Thursday, February 5, 2009

Butterfingers 'Kembali'


Tanggal 18 Januari lepas, gua 6 bersahabat telah bernasib baik kerana berjaya grab tiket utk show Butterfingers kat Istana Budaya (IB). Dah la ni show last diorg b4 Emmet ngn Loque berangkat ke Canada & Boston utk pursue study diorg. rock2 jugak, akal masih mantap!. xkan gua nak lepaskan peluang sebegitu rupe. jualan tiket xyah kate lah, mcm pisang goreng panas. rugged2 jgk org2 Malaysia ni.

Nak dijadikan cite, aritu gua dress-up biase2 dah ler. simple dimple. tp boleh tahan gak la 'ke-Kl-lan' gua. maklumla, kat KL beb. xkan nak dress-up Pekan Nanas plak. ape class? Giordano khakis, Seed shirt, Topman crew dan bersepatukan Asics ala2 "Onitzuka Tiger", keyakinan gua bertambah. ok la tu, nampak santai2 org dewasa kata. lgpon kat IB ni protokol pemakaiannya formal2 la sket. nak dress-up rock2, lu org pg konsert jelajah dunia Newboys la. tp slalunya kalo kt kampong, gua pakai seluar pendek 'apek jual durian' je pg tengok kugiran malam2 time majlis kahwin. bapak gua pakai kain pelekat.

Time show, dlm samar2 gua nampak satu couple menari smbil berpelukan mcm lahanat (ala2 Titanic). budget romantik la konon..dari jauh, raut wajah xmcm die-hard fans pon. postur badan gempal2 lebih kurang Datuk Najib Tun Razak pon ade. rambut memang tip top la. gel rambut kalah Ronaldo. gua bukan ape, biase2la port gua kat belakang2 je. saje nak tgk full-view show. sambil tu leh lihat gelagat2 org gak..kesimpulannya ok la..smua sporting. thumbs up!

Bile track "Lengkap Semula" dikumandangkan, gua pun start buka langkah maju kehadapan. bdget nak dpt feel lebih la sket. gua suke lagu ni. ngam la ngn jiwa gua. berjalan dgn mata hanya berpandukan stage, target gua nak lepak2 area belakang Noh je (band "Hujan"). style beb rambut die. ala2 Oasis. tp kalo dah makanan ruji nasi ngn budu, cencaluk, tempoyak, sambal belacan, udang kering, peria dan petai, pakai SKII tiap2 hari pun tetap nampak melayu gak. Then tibe2, bahu gua telah berlaga n berselisihan faham dgn sekeping bahu mamat ni. syukur la baru ptg td gua ade tournament ragbi "Ansara 10" kt PJ. so, momentum lagaan bahu sebegitu kire biase2 je r buat gua utk hari ni. "lahh..ni mamat Titanic td", sinis shj bisikan hati gua. niat baik gua nak minta maap la, tp bile gua tatap raut wajah die yg start buat muke kerek n ketat, operasi maap gua tergendala n trus xjd gua nak sopan. "serius, xhensem lgsung!". bagai langit dgn bumi di'compare'kan dgn Leornado Di Caprio, angkasa lg Mubarak Majid.

Ketika ekor mata gua terperasan je baju mamat tu, gua trus blah dgn tanpa arah. perghhh!!, ade ke patut die pakai baju kemeja lengan pendek ala Hawaiian? siap ada gmbr2 pokok kelapa ngn sunset beb!. hahahaha. bebal!. ape kejadahnye tgk show butterfingers dress-up pantai2. ingt honeymoon ke ape?. syukurla disisinya xkelihatan papan luncur bersama. xpasal2 nanti mulut berdarah kene tampar. selepas detik itu, gua trus stay kt port belakang balik, senyap2 memendam ketawa smpai hbs show.


***notis sambilan:
- gua last pakai baju ala2 hawaii masa darjah 3. bapak gua beli dr Langkawi. gua xmintak pon.

1 comment: