Monday, March 23, 2009

Jalinan Bestari Komuniti Johor 2009 - Serom, Muar.

Hari 1
Dgn menaiki lori 3 tan, kol 1pm br gua smpi Serom. Gua skali ngn Muiz. Bdk2 yg lain smua smpi awal, konvoi selesa naik bas n van berhawa dingin. Memang gua jeles. Kalau x dek kerana gua biro tajaan(kene pickup brg2 tajaan), pasti gua turut smpi awal n cukup rehat. Huh! Perjalanan 2 jam cukup menjadikan bontot gua kebas2 kematu. 2 jam gua xrasa seperti insan berbontot. Cube raba, xfeel pape. Cube cubit, sakit xmuncul tibe. Kebas giler! Mungkin berpunca drpd gegaran lori menghentam tar beralun liku. Peredap hentakan plak jenis yg xbermutu. Nak ikot highway, gune TouchNGo xmampu . UTHM bakhil! Kedekut! Kaki bangku!

Selesai fardhu Jumaat, majlis bermula tp agak lewat sbb hujan lebat menghentam bumi. Majlis kurang diberkati gamaknya. Ni mesti Ghani Othman xg smbhyg Jumaat la ni. Xrole model lgsung sbg sebuah MB. Hanya tahu nak pakai kuli. Kebajikan rakyat xdipeduli. Agak malang, insan yg sepatutnya jd bapak angkat gua xdpt dtg. So, gua dilelongkan kemurahan. Last2, gua dijadikan anak angkat untuk family Makcik Maznah dr Serom 3. Selain gua, ada 3 org bdk2 degree join sekali kene 'angkat'. Hati gua dh timbul perasaan xsuke sbb ramai sgt. Sure sesak nanti. Smpi je rmh, hati makin memberontak sbb kt family ni ada 8 org anak. So total=12 org. Perghhh!! Gua bkn ape, gua rase mcm mnjadi sebuah 'beban' la plak utk family ni. Dlm fikiran ade gak terfikir, "xkan sbb rm80 (sorg anak angkat, family dpt rm20) die sanggup amek ramai2 anak angkat?"

Gua xkisah hidup serba kekurangan sbb gua pernah alami miskin hina. Bilik xberkipas. Tndas kt luar rmh. Hiburan tv plak tiade. Xkesah, gua dh lali smua itu. Gua ingt dptla merasa mskan kampung2 jd anak angkat ni, tp gua sndri yg pg pasar malam beli nasi ayam 7 bungkus utk dinner. Ape kes? Pas melantak lahap, gua cepat2 mandi n trus g masjid membawa hati. Memang tenang. Sangat tenang! Balik rmh dlm kol 11, bapak angkat gua dh ada dirumah baru balik dr keje. Name die Abu. Muda lg orgnye. So gua panggil die Pakcik je. Dia keje bawa lori besar. 16 tayar xsilap sdg parking dpn rmh. Sbg anak, gua introduce n trus ajak dia 'ngeteh' kt luar n sembang2 smpi kol 12 lbh. 3 biji motor diperlukan utk bw kami berlapan menerjah embun malam. Selepas mula penat dan kuyu, kami balik n trus tido. Gua tido bwh kipas kt ruang tamu. Xnyenyak sgt sbb kucing peliharaan rmh ni iaitu Comel slalu tido kt celah kangkang gua. Gua dhla xsuke kucing. Daging kucing dhla xsedap. Cilakak sungguh!

Hari 2
Lps Subuh, gua tido smula. Sedar2 dh kol 11am. Pas mandi, gua trus g SK Serom 3 utk melihat pogram2 yg diadakan. Agak keboringan, gua ikot si Azad n Matshah g Serom 5, ada rewang (kenduri kawen) katanya. Kt kenduri, lepas melantak lauk Jawa yg enak2, gua rewang basuh pinggan. Bkn apa, basuh pinggan mangkuk ni xperlu berdiri2 n berjalan kehulu hilir. Sambil tu boleh dpt sembang2 ngn Wak2 yg basuh pinggan skali. Byk gak ilmu 'lelaki dewasa' yg gua dpt. Yg menariknya, sorang Wak tu ada PhD beb. Memg berbual pasal research la kami berdua. Wak2 lain agak gemar mengerutkan kening kebingungan tanda xpaham. Agak lama juga gua berbual smbil cuba mencungkil serba sdkit ilmu berguna dr beliau. Gerangan namanye pun gua lupa tanya. Tp xlama slps tu, WakLi (bapak angkat Azad&Matshah) dtg amek kitorg. Gua tumpang sekaki utk rehat2 smbil sembang2 di rmh beliau. WakLi n bininya memg sempoi giler. Gua sempat tido sekejap. Ngantok!

Kol3, gua naik van ke SK Serom 3 smula tp still boring. Smua pogram nampak xmeriah. Sambutan agak suam. Last2 gua g gotong royong cat pagar masjid Serom 3. Gua cat kaler kuning skali ngn geng2 awek Sabahan. Kadangkala, sempat jua gua menjeling melihat pergerakan tgn awek2 tersebut sapu cat. Mungkin dr situ boleh melihat kelembutan seorang wanita. Tp sekejap je gua buat. Panas terik! Kol 6 gua balik rmh smula. Sempat bermesra sekejap je dgn family angkat, kol7 gua dh siap g masjid smula. Lu org tau x kuliah maghrib aritu, gua sorg je stdent yg hadir? Hebat! Mungkin gua yg terpilih utk majlis ilmu sebegitu. Syukur! Lps isyak, instead g Forum Agama, gua duduk sembang2 n minum2 ngn Pak Imam, Bilal n 3 org Wak2 lain. Kami sembang pasal Toyol. Sempoi jugak geng2 ni. Penuh jugak dgn gelak tawa. Sambil tu, sempat jugak gua bercerita mengenai universiti gua sbg pengetahuan tambahan mereka kelak. Kol10 baru gua gerak g Forum Agama. Gua tumpang WakMat, seorang bekas polis. Dua2 naik skuter merah smbil berkain pelikat kotak2. Rugged beb!

kol 11 forum selesai. Gua bergegas pulang sbb game 'ManUtd Vs Fulham' kian bermula. Smpi rmh, hati luruh. Motor xde! Semua dh kuar g tgk bola kt kedai mkn. Kebetulan Faiz, anak family angkat gua ada dirumah, gua pun ajak dia g rmh jiran2 yg ber'astro' utk tumpang tgk bola. Akhirnya, gua tgk bola di rumah WakNoor yg merupakan saudara kpd family angkat gua gak. WakNoor seorang kontraktor kecil-kecilan. Orangnya sempoi giler. Lu bayangkan, gua baru 1st time gua dtg pd tgh2 mlm dgn tanpa malu sbb nak tgk bola, die boleh ajak gua mkn malam n tido situ trus. Apa lagan, gua terima pelawaan beliau. Lgpun dia xde amek anak angkat sbb smua stdent pompuan dh dikebas dek penghulu2 kampung. So alang2 dia xnak amek sesiapa trus. hahaha. Mlm tu gua tido kol 4 sbb tgk bola n ragbi 6 Nation skali. Ireland vs Wales. Gua memg salute Brian O'Driscoll. Akibat tension sbb MU kalah, lps je Subuh, gua smbung tido lg smpi kol 8.30am n baru balik kerumah family angkat yg sebenar. Mood kurang.

Hari 3
Program2 harini agak meriah. Sambutan lebih hangat. Gua ambil peluang buat pemeriksaan kesihatan percuma. Syukur struktur bdn gua sehat sejahtera. Penyakit xberani utk mula berleluasa. Alhamdulillah. Kebetulan gua terserempak ngn WakNoor, beliau ajak gua temankan beliau ke jemputan kawen di Serom 4 plak. Gua layankan je. Tp makanan di situ xseenak sperti smalamnya di Serom 5. Lgpun gua kurang selera. Lalat bermaharajalela mcm gampang. Syukur 'lifeband' kenduri main mantap. Old-School giler. Lagu sedap, suara pun sedap2. Rock beb!

Amacm sihat x? Cume berat yg msh menghantui gua. Haiya!

WakNoor hntr gua trus pulg ke rmh lps tu. Pakcik Abu tetap masih tido. Jam dh kol 2.30pm. Tinggal sejam je lg sblum kami akan pulang ke Parit Raja. Gua mula start packing. Nak bermesra bersama keluarga, kebnyakkan mereka smua tido. Sebelum gua berpisah pulang, kami sempat bergambar sekeluarga tp bkn menggunakan kamera gua. Gua xtahu knape gua xbersemangat nak bergambar. Sedih pun xwujud. Kalo adepun, ia boleh dikira. Masa tu, gua lebih rindukan WakNoor, WakMat n WakLi gua. Sbg anak, agak derhaka jugak perasaan sebegitu diwujudkan. Nthla. Gua pun xtahu. Yg gua tahu, gua sgt xsabar n sgt rindu nak balik kampung jumpa mak n bapak gua yg sebenar.


Gambar bersama keluarga angkat 'tumpang', WakLi n Bini

***NotisSambilan:
Lu org nak tau nama panggilan Prof Jailani kt Serom 3? Gua bg hint, Lu org pikir la sndri isi tempat kosong;

"NO_ _ONG"

No comments:

Post a Comment