Wednesday, March 9, 2011

Penang, Pengapit Dan Penaga

Pengantin Azlan. Siang-siang mata dah mengantuk.

Hujung minggu lepas gua pergi Penang. Tujuan utama untuk jadi pengapit kenduri kahwin kawan gua di Pokok Sena, Kedah. Tapi hampir hari kejadian, gua kensel. Pertama, bakal pengantin kata tak payah sebab nampak kesian dan huru-hara pula pengapit nak kena datang jauh dari Kuching Sarawak. Kedua, bakal pengantin runsing takut-takut jikalau pengapit serinya lagi menonjol daripada pengantin sendiri masa majlisnya kelak. Ok, ini gua tipu. Ketiga, kerja pengapit ni leceh. Kejap-kejap kena lap peluh pengantin. Kejap-kejap betulkan tengkolok senget pengantin. Kejap-kejap kena betulkan keris pengantin. Belum masuk bab tangan lenguh mengipas dan mulut lenguh menahan senyuman. Leceh. Baik gua pekena nasi minyak sama air sirap sambil usha awek-awek berkeliaran.

Gua sampai epot Penang jam 5 petang. Bas Rapid datang jam 5.30 dan sampai Jetty sejam kemudian. Bas pusing entah mana hala padahal kalau ikut highway dekat saja. Tempat duduk pula asyik penuh. Jadi sepanjang perjalanan gua berdiri sambil layan high bau ketiak bangla-bangla yang angkat tangan tinggi-tinggi pegang pemegang. Bau macam babi. Rasa nak tumbuk juga. Gua nyaris pengsan. Hilang terus niat selera nak pekena nasi kandar Line Clear. Nasib atas feri pergi Bagan aka Butterworth, banyak anak mami yang merelit-merelit. Pengsan gua semakin pulih serta merta.

Dari Jetty, kawan gua pungut dan balik ke Penaga. Kebetulan malam ada tahlil di Masjid Penaga dan bapak kawan gua jadi tukang masak utama, gua ambil kesempatan jadi tukang hidang dan tukang basuh talam. Habis buat amal, tiba masa untuk beronggeng pula. Mulanya berpeleseran di Uptown Perda sebelum diakhiri dengan pekena Char Kuew Teow di Sungai Dua. Gua makan macam orang Darfur makan. Menggigil-gigil kepala gua sambil mengunyah. Trakea gua kembang kuncup. Tak lama, dalam pukul 2 kami gegas pulang. Tidur.

Esok pagi bangun awal, dalam jam 10. Siap-siap, terus gerak ke Alor star ataupun spesifiknya Pokok Sena. Oleh kerana rombongan pengantin akan gerak lepas Zuhur, gua sempat pekena nasi campur lauk ikan bakar dengan ulam-ulam. Enak. 7 kali terbelahak baru gua berhenti suap. Akibatnya, kat rumah kenduri, gua tak makan nasi. Gua tibai udang-udang besar yang telah dikulinari indah saja. Salad-salad gua campak tepi.

Sebelum pulang, kami sempat singgah Pekan Rabu. Kebetulan juga terserempak dengan sepupu gua dengan bakal suaminya. Sibuk cari barang persiapan kahwin katanya. Sempat juga gua beli Pekasam Daging Rusa dan lepak –lepak pekena cendol di situ sebelum gegas menziarahi ke rumah abang gua di Bandar Tasek Mutiara, Penang, membeli jeruk Pak Ali dan menziarahi pula ke kedai waffle abang kawan gua di Econsave Jawi. Seterusnya, masa selebihnya untuk hari tersebut kami habiskan di Bertam Kiosk, Kepala Batas bersama seorang kawan lagi. Kali ini sampai jam 11 saja sebab dia isteri orang. Tak manis pula dipandang orang.

Esok pagi, masa ronda-ronda Pasar Tamu Penaga, gua tibai Apam Lenggang, Putu Mayang, Buah Berangan bersama Kopi Ais sebelum balik Kuching jam 5 petang. Gua tahu, kat Kuching nanti sukar nak dapat makanan-makanan sebegini. Itu pasal gua cuba sedaya upaya tahan berak. Sayang pula nak buang makanan-makanan dalam perut ni. Sampai hari Isnin saja, akhirnya mereka keluar juga. Gua pandang sayu. Entah bila pula boleh pekena lagi. Huh!

Kawan gua (kemeja putih & Rayban Wayfarer hitam) yang belakang bapak pengantin (kopiah putih tinggi).

No comments:

Post a Comment