Monday, December 27, 2010

Semah & Jijah #8

Kah kah kah. Kah kah kah. Kah kah kah.

Gua dan Syukri ketawa melihatkan telatah si Firoz yang sedang terkinja-kinja menari sambil dikelilingi gadis-gadis berkemban. Apa tidaknya, alunan muzik hanyalah tradisional sahaja. Tetapi tarian Firoz haram jauh menyimpang sekali dengan konsep tradisional. Shuffle! Cilaka, habis debu-debu berterbangan hasil hentakan bertubi-tubi kaki Firoz. Uhuk! Uhuk! Orang batuk sana-sini. Gadis-gadis berkemban pula sibuk meniup lurah dada masing-masing yang kian dipenuhi debu-debu liar agar tidak tersumbat. Firoz memang cilaka. Macam setan.

Jing Cak Kejing!...Jing Cak Kejing!... Jing Cak Kejing!

Alunan muzik semakin mempersonakan. Merdu. Sungguh berbakat sekali penduduk kampung di sini. Alat-alat muziknya pula semuanya adalah buatan tangan. Sungguh kreatif dan berinovasi. Seruling yang diperbuat daripada batang pelepah betik, gitar yang dibuat dari dahan pokok cempedak, kompang yang dibuat dari kulit meerkat, vuvuzela dari batang tebu, didgeridoo dari pohon ketapang, dan satu set piano yang entah dari mana hala boleh ada sekali dan dimainkan oleh seorang lelaki tua memakai cawat berwarna pink bernama Pak Jental. Lagaknya tak ubah seperti Maksim ketika memainkan Flight To Bumblebee. Sungguh bergaya. Gelang tangannya saja yang membezakan antara mereka berdua. Hasil hutan.

“Ko tak nak join Firoz ke?” Gua tanya Syukri yang kebetulan kepalanya tergoyang kiri kanan ikut alunan muzik.

“Nak jugak. Ko?” Balas Syukri. Goyangan kepalanya makin rancak. Badan makin membongkok.

“Takpe, ko masuk dulu. Karang aku pulak. Sangap juga tengok gadis-gadis berdebu ni” Jawab gua sambil kaki kanan mula bergoyang dalam bentuk pusingan lawan jam.

Tanpa ragu-ragu, Syukri membuka langkah. Ai! Ai! Ai! Syukri menjerit sambil meluru masuk ke kawasan tari-menari. Lagaknya seperti membuka langkah silat di depan pasangan pengantin baru. Dalam kekaburan debu berterbangan, Syukri terkinja-kinja menari bersebelahan dengan Firoz. Turut mahu mendapatkan perhatian gadis-gadis gamaknya. Debu makin tebal berterbangan. Gadis-gadis makin bersusah-payah. Meniup.

Tiba-tiba, Dush! Dush! Dua orang gadis terpelanting keluar dari kawasan tarian dan jatuh tersembam ke tanah. Dush! Dush! Seterusnya, diikuti dengan Firoz dan seorang gadis lagi yang turut terpelanting keluar. Bibir Firoz berdarah manakala gadis tersebut terus kena serangan asma. Orang ramai yang mengelilingi kawasan tari-menari semuanya terkejut dan beredar kebelakang sedikit. Kehairanan. Dalam samar-samar debu, baru gua perasan apa yang berlaku di tengah-tengah medan tarian. Syukri dan tarian kapueranya! Tangannya di atas tanah sambil kakinya terhuyung-hayang berpusingan di udara. Nah!

Kedaan makin kelam kabut dek kapuera Syukri. Semua gadis yang menari telah berhenti dan ketepi. Syukri makin ligat. Pemain-pemain alat muzik pun mula jadi huru-hara. Kian bercelaru alunan muzik yang dimainkan. Semua tergamam dan mungkin juga naik angin. Termasuklah Pak Jental. Petikan pianonya semakin kasar.

“Bilamasa dia ambil dadah?” Gua bisik pada Firoz yang masih terduduk di tanah.

“Takde la plak. Dia ambik kerepek ada lah. Takkan kerepek ubi boleh kasi high?” Firoz berasa sangsi. Pada masa yang sama dia membantu gadis yang terpelanting bersama disebelahnya dengan meniup lurah dada gadis tersebut yang teruk tersumbat debu. Sedangkan, asma gadis tersebut kian melarat tanpa Firoz ambil peduli.

Tiba-tiba Pak Jental memanjat pianonya, melompat ke tanah, dan berlari laju-laju ke arah Syukri yang kebetulan masih dalam keadaan tunggang terbalik dengan kakinya keatas. Beddebaakkkkk!!! Pak Jental menyepak rusuk Syukri sekuat-kuatnya. Syukri terpelanting tinggi berterbangan dan jatuh betul-betul di dalam kandang babi, 20 meter dari lokasi. Fuh! Hebat! Semua penduduk tepuk tangan. Termasuk gua. Firoz masih belum habis meniup debu. Gadis sebelahnya kian meronta keasmaan. Cilaka.

Alunan muzik disambung kembali. Melodinya kian rancak sedikit. Patutlah muka Pak Jental nampak serius. Gadis-gadis semua menari kembali. Kawasan tari-menari kali ini tanpa debu. Damai dan mempersonakan.

“Ko tak nak menari ke?” Tanya Firoz.

“Kejaplah. Aku tengah ambik feel la ni” Balas gua.

“Ajjaaaaakkkkkkkkkk!!!! Sambuttt!!!!!!”

Tiba-tiba muncul suara dari belakang. Gua menoleh. Ah, Kasim tengah berlari sambil mencampakkan kepala singa kepada gua. Dengan pantas gua pijak kepala Firoz, dan melonjak tinggi untuk mencapai kepala singa tersebut. Darah dileher kepala singa tersebut masih panas seperti baru sahaja dipenggal.

Gua jatuh ditengah-tengah medan tarian. Gua pandang Kasim, dan menganggukkan kepala tanda terima kasih dan tanda ‘bersedia’. Gua pandang Pak Jental.

“Tarian Singa!” Gua jerit pada Pak Jental. Semua orang tercengang. Pak Jental terus duduk mencangkung atas kerusi sambil bermain piano. Kasim segera melompat dibelakang gua dan memaut pinggang gua dengan erat. Badannya dibongkokkkan.

1 comment: