Saturday, May 30, 2009

Zaman Kecik-Kecik: Dulu Seronok, Sekarang Sialonok



Jika tanya orang persekitaran, umur 20-an ke atas, jika boleh semua mahu putar masa kembali kepada zaman dahulu kala. Bukan Paleolitik, tapi zaman kecik-kecik. Masa tu Tyrannosaurus dah tengah sedap duduk bersila makan lauk ayam madu dalam syurga dah pun. Beethoven pun dah start malas nak cipta muzik hebat-hebat. Panas sangat suhu neraka katanya. Leornado Da Vinci pun dah kehabisan idea kagumkan dunia. Gua masa tu dengan hidup gua sendiri, sibuk dengan keseronokan sana-sini. Dah xpeduli persekitaran kendiri. Mungkin lu orang pun sama.

Lintas kembali tika lelehan hingus kehijauan yang asyik bertempiaran lari sana-sini sekitar kanan kiri pipi. Kalanya membawa ke bawah, tapi cecah sahaja bibir atas, si lidah tangkas menyambar berselera. Kerap kali cotton lengan baju kiri kanan jadi mangsa sapuan. Kerap juga pada permukaan baju area perut. Mungkin sebab senang 'angkat-dan-lap' dalam satu pergerakan bersahaja. Semua nampak sengal, tapi dah memang jenis akal tengah pendek tak tahu apa-apa, peduli apa? Barangkali semua ini pernah terlintas di pucuk fikiran lu orang, sekurangnya dapatlah ia membawa hati berseloka manja bersama kenangan lama. Rindu. Tapi ingat, tak semua orang sama. Mungkin bagi mereka pahit terdahulu tak perlu diungkap kini. Mungkin pedih luluh hati. Takpelah macam tu, apa gua peduli.

Kecik-kecik dulu, bakat gua agak tinggi dan mudah dicemburui. Segenap pelusuk pandang serong dan mudah timbul dengki. Gua pernah digelar 'Raja Guli' sampai dilantik geng-geng kampung untuk lawan kampung sebelah. Tak hairan sebab rekod 'pergulian' gua time tu sebiji rekod 'pertenisan' Rafael Nadal kini. Tiptop. Permainan terup, semua acara gua sapu. Tak kira main 'tepuk' ke, 'tampar' ke ataupun 'tuju tin', semua gua tibai bersih. Permainan tradisional kampung xyah katalah, memang gua bertindak sebagai ayam tambatan pasukan. Kalau main 'zerofens' daya lonjakan gua tinggi, 'galah panjang' gua laju dan pandai meliuk lentuk, 'tuju selipar' semua gua bagi headshot, 'rounders bola tenis' gua pukul kuat dan konsisten kena. Peratus menang semua tinggi-tinggi. Sape berani? Bakat Shukor Adan time tu pun hanya terer timbang bola, padahal 17 kali je pun. Suruh main congkak habis berterabur menggelabah. Eleh!

Tentang gasing, tentu gasing gua antara yang terhebat. Sentiasa kental, sentiasa paku tajam dan bunyi dengung paling kuat. Bab lastik burung, gua takkan balik rumah dengan tangan kosong. Atleast sekor mesti dapat. Hidup mati belakang kira. Gua ingat boleh goreng buat lauk makan malam dengan nasi, tapi xsempat pape tempeleng dah melayang belakang kepala. Mak gua kata xboleh, kene sembelih dulu. betul ke? Mandi sungai lagi seronok, wajib terjun dari atas jambatan sambil tunjuk skills balik kuang depan belakang. Xperlu kena bayar pun macam sekarang. Semua kapitalis. Tiap-tiap hari boleh mandi. Yang penting kena pandai tipu mak bapak cakap pergi rumah kawan main 'polis tantri'. Salah main sikit, mulalah nak gaduh-gaduh mulut panggil nama bapak masing-masing sambil bibir juih keluarkan lidah. Konfem panas punya. Fuh! Seronok.

Sekarang gua dah tua. Dah cukup sifat untuk dapat anak dah pun. Bila saje-saje usha budak-budak, depa sibuk huru-hara main komputer sana sini. Angkut PSP kehulu hilir. Bila saja mata boring dan jari melecet, pergi cari kaki lima main 'shuffle' ramai-ramai. Dah penat dan berpeluh, ajak mak bapak pergi taman tema air untuk mandi. Selesa dan bersih, pergi panggung tengok kartun sambil kunyah popcorn. Puas tengok kartun, pergi shopping aksesori Ben 10. Ngantuk, balik rumah bapak bacakan cerita-cerita dongeng sebelum tido. Ceh! Macam punggong! Xde cabaran langsung. Modal apa ada nak cerita kat cucu cicit pun xde kelak? Dahla, xseronok lah nak cerita tentang budak-budak sekarang. Sialonok ada. Chow...

No comments:

Post a Comment