Thursday, April 9, 2009

Semuanya Hanya Demi 10am.

Kepala dihempas jam 5am. Gua perlu rehat simpan tenaga utk sesi pembentangan plg penting dlm hidup gua jam 10am kelak. Pejam mata rapat-rapat. Kadang-kadang kelopak terkebil-kebil menahan desakan 'buka'. Masa tu jugaklah semua bendasing bangang terlintas di fikiran menyuruh diri berfikir dan mengelamun bengong. Semua gigih dgn niat dengki agar usaha utk gua tidur gagal. Gua perlu kental berlawan. Mesti. Bantal peluk merah berusia 6 tahun pembelian dari Tesco Melaka cuba didakap kemas-kemas. Selimut pula dilekapkan di raut rupa seperti rutin biase-biase gua. Lu orang jgn sengih-sengih! Mungkin dah habit gua sejak bayi la. Semua posisi di cuba, mengiring ke kanan, kiri, terlentang, meniarap dan posisi berdiri tika solat pun masih tetap gagal. Adakalanya posisi sebuah mayat tapi xlama. Nervous beb. Posisi 'doggy' agak selesa tp rasa risau. Ntahla, gua pun xtahu kenapa.

Dalam kondisi masih mencuba, kemudian kedengaran azan subuh berkumandang sayu-sayu. Gua tunaikan tanggungjawab sbg kalifah muka bumi dan terus kembali mencuba pejamkan diri. Cubaan ke-2. Sempat jua gua membuat panggilan kpd mak gua agar kejutkan gua 8.30am. Alang-alang, gua kejutkan mak gua bangun Subuh terus. Anak yang soleh memang warak sebegitu. Macam Ahmadinejab. Disamping itu, gua suruh dia berdoa utk gua. Semuanya utk 10am esok. Berbalik kepada tidur, semua perkara dilakukan sebelumnya diusahakan semula. Gua mahu tidur. Itu je. Tapi semuanya xberjaya. Malahan, makin byk perkara yang terus terlintas n terbayang. Semuanya makin berparasit. Mengaku kalah, gua terpaksa layankan kesemuanya. Semakin penat jadinya. Pasal praktikal kat Melaka la, konon2 kalau gua kaya la, kalau gua jumpa Steven Jerrat la, jadi pemain tengah menyerang kt Man Utd la. Macam-macam. Semua merepek-repek mcm kerepek.

Tiba-tiba, alarm Motorola v3i berbunyi. 8.15am. Sial! Cepat gila masa berlalu. Akhirnya, gua nekad bangun n terus labuhkan otot-otot kurang rehat punggung depan PC. Semua fail-fail penting utk jam10 kelak gua simpankan dlm pemacu-ibujari Kingston 2G hijau gua. Playlist dlm Winamp gua mainkan kuat-kuat. Keheningan pagi gua pecahkan dgn simfoni-simfoni Beethoven dan Mozart. Terdapat juga dua 'track' dari Albeniz serta Rimsky-Korsakov. Memang ni la apa yg ada dlm playlist gua semenjak duamenjak ini. Gua pun xtahu kenapa. Papehal, memang tenang. Mendamaikan sekali! Gua menyerika baju n seluar sambil simfoni ke-9 Beethoven bergema setiap sudut rumah. Tiada lebih mengasyikkan tika itu.

9am gua dah siap. Lihat cermin, seperti perwira di batalion perang pun ada. "Perjuangan ini perlu diteruskan. Inilah detik-detik terakhir perantauan gua selama hampir 20 tahun kehidupan sebagai pelajar gua." sinis kata-kata hati gua sambil senyuman terukir di mata barai gua. Otot mata pun xcukup rehat gamaknya.

10am akhirnya tiba. Gua 'belasah' je!.......

***NotisSambilan:
# Gua rasa, En Mohd Noor Hashim tu nak berebut jadi Ketua Jabatan la kat Institut Aminuddin Bakbi. Beria semacam je gua nampak. Amacam Prof Adjung Dr Khair?
# Jam 3pm gak gua dapat tidur. Damn!

No comments:

Post a Comment