Thursday, October 22, 2009

Kurus

"Apasal ko nampak makin kurus jak? Takut aku tengok ko! Ko tak makan ke?" Tegur kawan gua, si Ham. Intonasi teguran agak biadap. Nyaris kasut ofis gua naik angin.

Gua kelu seketika. Tapak tangan gua usap-usap perut selari dengan lirikan anak mata. Pantau memerhati. "Aha kan. Akupun rasa macam tu. Teruk sangat ke kekurusan aku?" Balas gua runsing. Usapan terhenti sambil jari telunjuk mula ke arah lubang pusat. Korek-korek santai.

"Teruk weh! Ko main dadah ke?" Ham tunjuk sopan.

"Ish giler ko. Aku main pingpong reti lah. Bola ke, ragbi ke." Gua bagi signal 'sabar' kat kasut ofis gua. Gua perasan yang tali kasut dah genggam tangan erat.siap menggigil lagi.

"Ajak....bla...bla..bla..." Ham terusi tanyaan macam nak kena pelempang.

Duuusssshhhhh!!!! Gua balas dengan kasi tumit atas dahi Ham sampai jatuh terlentang kebetulan bersebelahan air compressor. Apa lagan, itu air compressor, gua guna kasi compress Ham punya tulang belakang terus. Selesai, gua terus ke kantin!

***

Sebab gua kurus!!! (Lu orang jangan banyak tanya dah lepas ni):



1. Aktiviti melepak + mengeteh terhad. Busy. Lagipun kedai macam ni bukannya ada kat sini. Kol 2-3 pagi gua ada try datang, tapi anjing saja yang huru-hara depan kedai. Takkan gua nak order masakan anjing? Giler!


2. Ketandusan sumber lemak pertama, JCo.



3. Ketandusan sumber lemak yang kedua, Subway.



4. Ketandusan sumber lemak ketiga, Big Apple.



5. Berjangkit sama ini orang (Osman Kering). Menyesal gua kamcing sama dia. Cilaka!


***NotisSambilan:
# Sebab-sebab lain, nanti gua upload kemudian. Dah tak sempat. Gua nak g kantin makan cereal sama pisang sambil minum horlicks.

No comments:

Post a Comment