Tuesday, May 11, 2010

Piala Thomas : Malaysia (2) - (3) Jepun


Gua pasti ramai di antara lu orang layan Piala Thomas semalam. Permainan macam taik bukan?

***

5.32 petang. Lepas ketik kad, gua gegas balik rumah. Macam biasa, anjing liar perkampungan Iban mula buat hal lalu lintas tepi jalan. Gua kasi hon, buka tingkap, lontar pandangan kerek dan tunjuk penumbuk. Bertempiaran juga lari menyorok dalam longkang tepi belukar. Gua kena cepat bagi mengelakkan jammed akibat budak-budak Sekolah Menengah Matang Hilir balik. Ada patut ramai-ramai ibubapa tunggu anak, parking kereta tengah jalan betul-betul depan pintu pagar? Anak hantar pergi sekolah, ibubapa entah sekolah atau tidak. Sivik anjing pun lagi mantap gua rasa. Atleast bila kena hon, berlari ke tepi, bukannya keluarkan parang bergaduh. Lagipun jam 6 petang, gua ada show kena kejar, Whose Line Is It Anyway?. Gua deru deras-deras. Sekali sekala mata usha awek-awek hot tengah tunggu bas kiri kanan.

Selesai Colin, Ryan dan Wayne bikin gua tersengih seorang diri macam orang gila, gua pergi berak. Tengah layan masyuk, gua teringat pasal ada perlawanan Piala Thomas yang gua dengar di radio masa pulang tadi. Malaysia lawan Jepun. Ramai jangka Malaysia boleh makan Jepun senang-senang macam lauk ayam. Apa lagan, sesudah penat berkemut, gua cebok laju-laju, dan cargas pergi ruang tamu cari remote. Tuala gua sangkut atas bahu sambil berlari. Sejuk juga walau rumah tiada aircond.

Datuk Lee Chong Wei vs Kenichi Tago
Gua nampak Chong Wei main macam biasa. Menang. Hebat permainan pemain nombor satu dunia ini. Tak sia-sia dapat Datuk. Bukan macam Shah Rukh Khan. Guling-guling sikit atas rumput tepi A'Famosa, terus dapat Datuk. Hakk Ptuihh!

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong vs Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto
Ini pun lebih kurang hebat permainan Malaysia. Hulu-hilir sana-sini bersemangat kejar bola. Pemain Jepun gua nampak macam hilang pedoman. Malaysia menang senang.

Wong Choong Hann vs Sho Sasaki
Perlawanan ketiga ini gua dah tak tengok sebab gua lebih berat layan Ugly Betty. Apa-apahal pun, gua memang dari dulu lagi tak tahu apa keistimewaan si Choong Hann ini. Tiada kemahiran yang baik, tiada kilasan yang kencang, tiada akal yang kreatif, tiada sifat kemenangan dan tiada Datuk, tapi masih jadi perseorangan kedua terbaik negara? Dem! Patutlah kalah. YNWA.

Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif vs Kenichi Hanakawa-Kenta Kazuno
Malaysia kalah. Gua tak tengok, tapi gua dengar pasangan ni main macam gampang. Si Fairuzizuan ini pula gua dengar emo bukan main akibat kena kutuk dan dapat isyarat lucah dari penonton. Oklah tu penonton tembak guna jari tengah. Kalau mereka guna pistol macam abang polis-polis sekarang? Naya!

Hafiz Hashim vs Shoji Sato
Yang ini gua tengok balik. Itupun sebab Ugly Betty dah habis dan hosmet gua dah balik kerja. Sebelum perlawanan bermula, gua dah yakin Hafiz boleh menang besar. Ranking 22 lawan ranking ratus-ratus? Takkanlah senang-senang kalah kan? Sudahlah fizikal pemain Jepun ini kecil molek, berambut ala-ala abang Cina Bukit yang jual henpon dan berantai di leher pula tu. Tiada naluri juara langsung perwatakannya berbanding Hafiz; tinggi macam galah serta rantai lehernya boleh tahan kafir juga gua tengok. Kalau gua Tok Guru Aziz, dah lama gua ambil tindakan buang negeri.

Macam biasa, Hafiz main dengak corak kawalan gelanggang yang kemas sambil lenggok badangnya seiring dengan lenggok buku lengan tangannya. Semuanya nampak berseni dan berkemahiran tinggi. Semua tak memerlukan larian deras atau semangat kebadmintonan yang tinggi. Cukup hanya berjalan lemah lembut dan sekali-sekala berjoging sedetik dua. Riak wajahnya pula tidak perlu menunjukkan keinginan ingin menang yang tingi dan bersemangat waja. Senang cerita, semuanya cukup mudah, berkeyakinan dan agak sedikit berlagak. Dah macam Berbatov gambaran semuanya. Hebat!

Malangnya, bila smash, semua keluar. Bila Sato kasi smash pula, dia tak reti angkat. Macam jahanam! Tak ubah macam klon corak permainan bolasepak Arsenal. Permainan cantik tapi entah kemana kemenangannya. Cis, menjengkelkan. Malaysia kalah.

***

Habis perlawanan, gua makan nasi lauk nugget ayam 4 ketul dan hotdog 2 batang kat rumah. Kuah kicap dan cicah sos cili. Tak ada mood nak makan luar konon-konon meraikan. Syukur pula ada Desperate Housewife pukul 10.30 dekat 8TV. Sekurangnya, semua bayangan lagak berlagak Hafiz yang terngiang dalam kepala hotak gua habis disaluti dengan misteri-misteri di Wisteria Lane. Huh! Lega.

1 comment:

  1. Hahahaha...kelakar lah ko ni...ayat tak ingat

    ReplyDelete