Wednesday, July 21, 2010

Terkini

Gambar Terkini (buat rinduan awek-awek luar sana)

Assalammualaikum...

Rasanya ini buat pertama kalinya gua kasi salam pada lu orang. Maklumlah, bulan Ramadhan kian hampir. Maka, tidak pelik jika hati gua mula lebih tercetus ke arah kebaikan serta penuh tatasusila sopan santun. Gua harap lu orang pun sama. Kalau boleh, singkirkan sikap sekular dalam diri masing-masing. Tak kisahlah lu orang Rock ke, Indie ke, HipHop ke, Punk ke, Shuffle ke, B-Boys ke atau jiwang-jiwang punya hati. Modal insan kena pelihara juga bai!

Ektuali, gua nak sambung siri Semah & Jijah tapi macam tak sempat. Gua ada kelas kejap lagi. Maaf. Jadi, gua tulis jelah apa yang terlintas kat kepala hotak gua ok?

Ok, mulakan dengan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Dah habis pun. Vuvuzela pun dah tak buat bingit sekarang. Sotong Paul pun dah mula jadi rebutan. Akhir, Sepanyol menang lawan Belanda, 1-0. Itupun sebab pengadil perlawanan perangai macam setan. Buat penyokong Oranje, kita harap Euro 2012 nanti kita tapau pasukan Cap Ayam yang lain senang-senang. England, Perancis, Brazil dan tak lupa Itali contohnya. Nak harapkan pasukan Malaysia, sempat kita kenduri arwah dulu. Tanduk bola sambil pejam mata pun dapat juga kahwin dengan artis. Belum lagi yang dapat tendang bola sampai awan. Silap-silap Paris Hilton pun kena dump. Hak Ptuih!

Politik negara pun boleh tahan juga kecohnya. Gua tengok bibir Najib dah tak pink mana dah. Uban pun makin subur memutih. Badan pun semakin kurus, tidak makin membuntal seperti Rosmah. Kesian. Isu pasir dari dulu sampai sekarang tak habis-habis. Sekarang Selangor paling champ. Berbuih-buih juga mulut pihak terlibat membuat kenyataan pembelaan serta tuduhan dalam kaca televisyen. Belum masuk lagi isu pembalakan haram serta pencerobohan tanah rizab kerajaan. Semua dah jadi huru-hara dengan laungan lantang kapitalis sana-sini demi memperjuangkan kepentingan diri masing-masing. Hak Ptuih!

Oh ya, isu subsidi pun boleh tahan juga kecohnya. Minyak naik, gula pun naik. Jadi automatiknya, kebarangkalian barang lain akan naik adalah tinggi. Gua tengok semua dah menggelabah sana-sini sedangkan semua ini sememangnya dah dijangkakan. Nak buat macam mana, takkanlah lu orang rasa logik jika harga gula tahun 2050 nanti sama dengan harga sekarang kalau takkan naik-naik? Dunia makin maju geng. Semua makin naik.

Alamak, gua pun kena naik ke kelas sekarang. Kesian pula anak murid menunggu. Chow.

Assalammualaikum...

4 comments:

  1. waalaikumussalam pak cik......

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam encik razak...haha
    bagus la hang...anak sapa la ni... :)

    ReplyDelete