Monday, December 13, 2010

Sup Urat Keting

Ini gambar masa gua tengah serius pekena Sup Urat Keting + Tulang dengan Satay UK (Urat Keting) sebagai pencuci mulutnya. Tak banyak, lima belas cucuk. Gua mana reti nak pencuci mulut jenis aiskrim-aiskrim atau tiramisu-tiramisu ni. Terlalu kebaratan. Gua Melayu!

Untuk jantan-jantan di luar sana, gua syorkan jangan lupa pekena ini sup. Lepas pekena, luorang cuba tomoi tiang gol guna keting. Konfem tiang berlekuk. Nak lagi hebat, lu sepak pokok kelapa. Senang-senang saja mak lu buat gulai ikan semilang pakai santan free. Untuk adik-adik yang suka sangat dengan cerita Ongbak, jangan lepaskan peluang mencuba. Jangan asyik dengan 'shafel' dan Bangfes saja. Tak rugi.

Untuk gadis-gadis, lu orang pernah tengok kaki Heidi Klum? Giselle Bundchen? Rosmah Mansur? Nah! Inilah rahsianya. Amacam? Ayuh! Oh ya, lokasinya di Bandar Baru Bangi. Seksyen 7. Kot.
Semalam ada tujuh orang budak gangster cari pasal dengan gua. Geram punya pasal, gua lompat tinggi-tinggi dan hentak tiang elektrik tepi jalan guna tulang keting. Tiang tumbang patah lapan. Semua budak tiba-tiba jatuh baring buat-buat pengsan. Amacam? Ongbak tak?

2 comments: