Friday, August 6, 2010

Semah & Jijah #5

Jarum jam dah tunjuk 7 pagi. Dengan mata yang barai, gua duduk terpaku atas tebing tepi longkang, betul-betul sebelah pam angin, menyendiri sepi. Suasana agak baik dengan dingin embun, hening menghiasi. Sang mentari pula dah mula tunjuk diri, seri menyinari. Burung pun mula sibuk keluar mencari rezeki sambil bercericip, menari peri. Beruang mungkin tengah gosok gigi. Anjing dengan babi takyah katalah, konfem tengah main judi lagi. Manusia?

Budak-budak sekolah rasanya tengah gigil-gigil dijirusi mandi. Yang bekerja pula, mungkin tengah kelam kabut sana-sini siapkan diri. Lelaki berpencen, gua pasti ramai dah mula berjuang politik pergi ngeteh kedai kopi. Wanita pencen, sibuk menjadi suri siram pokok bunga sambil mulut pot pet pot pet bergosip kanan kiri, tak pakai coli. Yang masih berselimut diselaputi air basi? baik lu orang muhasabah diri. Lu orang ingat lama lagikah lu akan mati?!

Cip cip cip...

Gua dongak atas cari arah bunyi. Dua ekor burung kenyalang tengah lepak bertenggek atas pelepah pokok kelapa. Kelibat tak ubah seperti pasangan laki bini dengan gaya kemesraan yang dipamerkan. Sungguh bahagia sekali. Terharu juga dibuatnya. Gua dakap dada tanda tersentuh hati.

“Assalammualaikum Kenyalang” Gua bagi salam. Tangan gua lambai sempoi.

“Waalaikumussalam...” Jawab burung kenyalang jantan secara keislaman sambil melambai menggunakan sayapnya. Hampir terjatuh juga ia akibat tidak stabil. Mujur bininya memegang bahu suaminya erat-erat.

“Eh, kemana pula adik pagi-pagi buta ni? Tunggu siapa?” Kini si isteri bertanya. Lambaian sayapnya lebih sopan, sedikit sahaja. Bulu ketiaknya pun sedikit tidak kelihatan.

“Saya tunggu kawan saya. Kami berjanji kononnya ingin berjumpa di sini tepat jam 7 pagi ini. Entah sampai sekarang tak sampai-sampai. Huh.” Balas gua sambil disusuri keluhan hampa.

“Oh, ye ke. Melayu ke kawan kamu tu?” isteri kenyalang bertanya lagi.

“Melayu rasanya sebab nama diorang Kasim, Firoz dan Syukri. Kalau nak kata agama, tak tahu la pula Islam atau apa. Jarang juga saya nampak mereka menunaikan solat lima waktu. Solat Hajat selalulah dulu-dulu. Itupun bila nak SPM” Saja gua jawab panjang lebar seiring melepaskan kemarahan.

“Huh! Namapun Melayu, patutlah lambat! Oklah nak, kami kena berangkat dulu ni.” Si isteri menyindir berani. Entah benci sangat gamaknya dengan manusia Melayu.

“Nak kemana? Cepat benar nak pergi?” Tanya gua.

“Cari rezekilah. Dah lambat dah ni. Kang kelaparan pula anak-anak kami bila bangun tidur nanti. Adik jangan lupa berhati-hati!” Nasihat pakcik Kenyalang. Kali ini kepalanya saja yang angguk bergerak.

Gua perhatikam mereka terbang tinggi melepasi stesen minyak Petronas menghala ke Timur, arah hutan pedalaman Kalimantan. Hati gua dah mula panas. Jam menghampiri 7.15 pagi. Gua dakap beg galas erat-erat sambil bersumpah seranah secara ringan-ringan. Banyak juga vokabulari Melaka gua gunakan.

***

8.00am.

Shhreeeeeettttttt..

Tiba-tiba sebuah kereta Proton Iswara’Kereta Kebal’ membrek secara mengejut di pam minyak no.7. Keadaannya iras sebuah akuarium berwarna merah. Pemandangan cermin belakang dipenuhi dengan tiga bantal kecil petak empat segi bewarna kuning, lima jambak bunga mawar plastik, kotak tisu yang terukir gambar kucing serta tikusnya sekali, tiga pewangi kereta murahan yang dah habis kuantitinya dan benda merapu lain yang lebih terdorong kepada hiasan sebuah akuarium ikan sepat. Tetapi cermin depan agak kurang, hanya patung Sinchan berpakaian mandi berwarna merah jambu serta pokok bunga yang dua-dua akan bergoyang akibat tenaga solar, beberapa buah model kereta Ferrari dan tak lupa, pewangi kereta murahan lagi.

Gua pandang sinis, menggelengkan kepala, sambil garu belakang tengkuk dan dakap beg semula erat-erat. Tangan dah mula mengutil batu-batu kecil di tepi kaki.

Tak lama kemudian, gua didatangi seorang budak lelaki. Matanya asyik memandang sekeliling seperti mencari seseorang sambil tangannya memegang aiskrim. Barangkali sesat gamaknya. Umur gua syak dalam 5 tahun sebab tangan dah pandai pakai jam Ben10. Baju pula Hagemaru. Cuma kasutnya sahaja berjenama Princess, kepunyaan kakaknya mungkin.

“Ada ampak tatak saya tak?” Tanya budak tersebut bersuara pelat dan sebak. Mukanya yang comel menghampiri keadaan nangis. Aiskrim ditangannya kian cair.

“Kakak adik pergi mana?” Balas gua keprihatinan sambil usha sekeliling.

“Mmm..comel. Mata besar macam kucing Parsi. Kulit pula putih gebu macam beruang kutub. Mesti cantik kakaknya, macam Serigala.” Hati gua berkata-kata.

“Peyi andas adi. Beyak. Api ame angat dah ni. Amin akut” Air matanya dah mula bergenang.

“Takpe, meh duduk dengan abang dulu. Kita tunggu akak ye” Pujuk gua sambil menarik tangannya yang masih memegang erat aiskrim. Cairan aiskrim yang jatuh kecucuran dan terpalit pada tangan gua, gua terus jilat. Rasa strawberry. Sedap. Atleast ada juga teman gua menunggu.

***

“Amin...Amin” Kedengaran tempikan seorang gadis memanggil.

“Sini” Gua bersuara sambil melambai dan menunjukkan jari kearah Amin yang sudah tertidur atas pangkuan riba gua. Aiskrimnya tiada. Gua dah makan habis.

“Oh! Saya minta maaf ye abang. Paip dan flush dalam tandas tu rosak tadi. Itu yang lambat tu. Terima kasih ye tolong tengokkan si Amin ni” Terang gadis itu. Matanya sayu. Betul tekaan gua, sungguh cantik gadis tersebut. Sebiji iras serigala.

Gua terpaku lama. Sungguh menawan.

“Takpe, sekejap je. Tengoklah, sungguh comel Amin tidur” Gua cuba berayat manis sambil membelai rambut Amin yang jatuh di dahi. Entah apa jadah, ubun-ubun Amin gua kucupi lembut.

“So, cik.....mmmm” Kata-kata gua tergantung.

“ Rania. Jangan cik-cik, panggil saja Rania ok” gadis itu terus mencelah. Ah, sungguh menawan senyumannya.

“So, Rania...mana kereta awak. Biar saya angkatkan Amin. Kesian pula mahu kejutkan dari tidurnya” Kata-kata gua dah mula skema.

“Boleh juga. Terima kasih ye encik...mmm” Gadis itu meniru taktik ayat tergantung gua. Ceh!

“Ajak. ‘Bond’ pun boleh juga sebab saya suka tengok cerita James Bond. Bila main bola pula, ramai panggil I Ajak Van der Jaark atau Ajak Pires. Tapi, ikutlah U nak panggil yang mana satu. Untuk U, apa-apa pun tak kisah” Gua sipu-sipu malu. Kata nama pun dah jadi I U. Sekali-sekala gua usap peluh pada dahi Amin.

Dalam hati, gua doa agar Firoz, Kasim dan Syukri lambat sampai.

Gua dah jatuh hati. :)

Bersambung...

5 comments:

  1. tak sangka hang ni puitis gak. cpt² sambung #6.

    ReplyDelete
  2. sempat pulak jatuh hati..parah dah ni..haha

    ReplyDelete
  3. haha..sengih-sengih 'geli' aku baca bila ajak dah start berangan+merapu..tp best..cepat2 sambung tau,hihi

    ReplyDelete
  4. heheheheh..klaka lar ko ni.. ;-)

    ReplyDelete
  5. haha...
    ade gak part hang jatuh cinta tuh...
    jiwang la hang jak..haha

    ReplyDelete