    agak2 dia msh boleh ketawa lg tk
    klu ingat peristiwa kena
    tampar dgn selipar org kampung..haha

    ReplyDelete