Sunday, September 13, 2009

Isnin Tanpa Erti

Hari ini hari Isnin. Hari yang paling menyampahkan. Kerja! Kerja! Kerja!

Bunyi macam mustahil, tapi disiplin kendiri gua kini kian hari kian mantap. Berdetik 6 pagi sahaja, kelopak mata dah mula terkebil-kebil buka. Bibir cepat-cepat gua ketapkan rapat. Padahal air liur dah meleleh keluar membentuk ikatan basi antara celahan bibir dan fabrik bantal. Bila angkat kepala sahaja, dah macam lelehan keju dari Pizza. Dalam keadaan mamai, gua karate pantas kasi putus dua. Gua bangun duduk, termenung. Tangan sekali sekala garu belakang tengkuk, belakang telinga dan tak lupa celah kangkang. Kadar testosteron tinggi pagi-pagi. Calcius pula rendah-rendah saja. Itu pasal lah.

Hari ini gua ada amali sahaja. 7.30 pagi. Itu sahaja. Lain, gua free. Rasa macam tak berbaloi pula kerja. Tapi apakan daya, tanggungjawab untuk negara. Gua pun runsing apa kes waktu pejabat sini mula seawal begitu. Pegawai JAIS pun baru nak masuk tidur masa ni. Sammy Vellu pun baru segar-segar, selesai mandi wajib. Ceh, tak praktikal langsung!

Air paip sejuk macam setan. Gua asyik gigil-gigil saja masa pegang gayung. Teknik memberus gigi pun dah bersepah mcm kanak-kanak. Tangan gigil gegar. Sejuk ni memang gua tak boleh handle. Dulu-dulu masa gua kat Russia, tidak pula gua macam ni. Mungkin gua tak sesuai iklim Malaysia kot. Alergic mungkin. Selesai, gua sarungkan pakaian-pakaian pejabat gua. Brand seluar dalam saja yang tak ada bunyi brand pejabat langsung. BUM Equipment? Ape kejadah? Hoi, gua beli 7 tahun lepas kat Mahkota Parade Melaka. Sampai sekarang masih ok lagi beb. Mungkin sebab gua kat Malaysia. Jikalau Hawaii, 2 bulan sahaja mungkin terus terkoyak!

Lalu lintas ke tempat kerja memang jahanam. Manusia sini bawa kereta serupa naik kereta sorong. 25-40km/j. Ape kes? Bikin panas saja. Tak racing langsung! Tapi gua tak drive, gua tidur. Gua tumpang housemate gua, Blangkat. Sampai pejabat gua kasi punch itu kad dan gua standby-standby tenangkan diri. Cukup tenang, gua jalan ke bengkel dengan langkah kalifah berpuasa. Jauh boleh tahan. Yang gua tension sebab kene lalu kantin dulu sebelum sampai sana. Ramai pula tu manusia-manusia tengah makan-makan. Perghh! Kalau bukan kerana dek hujung-hujung bulan Ramadhan ni, gua dah join pekena kopi tarik. Gua asyik telan air liur saja. Kalau kering, gua keluarkan air liur dari anak tekak, gua telan semula. Haus!

***

Sampai makmal amali cancelled. Dem! Bladi Hel! Holi Krep! Sekarang gua tak tahu nak buat apa sampai pukul 4.30 petang? Ada gak gua lepak kantin kang borak-borak hirup kopi sambil guna apai..indai..rimau betiss.. Amacam, ada gaya orang Iban tak? Kalau ada gua nak pergi kantin ni?

2 comments:

  1. ko pon tak kurang 'asli' nya jak..takde masalah aku rasa nak bergaul ngan indai,apai, rimau betis tuh..

    ReplyDelete
  2. ko campak mana pun idup... baik ko menyewa rumah panjang... kompom dapat jadik menantu tok batin...

    ReplyDelete