Thursday, April 29, 2010

Semah & Jijah #3

Gua betulkan kerusi elok-elok dan buat muka serius. Budak-budak yang duduk sekeliling pun, gua tenung tajam-tajam. Sampaikan dua budak yang baru nak duduk meja depan gua pun dah tak berani dan buat keputusan balik rumah makan Maggi. Meja lain pula sudah penuh. Dengan keadaan makin tenang, gua mula bertanya;

“Apahal nak pergi KK? Nak buat apa? Jauh juga kalau nak gerak dari Kuching ni. Mahu-mahu makan 2 3 hari juga driving. Lagipun, kereta kena bagus. Jalan teruk, sebiji macam sistem jalanraya negara Timor Leste.” Tanya gua sambil turut menjelaskan signifikan pertanyaan dengan agak panjang lebar. Kasim tergamam taksub.

“ Sebenarnya macam ni Jak..” Syukri bersuara tergantung. Kasim dan Firoz dah mula standby letak tangan bawah meja, atas peha.

“Kasim dengan Firoz ni, mereka nak cari kekasih lama mereka kembali. Masa zaman cinta monyet dulu-dulu. Cuma, kali kini mereka hendakkan hubungan yang serius, berkahwin, ada anak, cucu, cicit, sampailah hingga mati.” Balas Syukri. Kasim dengan Firoz dah buat muka malu-malu anjing. Tersipu-sipu konon-konon manis.

“Siapa? Wati Jerangkung dengan Zainab Gendut?” Balas gua.

Wati Jerangkung adalah cinta monyet si Kasim. Gelaran Jerangkung adalah kombinasi fizikalnya yang ketika itu sangat kurus, rambut terurai macam mop lantai dan gelak ketawanya yang riang laksana hantu puaka. Gua pun tak pasti apa tarikan Wati pada mata si Kasim. Cuma, gua ada dengar ia disebabkan oleh senyuman si Wati. Kasim kata macam senyuman Ziana Zain dalam filem Sembilu arahan Yusof Haslam. Oh ya, itu merupakan filem kegemaran Kasim. Macam lahanat bukan?

Zainab pula merupakan cinta monyet si Firoz. Dapat gelaran Gendut sebab gelaran ‘Boroi’ sudah diambil Rosnah. ‘Buncit’ pula sudah dibook awal-awal oleh Cikgu Asmui. Bagi gua tak adalah besar mana fizikalnya, cuma kelakuannya yang gedik geleman yang menyebabkan kejengkelan kepada geng lelaki, dan nak ejek sesuatu. Biasalah, kalau fizikal menjadi punca gelaran pelajar perempuan, ejekan nama bapak dan datuk pula untuk pelajar lelaki. Silap-silap boleh sampai bertumbuk juga dalam surau. Dalam dewan makan pun boleh jadi, saling membaling kulit pisang montel sana-sini.

“Bukannnnn...Semah dengan Jijah. Kembar kepada anak Pak Guard sekolah kita dulu, Encik Jaafar. Cuma, cinta diorang mula berputik selepas tamat SPM. Itupun melalui sms. Tak pernah jumpa lagi. Encik Jaafar sendiri yang rekomenkan anak kembarnya. Dia kata Kasim dan Firoz ni bersopan santun dan pandai menghormati orang tua. Lagipun dia kata, diorang ni muka nampak macam tiada sifat iblis dan penyayang terhadap binatang. Cantik o Jak anak dia. Rugi kau.” Jawab Syukri beria-ia. Rasa nak lempang pun ada dengan si Kasim dan Firoz yang semakin menjadi-jadi malu-malu anjingnya.

Pptuihh! Gua bangun, ludah tepi longkang. Nyaris kena kepala tikus yang tengah berlari. Gua kembali pada meja.

“Tapi, apa kes depa ada kat KK? Bukan depa duduk kat Kuantan ke? Taman Tas. Batu 8.” Balas gua runsing.

“Itu dahulu kala. Sekarang tidak lagi. Encik Jaafar dah jadi tokan mutiara yang terkenal di KK.” Syukri masih tak tahu malu asyik nak bersuara sahaja. Patutnya tanggungjawab Kasim dan Firoz.

“Oklah macam tu. Aku takde hal punya. So, bila kita nak gerak ni?” Gua terus buat keputusan setuju. Gua dah malas nak tengok riak bangga dan malu-malu Si Kasim dan Firoz lagi. Kini, Kasim dan Firoz dah tukar rupa, tersenyum riang. Reaksi yang tak menjengkelkan. Lega juga gua akhirnya.

“ Petang Jumaat ni. Lepas sembahyang Jumaat. Ok tak? Jawab Firoz sambil betulkan kaca matanya.

“Ok je. Kereta?” Balas gua.

“Pakai kereta Kasim. Boleh tak?” Syukri mencelah pula.

“Kereta apa? Mana?” Gua tercari-cari sekeliling. Banyak motosikal saja. Kereta yang ada pun hanya Kancil. Itupun pada badannya tertulis perkataan Mira. Mungkin juga Mira itu nama empunyanya. Singkatan untuk Amira binti Bonjut. Mmm..sedap.

“Tu. Yang parking depan Kedai Keranda Abdullah tu” Muncung mulut si Firoz memberi arah pada masa yang sama muncungnya itu dapat berfungsi membetulkan kedudukan kacamatanya dengan menaikkan sedikit ke atas.

“ Perghh!! BMW X6!!. Gilaan” Gua terkejut. Nafas gua agak nipis-nipis turun naik.

“ Eh, ko keje ape sekarang?” Gua pula yang beria-ia bertanya. Nak kata gigolo tapi otot dada Kasim gendut-gendut saja. Mustahil. Kalau disebabkan menang loteri juta-juta, tak lojik juga sebab Kasim memang jenis bebal dalam Matematik. 2 kali 2 pun dia ingat jawapannya 5? Kasim kembali dengan muka riak bangganya. Ah, sial!

Gua tenung kereta gua dari jauh. Sayu.

Bersambung...

Gua ingat nak jaga elok-elok sampai kasi anak gua masuk universiti nanti.

4 comments:

  1. hahahahahahaha..... ni citer betul ke encik razak? btw, sy mmg dh lama tunggu smbungan semah dan jijah ni... tak sabar tunggu ending... macam ruangan cerkon majalah ujang plak! kuikuikui....:)

    ReplyDelete
  2. salam..singgah kembali...
    cerita yang menarik...suke bace...

    ReplyDelete
  3. siap dh beli kereta dkt sn tu...:-)

    ReplyDelete
  4. ya.. sila wat sambungan citer..

    ReplyDelete