Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini Hari Guru. Gua ada sms bekas-bekas cikgu dan pensyarah ucap selamat. Tapi sorang dua je yang balas ucap kasih. Sibuk susukan anak-anak gamaknya. Cakap tentang cikgu, gua teringat tentang bekas cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah gua dulu-dulu. Dari tadika sampailah terkini. Gua tengah taip sambil senyum-senyum ni tanda menghayati kenangan silam bersama. Amoi depan meja gua dah start perasan-perasan. Blushing-blushing konon-konon gua berkenan. Gua pandang piring kopi minta pendapat, piring pandang gua dengan lagak bersahaja tanda suruh gua cool. Karang xpasal-pasal bibir amoi tu berdarah kena piring terbang.

Tadika; Gua haram dah xingat nama cikgu sorang ni. Perempuan. Yang gua tahu, dia rapat dengan mak gua. Bila kampung ada kenduri-kendara, mereka akan bersatu berceloteh bersama. Gosip jiran-jiran yang dibenci agaknya. Papehal, dia memang suka ambil berat tentang gua di kelas tadika. Padahal gua xcomel mana pun. Gua comot, suka main tanah liat. Itu pasal gua xperlu ambil berat tentang diri gua dah. Cukuplah seorang. Kadangkala, bila sahaja baju kotak-kotak merah putih gua terkeluar dari seluar, dia akan membongkok bantu masukkan semula. Anak mata gua perhatikan lama-lama bahagian dada dia. "Cantik sungguh kerongsang Raya cikgu", kata gua sambil mata bersinar-sinar konon-konon comel.

Sekolah Rendah; Gua suka Matematik. Itu pasal cikgu favourite gua cikgu Matematik, Cikgu Saad. Orangnya sempoi-sempoi gatal-gatal. Misai tebal-tebal ala-ala Datuk K. Sampai sekarang gua xpasti nama bini dia ada 'Siti' ke tidak. Ada kot. Last gua jumpa dia, gua sedekah durian banyak-banyak satu plastik guni baja. Balik rumah gua kene marah dengan kakak gua sebab dia xsempat merasa. Gua belikan dia aiskrim perisa durian tanda maaf. Demi cikgu gua xkisah.

Sekolah Menengah; Cikgu favourite gua Cikgu Afeefee. Cikgu Pendidikan Seni merangkap jurulatih hoki gua. Rambut xpernah sikat, baju selalu kedut-kedut. Suka baca komik-komik Hong Kong dan disenangi semua orang. Pakcik cleaner pun dia xkisah buat kawan. Itu pasal rambut gua sejak habis SPM xpernah dibelai sikat. Gua peduli apa. Guna jari pun ok apa. Hah! Lepas dia pindah sekolah, xde cikgu yang gua suka dah. Cikgu Borhan gua suka sikit sebab mata dia kaler kelabu. Cikgu Jafri gua pun suka sikit sebab gua suka tengok bini dia. Boleh ke ni? Arghh! Bini dia ajar gua Sains. Gua selalu buat malu-malu bila belajar bab organ-organ badan. Organ peranakan terutamanya. Gua duduk kerusi paling depan. Kusyuk! Belajar.

Matrikulasi; Gua xsuka mana-mana pensyarah. Sorang pun haram gua xingat. Gua lagi suka ahli-ahli muzik masa ni. Kurt Cobain, Thom Yorke, Julian Casablancas, Chris Martin, Dave Grohl dan lain-lain. Lokasi-lokasi judi kuda juga gua xterkecuali. Ilmu xpenting masa ni.

Sarjana Muda; Pensyarah-pensyarah fakulti Elektrik semua agak boring-boring. Pemangku Dekan Fakulti Elektronik, Prof Madya Abdul Rani jugak yang jadi favourite gua. Dia bukan pensyarah gua tapi dia jiran gua. Gua suka masakan gulai dia, BBQ dia disamping suka juga anak-anak dia. Comel. Gua dah booked sorang. Dialah orang pertama yang kasi hadiah jersey Manchester United pada gua.

Sarjana; Favourite gua xlain xbukan supervisor gua sendiri, Dr Asri Selamat. Baik dan pemurah. Banyak ilmu yang gua dapat. Banyak teladan dan tauladan yang gua semat. Jangan terkejut kalo dia boleh menilai diri lu orang dengan melihat cara sikatan rambut, jenis kasut yang dipakai, tangan mana lu orang pakai jam, kaler ape baju dan seluar lu, macam-macam. 4 jam xcukup. Amacam, psiko x? Tapi gua suka dia sebab gua rasa kami ada chemistry yang kuat. Selalu bertelepati.

Terkini; Gua tengah praktikal jadi seorang pendidik. Gua rasa semua pelajar dah jadikan gua favourite depa. Bagusla begitu. Harap-harap gua dinaikkan pangkat cepat-cepat. Senang gua nak hasilkan penyata Razak Kedua cepat-cepat. Jaga lu Najib!

Doktor Falsafah; (gua nak apply Universiti Hawaii. Amacam? Baywatch x gua?)

***NotisSambilan:
# Supervisor LM gua tegur gua sebab pakai komunikasi 'kau'-'aku' dengan pelajar2. Apahal plak Adlin Aman Ramli slamber je pakai dalam AF? Xpela, gua tukarla nanti.
# Apa yang lu lihat pada diri gua sekarang, serba sedikit gua ambil dan belajar dari yang atas-atas ni. Betul salah gua pun xtahu. Selamat Chua Soi Lek xpernah ajar gua. Huh!

2 comments:

  1. i knew asri selamat a little bit...n what u say r almost correct..damn true...very soft spoken...but strict

    ReplyDelete
  2. dr. asri gak jd feberet ko.. bkn PM Amir ke? hehe..

    aku rasa kan jax.. dr. asri tu bakal jd pak mertua ko la.. anak dara dia pun available lg.. hehehe..

    ReplyDelete