Thursday, July 9, 2009

Subuh Firaun

Satu hari dulu, gua dan kawan-kawan naik Putrajaya, urusan kerajaan. Ni yang gua malas jadi orang penting kerajaan, bila saja negara huru-hara, semua cari gua. Rimaslah! Akibat fakir hina, gua lepak Kepong ramai-ramai, rumah Zaza. Nak lepak Bukit Antarabangsa, struktur geologi tak kuat. Dahla budak-budak ni jenis banyak yang gendut-gendut gemuk. Gua taknak cari pasal. Nak mampus?

Sampai Kepong lewat malam, awal pagi. Sempat gua belasah saki baki menu bawah tudung saji kat dapur. Lapar. Gua pun tak sure tu lauk bila. Janji takda ulat atau kulat, kiranya nampak ok la kot. Selesai melantak tanpa malu, gua terus tidur. Saje gua nak cuba ikut tips awet muda Azwan Ali. Macam senang je nak follow tips kecantikan yang ni. Lantaklah!

Subuh, gua sedar yang mak dan abang Zaza awal-awal lagi dah bangun kejut kitorang. Saje gua malas bangun lagi sebab giliran masuk tandas gua yang paling akhir selalunya. Takkan nak berebut. 7 minit lagi gua bangunlah. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba tanpa arah, si Piau mampu pula bangun ke tandas angkat wuduk. Hairan, terdetik pula mungkin kiamat tiba hari itu. Agak takut, sempat gua mengucap sekali dan terus sambung tidur semula. Tenang sikit. Cuma hati agak musykil bergolak gara-gara 'tabiat' Piau.

***

Keesokan hari, sambil ngeteh, gua saja usik Piau tentang tabiat subuhnya semalam. Saja curious. Piau bersahaja jujur: "Aku basahkan muka, kaki, tangan mana patut..masuk bilik, duduk senyap-senyap..agak-agak cukup timing 2 rakaat, aku keluar lah"

Gua terus runsing status sebenar Piau, gua pinjam tengok dompet Piau dan keluarkan IC. Nombor tengah -666-. Agak-agak gua itu kod untuk negeri jajahan Raja Firaun kalau tak silap. Gua duduk rapat tepi Piau sambil bacakan ayat Kursi di cuping telinga kiri. Nada bisik-bisik angin. Hukum tajwid yang Mat Arip Lisukun je gua masih tak kuasai penggunaannya. Yang lain-lain bunyi macam ok, ada dengung sikit-sikit. Aik! Tak terbakar jadi pape pun? Nak cuba surah Yasin tak hafal semua. Takpelah, gua dah faham. Gua tunduk sambil hirup teh-o-limau panas gua. Gua kunyah 24 kali. Lebih afdal kata orang. Bolehla dapat bekalan pahala sikit. Insyaallah.

***LokasiSekarang: Simpang Ampat, P.Pinang.
Xsabar nak pekena Charkuewteow Permatang Pauh dengan Nasi Ketam Juru. Slllrrppp...

4 comments:

  1. cuba siram minyak tanah. pastu cucuh api. tengok terbakar ke tak

    ReplyDelete
  2. sian ler piau klu kene siram minyak tanah..tak kacak dah..

    ReplyDelete
  3. agak2 kenape si piau berkelakuan sedemikian..

    ReplyDelete